Posts

Showing posts from December, 2008

Keperluan Dalam Melaksanakan Tugas - Bhg 1

Langkah-langkah ke arah mencapai keberkesanan dan kejayaan dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab adalah amat penting. Kita perlu ada perancangan dan tindakan yang berfokus serta nyata. Andaian dan anggapan tidak akan menjanjikan hasil yang memuaskan. Faktor-faktor yang mempengaruhi cara kita menjalankan tugas dan tanggungjawab bergantung kepada :- Kajian Kemungkinan, Mengenalpasti Kedudukan Kita, Nilai Diri, Aset Diri, Pengalaman Diri, Menghayati Objektif, Penggunaan Sumber, Kekuatan Pemikiran, Mengurus Rangkaian Kerja, Mengatasi Konflik, Melemahkan Lawan, Mengurangkan Risiko, Memuktamatkan Perancangan, Menyatakan Harapan, Merealisasikan Impian, Memaksimakan Hasil dan Menyebarkan Kejayaan. 1. Kajian Kemungkinan - kita perlu melihat dan mengkaji segala kemungkinan yang akan kita hadapi sebelum, semasa dan selepas kita melaksanakan tugas dan tanggunjawab kita itu. Kajian ini akan memberi kita data dan maklumat yang kita perlu untuk merancang dan melaksanakan sebarang kemun