Posts

Showing posts from January, 2011

Bahasa Ketiga

Satu lagi langkah untuk memajukan pendidikan di negara ini telah diambil oleh KPM. Syabas. Walaupun ia adalah program yang telah tertangguh begitu lama. Program ini akan memberi anak-anak kita peluang untuk menguasai bahasa ketiga. Saya setuju dengan pendapat beberapa pihak terutama sekali dari ibu bapa dan NUTP mengenai program ini. Beberapa masalah utama perlu disekesaikan dan saya rasa yakin semuanya telah difikirkan dan dirancang dengan kemas serta teratur oleh KPM. Cadangan yang dikemukankan oleh NUTP agar guru-guru mahir yang telah bersara dilantik bagi mengatasi kekurangan guru yang mahir dalam bahasa-bahasa yang hendak diajar adalah satu langkah yang baik. Guru-guru ini bolehlah dilantik sama sebagaimana guru-guru POL dilantik. Ramai guru yang telah bersara tidak berminat untuk berkhidmat secara kontrak selama setahun serta terikat dengan semua aktiviti sekolah seperti guru yang sedang berkhidmat. Saya juga percaya jika guru-guru bahasa ini diberi peluang berkhidmat mengikut

Guru Pembantu atau Pembantu Guru?

Satu perkembangan yang amat menarik telah berlaku baru-baru ini mengenai pendidikan di negara kita. Tahniah saya ucapkan kepada YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran yang begitu bersungguh-sungguh untuk memperbaiki sistem pendidikan negara. Langkah untuk mewujudkan jawatan GURU PEMBANTU (GP) adalah sesuatu yang telah lama ditunggu oleh para guru. Walaubagaimana pun banyak yang masih agak kabur tentang tugas dan tanggungjawab mereka. Banyak persoalan yang perlu dihalusi dan diberi tumpuan sebelum ianya menjadi satu kenyataan. Tujuan mewujudkan jawatan Guru Pembantu adalah untuk meringankan beban tugas Guru Bilik Darjah. Kita perlu lihat apakah beban tugas yang nak kita ringankan? Adakah ia tugas Pengajaran dan Pembelajaran atau tugas Pengurusan dan Pentadbiran? Jika jawatan Guru Pembantu itu hanya semata-mata untuk membantu guru menyelesaikan kerja-kerja pengurusan, ia adalah satu pembaziran tenaga kerja. Cuba kita senaraikan tugas-tugas yang dimaksudkan: 1. Melen