Posts

Showing posts from April, 2017

Gelombang Transformasi Pendidikan Kebangsaan

Transformasi pendidikan yang dirancang melalui PPPM akan mengambil masa selama 13 tahun. Proses ini dibahagikan kepada 3 Gelombang. Gelombang Pertama bermula dari 2013 dan berakhir pada 2015. Sementara Gelombang Kedua pula bermula dari tahun 2016 dan berakhir pada tahun 2020 dan Gelombang Ketiga pula akan bermula pada tahun 2021 dan berakhir pada tahun 2025. Setiap gelombang akan dilengkapi dengan kerja-kerja yang berfokus kepada kemenjadian dan kebarhasilan pelajar-pelajar. Mewujudkan kecekapan mengurus serta meningkatkan kualiti dalam segala aspek yang berkaitan dengan aspirasi yang telah ditetapkan iaitu Akses, Kualiti, Ekuiti, Perpaduan dan Kecekapan. Perkara-perkara yang sepatutnya telah dilakukan dalam Gelombang I (2013 - 2015) adalah: Meningkatkan standard pengajaran terutama sekali dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Merekabentuk semula soalan-soalan peperiksaan agar lebih menjurus kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Meng

11 Anjakan Utama Mentransformasi Sistem Pendidikan Negara

Semua cadangan yang telah dikemukakan oleh pelbagai pihak telah diteliti dan digabungkan berdasarkan empat kriteria utama.  Setiap tindakan yang diambil perlu menyumbang kepada aspirasi sistem dan murid. Bukti antarabangsa  digunakan bagi mengenalpasti dan memberi keutamaan kepada faktor pembawa perbezaan ketara penambaikan sistem dan murid. Cadangan perlu releven dengan tahap permulaan sisten dan kemampuan Kementerian. Faedah perlaksanaan cadangan perlu memberi pulangan yang lebih besar berbanding dengan kekangan perbelanjaan dan operasi. 11 anjakan telah dikenal pasti bagi menghasilkan perubahan.setiap tindakan perlu memberi impak kepada sekurang-kurangnya satu daripada berikut, akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan di mana kualiti diberi keutamaan. Anjakan yang akan dilaksanakan adalah: Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris da