Posts

Showing posts from August, 2008

Pengurusan Panitia Ke Arah Kecemerlangan

Panitia Mata Pelajaran merupakan salah satu unit di bawah kawalan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Kejayaan sesebuah sekolah dalam menghasilkan pencapaian akademik yang berkesan dan cemerlang adalah menjadi tanggungjawab unit ini. Jika semua panitia mata pelajaran di sesebuah sekolah itu berfungsi secara menyeluruh dan berkesan, maka semua mata pelajaran akan mencatat prestasi yang membanggakan. Prestasi pencapaian akademik di sesebuah sekolah itu menggambarkan prestasi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan Panitia Mata Pelajaran. Apabila sesebuah sekolah itu gagal untuk menunjukkan pencapaian akademik yang boleh dibanggakan, kegagalan itu akan dikaitkan dengan pengurusan panitia mata pelajaran sekolah itu. Sepanjang pengalaman saya sebagai pengurus sekolah, saya dapati bahawa prestasi sesuatu mata pelajaran itu ada hubungkaitnya dengan keberkesanan pengurusan panitia mata pelajaran tersebut. Kebanyakan Ketua Panitia didapati tidak mempunyai pengetahuan yang cukup dalam pengurusan sesebuah