Posts

Showing posts from July, 2009

Kajian Trend - Satu pendekatan ke arah kemajuan pendidikan

Analisa Aliran “Trend Analysis” adalah salah satu bentuk kajian yang boleh digunakan untuk membuat kajian aliran pencapaian akademik pelajar secara berterusan. Kajian ini perlu dilakukan dalam dua peringkat, iaitu Fasa Satu bagi tahun pengajian dari Tahun 1 hingga Tahun 3 dan Fasa Dua bagi tahun pengajian dari Tahun 4 hingga Tahun 5. Melalui kajian ini kita akan dapat melihat aliran perkembangan pencapaian akademik setiap individu mahupun setiap kelas atau setiap sekolah. Untuk menjalankan kajian ini kita perlu mempunyai maklumat terperinci mengenai pencapaian setiap ujian/penilaian yang diduduki oleh pelajar-pelajar berkenaan. Mengapakah perlunya Analisa Aliran dilakukan di sekolah-sekolah? Apakah faedah yang akan diperoleh para guru dan pentadbir sekolah? Mengapa perlunya Analisa Aliran? Melalui analisa ini kita dapat melihat sama ada pelajar itu menunjukkan peningkatan di dalam pembelajarannya atau sebaliknya. Jika diamati secara terperinci keputusan ujian-ujian pelajar tersebut kit