Siapa Yang Salah, Siapa Yang Benar

Saya ingin berbicara sedikit mengenai apa yang telah saya lihat dan perhatikan beberapa minggu ini gelagat pelajar-pelajar dan guru-guru pada waktu persekolahan.
 
Kes 1: Jam pada waktu itu menunjukkan tepat 10 pagi. Saya bersama isteri berada di sebuah restoran kerana menikmati roti bakar dan kopi o. Saya ternampak 2 orang pelajar sebuah sekolah menengah yang berhampiran berjalan di pekan tanpa rasa bersalah maupun segan. Mereka seolah-olah bebas menjalankan aktiviti mereka tanpa rasa bimbang atau risau. Ramai juga orang awam yang memerhati gelagat pelajar-pelajar tersebut, tapi tidak seorang pun berani menegur mereka. Saya yang berada di dalam restoran hanya mampu memberi pandangan yang tajam ke arah pelajar-pelajar berdua itu. Langsung tak diendahkan. Setelah selesai minum saya dan isteri memasuki kereta kami dan terus menuju ke destinasi kami. Sebaik saja kami sampai ke tempat yang hendak di tuju, terdapat 7 orang lagi pelajar yang sedang berkumpul di kaki lima sebuah kedai dengan hanya memakai kemeja T warna hitam yang tertulis di atas nya berbagai gambar kumpulan rock. Seluarnya adalah seluar sekolah. Kumpulan ini kelihatan agak takut. Mata mereka melilau ke sana ke sini seolah-olah memerhati sesuatu atau seseorang. Beginilah keadaan pelajar-pelajar kita pada masa ini. Entah apa yang tak kena sehinggakan mereka sanggup menyeludup keluar dari sekolah tanpa rasa bersalah. Tak tahulah siapa yang bersalah. Pelajar-pelajar itu kah, pihak sekolah kah, guru-gurunya kah atau ibu bapa mereka kah. Sama-sama lah kita fikirkan dan cari satu penyelesaian yang berkesan agar semua pihak berasa puas hati. 

Kes 2: Ini lagi hebat. Kalau tadi yang memonteng adalah pelajar-pelajar, ini guru-gurunya pula. Saya sedang menikmati mee rebus di sebuah warong di sebuah pekan kecil. Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi. Rasa saya sepatutnya waktu itu semua guru dan pelajar berada di sekolah. Jadi saya tertanya, mengapa kah guru-guru ini berada di warong ini untuk bersarapan? Setahu saya tidak sesiapa pun guru mahu pun pelajar dibenarkan keluar dari kawasan sekolah kecuali untuk menjalankan urusan rasmi. Ini lagi berat kesalahannya. Keluar waktu bertugas. Dah la tu, langsung tidak ada rasa bersalah. Elok aja duduk di meja. Peniaga pula dengan nyaringnya menyapa " Cikgu! Cikgu nak minum apa?" Sapaan itu yang membuatkan saya tersentap. Hai rupa-rupanya dua orang jejaka yang sedang rancak bersembang mengenai politik tadi adalah guru-guru se buah sekolah di pekan itu. Entahlah siapa agaknya yang bertanggungjawab. Pengetuanya kah, Pegawai Pendidikan Daerahnya kah atau entahlah. Siapa ya? 

Kes 3: Ini satu kes yang agak hebat. Seorang guru yang mempunyai lesen besar. Lesen besar? Ya, bebas untuk melakukan apa saja yang dia rasa dia nak lakukan, Rasa nak ke sekolah, dia ke sekolah. Ke sekolah saja. Mengajarnya tidak. Hanya sekadar hadir dan duduk di kantin minum-minum atau duduk di bilik guru berborak-borak dengan rakan-rakan guru lain yang mungkin juga tidak masuk ke kelas untuk mengajar. Datang ke sekolah pula ikut suka hatinya pukul berapa. Pukul 8 pagi, 9.00 pagi atau10.00 pagi.Pernah satu ketika, Guru Besarnya telah ke rumahnya untuk mengejutkan nya dari tidur.Guru Besar terpaksa pula tunggu sehingga dia siap mandi dan berkemas, lalu dibawa ke sokolah oleh Guru Besar dengan keretanya. Guru ini hebat orangnya. Pelajar-pelajarnya tak perlu menduduki sebarang ujian. Kalau pun ada kertas ujian yang diberi oleh pihak sekolah, kertas itu tak pernah ditandakan. Habis markahnya bagaimana? Senang saja. Sebut saja nama pelajar yang berkenaan markahnya akan diberitahu secara lisan. Jadi guru kelas perlu duduk di hapannya dan membacakan nama pelajar-pelajar. Dia akan sebut markah pelajar berkenaan secara sepontan. Haru.!Haru.!Entah lah siapa pulak yang salah di sini. Asyik cari sapa salah pulak saya ni. Nak mula langkah baru pulak. Mari kita sama-sama cari siapa yang benar. Ya tak ya juga. Siapa yang benar agaknya. Marilah sama-sama kita renungkan. Mudah-mudahan akan dapat mencari satu penyelesaian yang berkesan.

Comments

rasnah said…
kes 1: mungkinjuga salah guru terutama guru sek menengah. Guru mengajar bukan mendidik, berlainan dgn guru sek rendah, mereka mengajar dgn kasih syg.
kes 2 : sekarang ni jd cikgu utk dpt gaji.ditambah dgn masalah yg dibawa olh guru KPLI, tak dpt kerja jd cikgu.

Popular posts from this blog

11 Anjakan Utama Mentransformasi Sistem Pendidikan Negara

Pengurusan Masa - Satu Keperluan Guru

Mengapa Pengajaran & Pembelajaran Tidak Berkesan?