Posts

Showing posts from February, 2008

Bersangka Buruk.

Saya telah dipanggil oleh Pengetua ke pejabatnya. Apabila saya masuk ke bilik Pengetua saya terus beri salam kepada seorang tetamu yang berada di dalam bilik Pengetua sambil menghulurkan tangan kanan saya untuk bersalam. Alangkah terkejutnya saya apabila salam saya tidak dibalas. Malah orang itu merenung saya dengan garang sekali. Pengetua telah memaklumkan kepada saya bahawa tetamu itu adalah bapa kepada seorang pelajar dari kelas saya. Beliau rasa tidak puas hati kerana saya dikatakan tidak pernah memberi sebarang ujian kepada pelajar-pelajar kelas saya. Saya memohon izin daripada Pengetua untuk mengambil Fail Ujian kelas saya dari Bilik Guru. Setelah fail diambil saya terus menunjukkan kepada bapa pelajar berkenaan semua kertas ujian anaknya yang telah disahkan oleh bapa pelajar berkenaan melalui tandatangan diruang yang disediakan khas untuk tujuan tersebut. Saya bertanyakan bapa pelajar tersebut bagaimana saya boleh dituduh tidak memberi sebarang ujian sedangkan beliau telah me

Teachers: Yesterday and Today

Teachers of yesterday are very commited to their job. Teaching is their blood, sweat and tears. Their will to teach is very high. They love their pupils. A teacher knows each each and everyone of his pupils. He even knows who the pupils parents are, what are they working as and where they are staying. Pupils are being called by name. Everytime a teacher call his pupil, he'll call him by his name. Most teachers of today treat their job as a part time job. Most of them goes to school, enters a class, began teaching, in fact talking to themselves and at times raise their voice in authority trying to make everyone sit still and listen to them. Tution classes is their main objective. I once remembered a teacher once asked me whether I did sent my son to a tution class since he is weak in Mathematics. Annoyed by her question, I asked her why must my son go to a tution class. What is the Mathematics teacher doing in his class. Does he just teach those who are proficient in her subject? Wh

SKPM - Rumusan

Setelah berbicara semua dimensi dan elemen yang ada di dalam Instrumen Pemastian Standard (IPS) kini mari kita lihat pula satu contoh rumusan penarafan yang telah dibuat di sebuah sekolah. Contoh ini akan memberi sedikit penjelasan bagaimana IPS boleh membantu sekolah dalam memastikan segala aspek pengurusan telah dilaksanakan secara berkesan. Melalui rumusan ini pihak pengurusan sekolah perlulah melaporkan kepada semua warga sekolah. Setiap dimensi dan elemen perlu dibincangkan bersama semua warga sekolah untuk mengenal pasti segala kelemahan yang ada agar langkah penambahbaikan dapat dirancang dan dilaksanakan. Kajian secara menyeluruh perlu dibuat bagi setiap dimensi dan elemen. DIMENSI DIMENSI I Hala Tuju Kepimpinan E01 Visi dan Misi : Tahun 2005 2.63%, Tahun 2006 3.00% , Beza +0.37% E02 Kepimpinan: ahun 2005 5.34 %, Tahun 2006 5.56 %, Beza + 0.22 % DIMENSI II Pengurusan Organisasi E03 Struktur Organisasi: Tahun 2005 5.50 %, Tahun 2006 5.00 % , Beza - 0.50 % E04 Perancang

SKPM - Bahagian 11

Dimensi 4 – Kemenjadian Murid Elemen 12 – Kemenjadian Murid Dalam Akademik, Kokurikulum Dan Sahsiah Subelemen 12.2: Pencapaian Akademik Murid Sekolah Rendah. Bagi dimensi ini kita akan melihat pencapaian murid dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah secara keseluruhan. Pencapaian dalam akademik diambil kira berdasarkan keputusan Penilaian Kendalian Sekolah endah (PKSR) Tahun 1 hingga Tahun 6 tahun terkini dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun terkini. Tahap pencapaian akan diberi berdasarkan peratus pencapaian yang diperolehi oleh sekolah bagi tiga aspek berikut: Peratus murid yang mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam semua mata pelajaran PKSR terkini. Peratusan 75% dan lebih Cemerlang, 50.00% hingga 74.99% Baik, 30.00% hingga 49.99% Sederhana, lebih daripada 0.00% hingga 29.99% lemah dan 0.00% Lampau Lemah Peratus murid yang mendapat Gred A dalam semua mata pelajaran PKSR. Peratusan 12.00% dan lebih Cemerlang, 6.00% hingga 11.99% Baik, 3.00% hingga 5.99% Sederhana, lebi

SKPM - Bahagian 10

Dimensi 3 – Pengurusan Program Pendidikan Elemen 10 – Penilaian Pencapaian Murid Penilaian Pencapaian Akademik Penilaian pencapaian akademik murid dinilai melalui ujian, penilaian bertulis serta pemerhatian. Dalam melaksanakan penilaian pencapaian akademik beberapa perkara asas perlu dilaksanakan. Soalan-soalan ujian/penilaian dibina dengan menggunakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). JSU dibina mengikut topik dan tajuk yang ingin diuji serta mengikut aras dan kemampuan murid. Membina instrumen penilaian secara lisan dan pemerhatian agar ia selaras bagi setiap guru. Kemahiran dan sikap yang ingin dilihat dan diperhatikan perlu jelas dan boleh diukur. Melaksanakan ujian dan penilaian mengikut jadual dan kaedah yang ditetapkan. Merekodkan pencapaian murid dalam bentuk markah, gred dan nilai gred dan mengulaskan hasil pencapaian dan penguasaan pembelajaran merangkumi domain kognitif, afektif dan psikomoto. Membuat analisis yang terperinci pencapaian semua murid untuk mengenal pasti murid y