Posts

Showing posts from May, 2009

Selamat Hari Guru

16 May adalah tarikh istimewa untuk para Guru. Hari di mana semua Guru akan diraikan dan diberi layanan yang istimewa oleh anak murid mereka. Ada yang menerima hadiah tak kira banyaknya, malah ada yang dirai di dalam sebuah jamuan. Tak kurang juga ada yang hanya mendapat sekuntum bunga ros pada hari itu. Seorang guru yang berjasa, berjaya dan bersungguh-sungguh mendidik anak murid mereka akan sentiasa dihargai, dihormati dan tidak dilupakan sampai akhir hayat. Malah nama mereka akan sentiasa disebut. Tidak kurang juga mereka yang juga sentiasa disebut nama nya kerana rasa benci dan kecewa. Yang mana satukah anda. Yang diingati serta disanjungi atau pun yang diingati serta dibenci. Sempena hari yang berbahagia ini ingin saya mengucapkan: SELAMAT HARI GURU !! Educate Not Teach, Advice Not Shout, Guide Not Punished, Praise Not Condemn, Encourage Not Down Grade, Be Sincere, Be Honest, And You Will Be Remembered, For Ever and Ever HAPPY TEACHERS DAY !!

Teachers Day Songs

Free Songs and Poems for Teachers Free Songs and Poems for Teachers Mary Flynn Free theme-related songs and poems for teachers to use in the classroom. Publish at Scribd or explore others: Poetry Non-fiction History school poems

Siapa Yang Salah, Siapa Yang Benar

Saya ingin berbicara sedikit mengenai apa yang telah saya lihat dan perhatikan beberapa minggu ini gelagat pelajar-pelajar dan guru-guru pada waktu persekolahan.   Kes 1 : Jam pada waktu itu menunjukkan tepat 10 pagi. Saya bersama isteri berada di sebuah restoran kerana menikmati roti bakar dan kopi o. Saya ternampak 2 orang pelajar sebuah sekolah menengah yang berhampiran berjalan di pekan tanpa rasa bersalah maupun segan. Mereka seolah-olah bebas menjalankan aktiviti mereka tanpa rasa bimbang atau risau. Ramai juga orang awam yang memerhati gelagat pelajar-pelajar tersebut, tapi tidak seorang pun berani menegur mereka. Saya yang berada di dalam restoran hanya mampu memberi pandangan yang tajam ke arah pelajar-pelajar berdua itu. Langsung tak diendahkan. Setelah selesai minum saya dan isteri memasuki kereta kami dan terus menuju ke destinasi kami. Sebaik saja kami sampai ke tempat yang hendak di tuju, terdapat 7 orang lagi pelajar yang sedang berkumpul di kaki lima sebuah kedai dengan