Posts

Showing posts from April, 2008

Satu Kemahiran Dua Cara

Apakah yang dimaksudkan dengan Pengajaran yang berkesan? Pernahkah kita fikirkan adakah apa yang telah diajarkan kepada pelajar-pelajar selama 30 minit ataupun satu jam bagi satu sesi pengajaran. Berapa ramaikah pelajar-pelajar kita yang memahami dan dapat menguasai apa yang telah diajar. Pengajaran di dalam Tahap Satu sekolah rendah adalah amat penting. Ini adalah kerana pelajar-pelajar kita didedahkan kepada kemahiran-kemahiran asas membaca, mengira dan menulis. Jika kemahiran-kemahiran asas ini tidak dikuasai maka akan berlaku deficit pembelajaran di dalam Tahap Dua kelak. Guru-guru yang diamanahkan untuk mengajar di Tahap Satu mempunyai tugas yang amat berat dan mencabar. Kejayaan pelajar-pelajarnya bergantung kepada sejauh mana ia dapat memastikan semua pelajarnya telah menguasai 3M dengan jaya dan mantap. Setiap pelajar yang gagal menguasai kemahiran 3M adalah indikator kelemahan guru tersebut. Mengikut norma, semua pelajar mampu menguasai kesemua kemahiran 3M dengan baik. Apa ya

Mengapa Pengajaran & Pembelajaran Tidak Berkesan?

Bilangan murid yang tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar adalah satu faktor utama berlakunya defisit pembelajaran. Mereka ini jika dibiarkan tanpa sebarang usaha untuk mengatasinya dari peringkat awal lagi akan menjadi kegagalan terkumpul ( cumulative failure ) di akhir tahun persekolahan. Ia menjadi faktor yang akan menghantui para guru terutama sekali mereka yang mengajar di kelas-kelas peperiksaan. Akan timbul rasa tidak senang dan tertekan di kalangan guru yang mengajar di kelas-kelas berikut. Apakah punca kegagalan ini? Adakah kerana mereka ini sudah memang dilahirkan lembam? Adalah tidak adil mereka ini dikategorikan sedemikian rupa. Pada lazimnya peratus mereka yang lemah adalah sebanyak 10% daripada jumlah keseluruhan murid dalam satu-satu tahun. Itu pun sepuluh peratus ini boleh dipulihkan dengan pengajaran yang terancang mengikut keperluan dan kesesuaian murid-murid tersebut. Di antara punca-punca yang telah dikenalpasti mengapa P&P seseorang guru itu ti