Posts

Showing posts from June, 2010

Langkah-langkah Mengubah Sikap

Apabila suasana pekerjaan menjadi semakin mencabar dan memerlukan perubahan-perubahan yang mendadak serta agresif kita perlu menyesuaikan diri kita dengan persekitaran tempat kerja serta kehendak-kehendak organisasi di mana kita bertugas. Perubahan-perubahan ini sedikit sebanyak telah mengakibatkan wujudnya tekanan dan gelombang yang memaksa kita mengambil tindakan sama ada untuk berubah sesuai dengan arus perubahan itu atau bertindak menentangnya. Untuk itu apakah yang perlu dilakukan oleh pengurus sesebuah organisasi bagi memastikan agar kesemua tenaga kerjanya berubah mengikut keperluan dan matlamat organisasi itu. Di sini ingin saya utarakan beberapa langkah yang boleh diambil untuk mencapai hasrat tersebut. 1. Kerapkali kita terlepas pandang bahawa mereka yang bertugas di dalam organisasi kita telah mempunyai satu pendirian dalam menjalankan tugas-tugas mereka. Tanggungjawab untuk menjalankan sesuatu tugas itu telah dijadualkan dan disusun mengikut keselesaan masing-masing. Sebaga