Posts

Showing posts from January, 2009

Teknik Penilaian Dalam Bilik Darjah

Penilaian bilik darjah adalah satu pendekatan untuk membantu para guru mendapat maklumat tentang keberkesanan pengajaran guru dan juga apa yang sedang dipelajarai oleh pelajar dan sejauh manakah mereka telah dapat menguasai apa yang sedang diajar. Pendekatan ini mempunyai beberapa ciri yang penting. Ianya:- Berpusat kepada pelajar. Berfokus kepada pemerhatian dan kemajuan pengajaran. Maklumat yang diperolehi adalah untuk membantu guru dan pelajar membuat pengubahsuaian bagi memperbaiki pembelajaran. Diarah oleh guru. Guru menentukan; Apa yang perlu dinilai, Bagaimana penilaian akan dijalankan dan Bagaimana untuk bertindak balas ke atas maklumat yang diperolehi melalui penilaian yang telah dijalankan. Maklumat yang diperolehi tidak perlu dikongsi dengan guru lain kerana ianya adalah untuk keperluan guru berkenaan sahaja. Berkepentingan bersama. Ia memerlukan penglibatan pelajar secara aktif. Penglibatan secara aktif ini akan membantu pelajar memperkukuhkan pemahaman konsep yang diajar

Sebelum, Semasa dan Sesudah

Keberkesanan dan kejayaan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada apakah yang dilakukan Sebelum, Semasa dan Sesudah P&P. Saya akan mengutarakan beberapa aktiviti yang berkaitan. SEBELUM: Kenalilah murid-murid anda secara mendalam. Apakah tahap pencapaian dan pengetahuan sedia ada setiap murid. Data-data berikut amat penting untuk menentukan proses pengajaran yang sesuai dan berkesan dalam P&P kelompok murid berkenaan. Data-data berikut boleh didapati dari temubual dengan ibu bapa, rekod Prasekolah serta ujian pengesanan yang dijalankan oleh guru di peringkat awal persekolahan ( minggu pertama ). Murid-murid yang telah disaring mengikut tahap pencapaian dan pengetahuan sedia ada hendaklah diasingkan mengikut kumpulan pencapaian masing-masing. Kelompok ini perlu dilaksanakan bagi setiap mata pelajaran. Kelompok bagi sesuatu mata pelajaran tidak akan sama dengan kelompok mata pelajaran lain. Setiap murid perlu mempunyai rekod profil perkembangan pembelajaran

Keperluan Dalam Menjalankan Tugas - Bhg 2

6. Penggunaan Sumber Sumber terbahagi kepada dua kumpulan. Iaitu sumber manusia dan sumber kebendaan. Untuk berjaya dalam melanksanakan tugas di dalam sesebuah organisasi, penggunaan sumber perlu diuruskan secara berkesan dan optimum. Beberapa perkara perlu diambil perhatian untuk itu. Kenalpasti semua sumber yang ada di dalam organisasi anda. Jumlah/bilangan mengikut keperluan organisasi perlulah sesuai dan memadai. Semua sumber mestilah berada di dalam keadaan baik dan berfungsi. Kegiatan penyelenggaraan perlu dilakukan secara berkala dan berterusan. Sumber manusia perlulah mempunyai kemahiran dan kepakaran yang sesuai dengan keperluan organisasi. Alatan dan mesin yang diperolehi perlulah mengikut spesifikasi yang diperlukan. Agihan dan penggunaan semua sumber hendaklah dilakukan mengikut keperluan sesuatu unit di dalam organisasi. Elakkan daripada membekalkan sumber secara berlebihan untuk mengelakkan pembaziran. Semakan dan kajian keberkesanaan sesuatu sumber itu perlu diadakan sec