Posts

Showing posts from April, 2009

Penguasa Tugas Yang Berjaya

Untuk menjadi seorang Penguasa Tugas yang berjaya kemahiran mengurus masa secara berkesan adalah penting. Segala tugas yang hendak dilaksanakan memerlukan satu jangka masa tertentu. Kita tidak boleh membiarkan pelaksanaan sesuatu tugas itu berjalan berterusan tanpa sebarang kesudahan. Ia perlu di akhiri dengan mencapai satu keputusan atau hasil yang diharapkan dalam satu jangka masa yang tertentu. Menyedari akan hakikat ini maka adalah penting bagi seorang guru mempunyai kemahiran dalam Pengurusan Masa serta Pengurusan Tugas ( Time Management and Task Management). Kenalpastilah apa tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Senaraikan ke semuanya. Kadangkala apa yang telah disenaraikan akan bertambah dari semasa ke semasa. Ini kerap berlaku di kalangan guru yang amat dipercayai oleh pihak pentadbir sekolah. Kerja-kerja tambahan kerap diberi kepada mereka ini seolah-olah tidak ada guru lain yang mampu menyelesaikan tugas berkenaan. Akhirnya apa yang telah disenaraikan akan menjadi

Persekitaran Pembelajaran

Sebagai seorang guru, anda perlu mewujudkan persekitaran yang sesuai dan menarik di dalam bilik darjah anda untuk mendapat kesan yang terbaik dari pengajaran yang dijalankan. Anda mempunyai satu tahap kawalan ke atas semua perkara yang ada kaitan dengan persekitaran itu. Perkara-perkara yang boleh anda kawal adalah penglihatan, bunyi, suhu bilik dan perasaan. Penglihatan/Pemandangan: Persekitaran penglihatan yang hendak diwujudkan perlu berpaksikan kepada perkara-perkara berikut: Ia perlu cantik dan menarik . Bahan-bahan yang digunakan mestilah bersih, berwarna warni dan sedap mata memandangnya. Bahan-bahan ini boleh lah dibina sendiri, dibeli dari pembekal ataupun diambil dari alat-alat bantu mengajar. Ia perlu berfungsi . Bahan-bahan tersebut perlulah berfungsi sebagai bahan-bahan rujukan, panduan, serta mampu mengkuhkan konsep yang diajar. Ia perlu merangsang. Bahan-bahan yang digunakan juga perlu merangsang pemikiran dan menimbulkan berbagai persoalanan dan pertanyaan dalam minda

PPSMI - Kekeliruan Isu

Saya amat tertarik dengan pandangan dan hujah-hujah yang dipaparkan melalui berbagai media mengenai masalah pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Ramai yang membangkitkan isu bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa pembangunan. Malah ada yang berpendapat bahawa jika kita lemah dalam bahasa Inggeris kita akan ketinggalan zaman. Kita akan menjadi bangsa yang mundur. Tidak kurang juga ada yang berpendapat bangsa Malaysia akan ketinggalan dalam arus pembangunan jika tidak menguasai bahasa Inggeris. Saya amat setuju dengan pandangan mereka. Tapi apa yang membuat saya rasa hairan adalah mengapa masalah bahasa Inggeris menjadi isu di sini? Sedangkan masalah yang sedang dihadapai adalah bagaimana untuk mengajar ilmu, konsep dan kemahiran Matematik dan Sains kepada anak-anak kita secara berkesan agar mereka dapat menguasai kemahiran-kemahiran Matematik dan Sains dengan lebih mantap dan padu. Bagaimanakah seorang pelajar yang lemah dalam bahasa Inggeris akan dapat menguasai kemahira