Posts

Showing posts from September, 2007

Pengalaman 1

Memegang tanggungjawab sebagai guru kelas Tingkatan 3C. Kelas terakhir di mana murid-muridnya terdiri daripada mereka yang lemah dalam pelajaran. Murid Cina pula kebanyakannya nakal dan susah nak dikawal. Pada suatu hari seorang guru perempuan telah masuk ke Bilik Guru dalam keadaan menangis sambil berkata “Aku tak kira, selagi budak setan tu ada dalam kelas tu, aku tak kan masuk kelas tu”. “Kenapa ni?, Budak mana pula yang buat hal ni?” aku bertanya. “Budak mana lagi, si Pang tu lah”. Jawab guru itu. Aku terus ke kelas itu. Maklumlah aku guru kelasnya. Malu lah aku apabila anak murid aku buat hal. Apabila aku sampai saja kelas berada dalam keadaan bising. Si Pang pula sedang menyandar di kerusinya sambil kakinya diletak di atas meja. Aku masuk ke kelas. Pang buat tak tau sahaja. Aku suruh dia letakkan kakinya ke bawah. Dia buat tak tau saja. Murid-murid lain sudah mula senyap. Sekali lagi aku suruh dia letakkan kakinya ke bawah. Arahan ku masih tidak dipedulikan. Aku mula naik angin.

What Is A Teacher

Written by Bibana ~Ashanti ~~Jamal~~Ellenah ~~Diana ~~John Henry ~~and Mohammed A teacher is a symbol of learning: a leader of learners and a miracle to education. A teacher is an educational god that leads us to goodness while caring for our learning spirits. A teacher is the captain of our educational journey; Exact about everything. A teacher has the courage enough to teach; And knows mostly all the answers. Teachers become our heroic inspiration. Teachers educate us with all of their knowledge. Smart and spirited, teachers can make our brains work like computers. Yet, our teachers can also hold our hands when we need it. Teachers reach to the sky to get what we need; And exit a subject just at the right time. A teacher possesses the academics and grace that we all love. Teachers care for us in every imaginable way. Our teacher is the hero in our learning lives. Education is the key to success. That is what our teachers have taught us. Teachers are a class struggle in l

Satu Renungan

“ Guru Cemerlang adalah super teachers. Mereka memiliki sifat-sifat istimewa seperti berdedikasi, bermotivasi, berperibadi mulia, berdaya kepimpinan, mempunyai kepakaran dalam mata pelajaran yang diajar dan menunjukkan kecemerlangan kerja ke arah kecemerlangan akademik, kokurikulum dan akhlak pelajar” - Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin.Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. “ SOMEDAY WHEN YOU’RE FEELING IMPORTANT SOMEDAY WHEN YOUR EGO’S IN BLOOM SOMEDAY WHEN YOU HAVE THE FEELING YOU’RE THE MOST IMPORTANT MAN IN THE ROOM, TAKE A BUCKET AND FILL IT WITH WATER, STICK YOUR HAND IN IT, UP TO THE WRIST. PULL IT OUT, AND THE HOLE THAT REMAINS IS A MEASURE OF HOW MUCH YOU’LL BE MISSED. YOU MAY SPLASH ALL YOU WISH WHEN YOU ENTER, STIR THE WATER AROUND GALORE, BUT YOU’LL FIND WHEN FINALLY YOU LEAVE IT IT’S EXACTLY THE SAME AS BEFORE SO AS YOU FOLLOW YOUR DAILY AGENDA ALWAY DO THE BEST THAT YOU CAN BE PROUD OF YOURSELF – BUT REMEMBER, THERE IS NO INDISPENSABLE MAN”. >Anonymous

SKPM Bhagaian 2

Sebagaimana yang telah diketahui bahawa SKPM dibahagi kepada empat dimensi dan dua belas elemen. Kita akan bincangkan satu persatu daripada elemen berikut. Dalam Dimensi 1 – Hala tuju Kepimpinan, Elemen pertama yang dinilai adalah Visi dan Misi sesebuah sekolah itu. Visi dan Misi sesebuah sekolah itu adalah kunci ke arah kecemerlangan atau hala tuju yang hendak dicapai dalam masa yang ditetapkan. Pernyataan Visi sesebuah sekolah kerap kali disediakan oleh pihak Guru Besar secara sendirian tanpa ada sebarang perbincangan dengan mana-mana pihak.. Visi itu adalah visi ataupun impian yang ingin dicapai oleh Guru Besar tersebut bagi sekolah yang sedang dipimpin. Kerap kali berlaku pertukaran visi apabila berlaku pertukaran Guru Besar. Ini menyebabkan warga sekolah berada dalam keadaan keliru kerana visi yang dahulu masih belum dapat dihayati dan dilaksanakan sudah datang yang baru yang perlu dihayati semula. Akibatnya sekolah tersebut tidak dapat mencapai kejayaan yang sepatutnya. Dalam men

