Posts

Showing posts from August, 2007

Jika seorang guru...

Bingkisan seorang guru yang telah bersara untuk para guru yang sedang berkhidmat. Rakan-rakan yang dihormati sekalian. Jika seorang guru itu tidak berdedikasi maka ia akan melaksanakan tugasnya sambil lewa atau ala kadar sahaja. Jika seorang guru itu tidak bermotivasi, maka ia tidak akan berusaha untuk memberi pendidikan kepada anak muridnya secara bersungguh-sungguh dan berkesan. Jika seorang guru itu tidak berperibadi mulia, maka ia tidak akan dihormati oleh anak muridnya. Jika seorang guru itu tiada daya kepimpinan, maka hanyutlah anak muridnya. Jika seorang guru itu tiada kepakaran dalam mata pelajaran yang diajar, maka benaklah anak muridnya. Jika seorang guru itu tidak bekerja secara cemerlang, maka gagallah anak muridnya. Kejayaan dan kecemerlangan murid-murid adalah hasil daripada kejayaan dan kecemerlangan guru yang mengajar. Seorang guru yang berjaya dan cemerlang akan menghasilkan murid yang berjaya dan cemerlang. Adalah pelik jika guru yang berjaya dan cemerlang menghasilka

Scoring A’s – Is it the final goal?

Examination is the end of the line of a student’s education in an institute of learning. The result is supposed to be the indication of success or failure. Can the result of ONE examination be considered as the ultimate criteria of success or failure in education? There are many subjects to be learned. A student who is weak in a particular subject does not make him a failure. Evaluations are done in schools many times throughout the year. Each assessment or evaluation is done in order to know how much of the knowledge imparted to the students is understood or acquired by the students. It is from these assessment and evaluations that we get to know the level of achievement and knowledge acquired by each student. Through these assessments and evaluations teachers are able to plan remedial lessons for the weak students. Parts of knowledge or lessons that have been taught that has not been acquired by a student will be taught again as reinforcements. By the end of the week these weak stude

Pendidikan di Malaysia - Satu persoalan

Persoalannya. Apa dah jadi dengan pendidikan di Malaysia? Sejak kebelankangan ini terlalu banyak yang dipekatakan tentang masalah disiplin yang saya rasa adalah satu masalah yang tidaklah begitu serius sebagaimana yang diperkatakan. Masalah yang lebih besar dan kritikal adalah bagaimana nak menjadikan pendidikan di negara sesuatu yang berhasil dan cemerlang. Apa yang patut kita bincang secara bersungguh-sungguh adalah bagaimanakah nak kita perbaiki lagi proses pengajaran dan pembelajaran agar hasrat dan inspirasi negara tercapai. Masyarakat perlu diberi kefahaman tentang sistem pendidikan negara serta dasar-dasar pendidikan yang telah dilaksanakan terutama sekali dikalangan ibu bapa yang anak-anak mereka berada di sekolah. Adakah mereka ini tahu serta dapat memahami apa itu Dasar Pendidikan Negara, malahan banyak lagi program dan projek yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Belum lagi kaum ibu bapa memahami perkara asas yang dilaksanakan di sekolah seperti Program KIA