Posts

Showing posts from February, 2017

PPPM 2013 - 2025 : Aspirasi Plan

Saya ingin berkongsi pengetahuan mengenai Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 yang saya percaya tidak ramai daripada kita orang awam tahu apakah itu PPPM 2013 - 2025. Mari kita lihat secara ringkas apakah yang telah dirancangkan oleh pihak yang berkenaan. Perkara utama yang diutarakan dalam plan ini adalah 3 objektif khusus iaitu :- 1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap a) akses kepada pendidikan, b) meningkatkan standard (kualiti), c) merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), d) mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta e) mengoptimumkan kecekapan sistem; 2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan datang; dan 3. Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat, serta mencetus dan menyokong