Posts

Showing posts from July, 2008

Masalah Pendidikan di Sekolah

Pengurusan pendidikan di sekolah perlu diperkukuhkan bagi memastikan agar segala polisi dan program yang telah dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia menjadi kenyataan dengan jayanya. Memang agak sukar untuk memantau sekolah-sekolah secara berkesan dengan kekangan beban tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas pegawai-pegawai di semua peringkat di KPM, JPN dan PPD. Oleh itu adalah lebih baik dan berkesan jika pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk mengawasi sekolah-sekolah tidak dibebani dengan lain-lain tugas yang tidak berkaitan dengan tugas hakiki pegawai berkenaan iaitu memantau. Jadual pemantauan perlu di atur dengan teliti agar semua sekolah di seluruh negara dapat dipantau sekurang-kurangnya 1 kali setahun. Seorang pegawai kurikulum di PPD yang mempunyai sebanyak 200 buah sekolah di bawah jagaannya boleh memantau sebanyak 2 buah sekolah sehari bagi memenuhi sasaran sebuah sekolah sekali setahun. Jika ini dapat dilaksanakan, saya percaya prestasi semua sekolah di selur