Posts

Showing posts from February, 2009

Beban Tugas Guru

Isu Beban Tugas Guru kerap disebut dan dipaparkan di dalam akhbar-akhbar tempatan. Malah kebanyakan rintihan yang disampaikan adalah beban tugas-tugas pentadbiran sehinggakan tugas hakiki iaitu mengajar tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Di sini ingin saya utarakan beberapa pandangan dan syor yang saya rasa boleh dimunafaatkan bersama oleh guru-guru dan pihak pentadbiran sekolah. Perkara yang pertama yang perlu difahami adalah waktu bertugas seorang guru adalah selama 6 jam sehari iaitu selama 30 jam seminggu. Ini jika dibandingkan dengan waktu bertugas seorang guru di United Kingdom dan Wales adalah jauh berbeza. Di sana seorang guru bertugas selama 50 hingga 52 jam seminggu. Yang penting sekarang ialah bagaimana kita nak lakukan semua tugas hakiki dengan sehabis baik di mana pada masa yang sama kita juga perlu melaksanakan lain-lain tugas pentadbiran dengan sempurna. Secara purata seorang guru sekolah rendah akan diberi sebanyak 840 minit hingga 900 minit seminggu untuk mengaj

Teknik Pengurusan Kelas - 10 Contoh

Terdapat beberapa contoh langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengawal kelas secara berkesan. Perkara yang paling dibenci oleh pelajar adalah guru berleter. Kadangkala leteran tu berpanjangan hingga banyak masa untuk mengajar dibuang begitu sahaja. Puncanya bukan lah besar, cuma mungkin kenakalan atau kedegilan para pelajar yang sudah sememangnya demikian. Mengguna Jam Randik :- Setiap kali pelajar bising dan belum bersedia untuk belajar guru akan memberitahu kelasnya "Masa berjalan" dan jam randik dimulakan. Apabila pelajarnya telah senyap dan bersedia jam dihentikan dan masa yang telah terbuang dicatat pada Jadual Masa Terbuang yang telah disediakan di papan kenyataan kelas. Di akhir setiap bulan masa yang terbuang itu perlu digantikan dengan aktiviti tambahan seperti kelas ulangkaji, kerja kumpulan, menjawab kertas kerja tambahan dan banyak lagi mengikut kreativiti guru. Tujuan : Mengajar pelajar menghargai masa . Tabung Mata Ganjaran:- setiap pelajar akan diberi seban

Mewujudkan Suasana Pembelajaran

Teknik Pengurusan Bilik Darjah Yang Berkesan: Menurut Mary Beth Blegan, bekas pegawai dari U.S. Department of Education, " Tindakan yang paling penting yang perlu diambil oleh seorang guru yang berkesan pada awal tahun sesi persekolahan ialah mewujudkan suasana untuk belajar di dalam sesebuah bilik darjah" . Profesor Madya Howard Miller dari Universiti Lincoln mencadangkan 12 langkah yang boleh diambil oleh para guru di awal sesi persekolahan untuk menggalakkan pengurusan Bilik Darjah yang berkesan. Langkah-langkah yang disyorkan adalah: Binakan satu set harapan secara bertulis yang anda mampu pikul dan laksana. Tekal dan konsisten. Bersabar terhadap pelajar-pelajar anda dan diri sendiri. Jadikan ibu bapa sebagai rakan seperjuangan. Kerap berhubung, berterus terang dan jelas. Jangan terlalu banyak bercakap. Gunakan sebanyak mungkin waktu pengajaran untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar untuk berkerja. Adakan 2 atau 3 aktiviti dalam setiap sesi pengajaran serta memastikan

Keperluan Dalam Menjalankan Tugas Bhg. 3

Kembali membicarakan tajuk di atas mari kita lihat elemen-elemen seterusnya yang berkaitan. Terdapat lagi enam elemen yang boleh membantu kita dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan secara baik dan berkesan. 9. Mengurangkan Risiko : Apabila kita bersedia untuk melaksanakan sebarang tugas, sudah pasti kita akan berhadapan dengan berbagai risiko yang mungkin akan menjejaskan kerja yang akan kita hadapi. Adalah perlu bagi kita untuk mengenalpasti perkara-perkara negatif yang mungkin berlaku semasa melaksanakan tugas. Setiap keputusan yang diambil untuk melaksanakan sesuatu tugas itu sudah pastikan akan mewujudkan risiko tertentu. Adalah mustahil bagi kita untuk menghapuskan semua risiko yang mungkin timbul, tetapi kita boleh mengurangkannya. Sebagai contoh, apabila sesuatu arahan dikeluarkan oleh pengurusan sekolah risiko yang mungkin timbul adalah berlakunya "misunderstanding" atau pun "communication brakedown" di kalangan kakitangan yang akan melaksanakan tu