Posts

Showing posts from October, 2007

SKPM Bahagian 4(Sambungan)

Elemen 5 – Iklim Iklim sekolah merupakan salah satu elemen yang amat berpengaruh dalam pembangunan sesebuah sekolah. Apabila kita bercakap mengenai iklim sekolah, kita perlu melihat dari aspek premis sekolah, sistem komunikasi di sekolah, kebebasan optimum warga sekolah, disiplin, motivasi guru, staf dan murid-murid, kerjasama ibu bapa dan masyarakat. Premis sekolah Kawasan sekitar sekolah perlu mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lengkap. Pagar sekolah perlu berada dalam keadaan baik. Kawalan keselamatan oleh pengawal keselamatan perlu berjalan dengan baik agar pergerakan orang keluar masuk ke kawasan sekolah dikawal. Tanda-tanda keselamatan seperti “ Awas Bahaya ” perlu diletak di tempat-tempat yang berisiko tinggi. Tempat-tempat yang berisiko tinggi juga perlu dipagarkan supaya murid-murid tidak ke tempat-tempat tersebut. Kawasan sekolah juga perlu ceria dan bersih. Landscaping yang cantik dan menarik perlu dibina di sekitar kawasan sekolah agar sekolah kelihatan cantik dan menarik

Beratnya Beg Sekolah! Mengapa agaknya?

Isu beg sekolah berat adalah isu lama. Isu ini telah mula dibangkitkan oleh ibu bapa sejak tahun 1995 lagi. Pihak Kementerian Pelajaran telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah ini. Beberapa Surat Pekeliling Ikhtisas telah dikeluarkan bagi tujuan mengatasi masalah beg berat. Pada lazimnya semua murid dikehendaki membawa semua buku teks mata pelajaran teras yang diajar setiap hari iaitu mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam dan Sains. Selain daripada itu terdapat juga teks bagi Mata Pelajaran pilihan seperti Kemahiran Hidup, Muzik dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Secara puratanya setiap hari setiap murid Tahap Satu perlu membawa sebanyak lapan buah buku teks dan Buku Latihan Aktiviti. Murid-murid juga perlu membawa bersama buku rampaian bagi setiap mata pelajaran yang diajar pada hari itu. Biasanya buku rampaian ini berjumlah sebanyak 10 buah iaitu, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pendidikan Islam (dua naskah seti

SKPM Bahagian 4

Dimensi 2 – Pengurusan Organisasi Elemen 3 – Struktur Organisasi Struktur organisasi sekolah perlu ditentukan dengan jelas agar tidak berlaku pertindihan tugas dan kekeliruan dari segi hierarki jawatan semua anggota sekolah. Struktur organisasi hendaklah sesuai dengan gred sekolah. Ia mestilah berfungsi dan mudah difahami oleh semua anggota sekolah. Struktur organisasi sekolah mestilah menunjukkan dengan jelas kedudukan sesuatu jawatan dan jawatankuasa dalam pengurusan dan pentadbiran hingga ke peringkat yang paling rendah dalam hierarki organisasi sekolah. Setiap jawatankuasa utama seperti Jawatankuasa Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum juga perlu mempunyai carta organisasinya sendiri. Struktur organisasi sekolah hendaklah didokumentasikan di dalam semua dokumen penting sekolah. Carta organisasi utama sekolah perlu dipamerkan di pejabat Guru Besar, Pejabat, Bilik Darjah dan Bilik Gerakan. Carta organisasi semua unit kecil perlu juga dipamerkan di bilik-bilik yang berkenaan sep

SKPM Bahagian 3

Elemen 2 : Kepimpinan Bercakap mengenai kepimpinan, aspek yang diambil kira dalam Instrumen Pemastian Standard SKPM ia Gaya Kepimpinan, Budaya Ilmu dan berfikir, Permuafakatan, Motivasi dan Dorongan, Pemimpin Kurikulum dan Pengupayaan Kepimpinan. Gaya Kepimpinan Gaya kepimpinan yang berkesan merupakan faktor penting dalam sesebuah organisasi. Seorang pengurus sekolah perlu proaktif, kreatif dan inovatif dalam membuat perancangan sekolah. Beliau perlu menetapkan satu dasar yang jelas bagi sekolahnya. Sebarang masalah yang dihadapi akan dilihat secara berhemah dan diatasi secara bijak dan sesuai mengikut keadaan. Warga sekolah amat mudah berinteraksi dengan pengurus sekolah jika ia bersikap luwes dan terbuka. Setiap anggota diberi peluang untuk berbincang dan membuat keputusan secara bersama. Seorang pengurus yang berkesan mengenali setiap anggota sekolahnya. Profil setiap anggota sekolah adalah di dalam pengetahuannya. Kelemahan dan kekuatan setiap anggota sekolah akan dijadikan panduan