Posts

Showing posts from September, 2011

Dahulu dan Sekarang

Beberapa isu berkaitan pendidikan telah dibangkitkan bagi perbandingan di antara dahulu dan sekarang. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum, dunia pendidikan di negara kita telah membangun dengan begitu pesat sekali. Ada yang mengatakan guru-guru masa kini adalah lebih komited dan dedikasi berbanding dengan guru-guru sebelum 1990. Saya akan membincang mengenai beberapa perkara yang berkaitan sekadar untuk sama-sama kita renungkan. Antara hujah yang dikemukakan adalah:- 1. Peratus keciciran murid. Salah satu daripada objektif Penyata Razak adalah mengadakan peluang pendidikan untuk semua. Dalam plan perancangan DEB 1970 - 1990 salah satu daripada objektifnya adalah untuk merapatkan jurang perbezaan dalam peluang pendidikan di antara Bandar dan Luar Bandar. Akta Pendidikan 1996 pula memberi penekanan kepada memperluaskan peluang pendidikan dan mewujudkan pendidikan pra sekolah di dalam sistem pendididkan negara. Dengan mengadakan berbagai program pembangunan pendidikan kerajaan tel