25 Mei 2007 Jumaat - Hari Keramat

Jam 9.00 pagi 24 Mei 2007 saya bersama isteri tercinta dan dua orang anak telah bertolak dari rumah anak sulung saya di USJ Subang menuju ke arah selatan. Kami bergerak ke bandar Segamat untuk menghadiri satu majlis yang penuh bermakna yang telah diatur untuk saya. Kami tiba pada jam 12.30 tengah hari disambut oleh Guru Penolong Kanan HEM dan beberapa orang guru di rumah kediaman kami. Sepanjang hari ramai guru dan murid yang datang untuk menziarahi saya yang sedang pulih dari sakit kanser lymphoma. Pada 30 Mei 2007 saya akan memulakan rawatan kemoterapi di hospital Universiti Kebangsaan. Sahabat handai datang melawat hingga ke lewat malam. Keesokan harinya 25 Mei 2007, tepat jam 10.00pagi dua orang guru telah datang untuk menjemput saya ke majlis yang telah disediakan. Saya disambut dengan kompang dan bunga mangga. Jemputan terdiri dari Tuan Pegawai Pelajaran Daerah dan beberapa orang Guru Besar. Saya diarak ke kantin untuk jamuan. Selepas menikmati jamuan bersama jemputan saya dibawa

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia - SKPM

Untuk pengetahuan semua ibu bapa dan mereka yang berkenaan. Apabila kita bercakap mengenai standard kualiti pendidikan, kita terpaksa merujuk kepada instrumen yang telah dibina oleh Jemaah Nazir Sekolah. Instrumen Pemastian Standard (IPS) yang telah disediakan dan diedarkan ke sekolah-sekolah merupakan satu instrumen yang amat berguna dalam membantu pihak pengurusan sekolah mengenal pasti kelemahan dan kekuatan yang ada di sekolah. Terdapat empat dimensi dan duabelas elemen di dalam instrumen SKPM ini. Dimensi-dimensi tersebut adalah Halatuju Kepimpinan, Pengurusan Organisasi, Pengurusan Program Pendidikan dan Kemenjadian Murid. Setiap dimensi ini mempunyai elemen-elemen yang perlu dipatuhi dan dipenuhi untuk mencapai tahap kecemerlangan standard yang telah ditetapkan. Untuk pengetahuan umum, instrumen ini digunapakai untuk menarafkan sesebuah sekolah itu mengikut penarafan standard kualiti yang telah ditetapkan. Sekolah-sekolah akan diberi penarafan sebagaimana berikut: Lampau Lemah

SEPATUTNYA, TETAPI........

Dalam kita menjalankan tugas-tugas kita sebagai seorang pendidik, banyak cabaran yang terpaksa kita hadapi. Ramai di antara kita tidak memahami apa itu tugas dan tanggungjawab seorang guru. Adakah tugas dan tanggungjawab kita hanya sekadar masuk ke kelas dan mengajar selama masa yang telah di tetapkan, menanda kerja-kerja dan latihan yang telah kita berikan serta memberi ujian apabila tiba masanya. Markah ujian dicatat di dalam rekod murid dan juga sekolah. Maka selesailah tugas kita mendidik anak-anak kita. Amat mudah dan senang sekali tugas seorang guru. Itu adalah pandang masyarakat terhadap profesion perguruan. Pada hakikat sebenarnya pandangan ini boleh dihapuskan dan diperbetulkan jika kita para guru faham dan tahu apa sebenarnya tugas dan tanggungjawab kita. Kita SEPATUTNYA ….. Memahami dan menghayati inti pati Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Memahami dan menghayati objektif dan matlamat Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) Memahami dan menghayati Sukatan Pelajaran dan Huraian

SATU TINJAUAN KE ARAH PEMBINAAN INSAN CEMERLANG

Dalam usaha kita untuk membina insan yang cemerlang di kalangan anak-anak kita, beberapa perkara pokok dalam usaha tersebut perlu dilihat secara serius. Mengenali Anak Anda Dalam memberi layanan kepada anak-anak kita perlu bersikap adil dan saksama. Jangan sesekali kita membeza-bezakan layanan dan kasih sayang di antara anak-anak kita. Selamilah lubuk hati anak-anak dan cuba memahami mereka secara mendalam. Anda harus yakin dan terima bahawa setiap orang anak anda adalah unik. Setiap seorang daripada mereka mempunyai keperibadian yang berbeza. Jadi kita tidak boleh berinteraksi bersama mereka dengan cara yang sama. Anda juga perlu mengambil sedikit masa untuk mengenali potensi anak-anak anda. Setiap anak mempunyai potensi yang berbeza. Adalah tidak wajar untuk menetapkan sasaran pencapaian yang sama bagi semua anak-anak anda. Apa yang perlu dilakukan adalah untuk mengembangkan potensi yang ada kepada tahap yang sehabis baik mungkin. Kasih Sayang Kasih sayang merupakan pra syarat untuk