Keperluan Dalam Menjalankan Tugas Bhg. 3

Kembali membicarakan tajuk di atas mari kita lihat elemen-elemen seterusnya yang berkaitan. Terdapat lagi enam elemen yang boleh membantu kita dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan secara baik dan berkesan.

9. Mengurangkan Risiko:

Apabila kita bersedia untuk melaksanakan sebarang tugas, sudah pasti kita akan berhadapan dengan berbagai risiko yang mungkin akan menjejaskan kerja yang akan kita hadapi. Adalah perlu bagi kita untuk mengenalpasti perkara-perkara negatif yang mungkin berlaku semasa melaksanakan tugas. Setiap keputusan yang diambil untuk melaksanakan sesuatu tugas itu sudah pastikan akan mewujudkan risiko tertentu. Adalah mustahil bagi kita untuk menghapuskan semua risiko yang mungkin timbul, tetapi kita boleh mengurangkannya. Sebagai contoh, apabila sesuatu arahan dikeluarkan oleh pengurusan sekolah risiko yang mungkin timbul adalah berlakunya "misunderstanding" atau pun "communication brakedown" di kalangan kakitangan yang akan melaksanakan tugas yang telah diarahkan. Lain yang dimaksudkan, lain pula yang difaham.

10. Memuktamadkan Perancangan :

Sudah tentunya sebelum sesuatu tugas itu dilaksanakan perancangan akan dilakukan. Kerapkali akan berlaku terlalu banyak perancangan bagi sesuatu tugas. Di antara banyak-banyak perancangan yang dibuat adalah wajar perancanngan yang paling sesuai dan berkesan diambilpakai. Perancangan yang telah dikenalpasti itu hendaklah dimuktamadkan tanpa sebarang perubahan atau pindaan selagi ianya belum dilaksanakan. Pengubahsuaian tidak boleh dibuat ke atas sesuatu perancangan itu selagi ianya belum dijalankan sepenuhnya.

11. Menyatakan Harapan:

Dalam menyediakan sesuatu perancangan untuk melaksanakan sesuatu tugas, perlu dinyatakan dengan jelas dan tepat apakah HARAPAN kita. Adalah amat sukar untuk melaksanakan sesuatu tugas itu dengan baik dan berkesan tanpa sebarang pernayataan harapan yang jelas, tepat dan nyata.

12. Merealisasikan Impian:

Sebagai pengurus ataupun pekerja kita mempunyai impian yang ingin kita capai. Ada yang mempunyai impian untuk menjadi cemerlang, ada pula yang ingin menjadi yang terbilang. Apapun impian yang ada, ianya perlu diusahakan agar menjadi kenyataan. Setiap impian perlu dijadikan kenyataan. Jika ianya hanya tinggal sebagai impian, maka kita telah gagal dalam melaksanakan tugas kita dengan baik dan berkesan.

13. Memaksimumkan Hasil:

Hasil yang akan diperolehi atau dicapai setelah tugas dilaksanakan perlu berada pada tahap yang paling tinggi. Kita tidak boleh mempunyai sikap "sekadar cukup" . Sikap seperti ini perlu dihapuskan dari budaya kerja kita. Apa yang hendak dicapai perlulah dicapai pada tahap semaksimum mungkin.Tentukan cara dan jalan yang memungkinkan hasil yang maksimum akan diperolehi.

14. Menyebarkan Kejayaan:

Apabila sesuatu kejayaan telah dicapai, ia perlu disebarkan terutama sekali di kalangan rakan-rakan sekerja, sepejabat ataupun se daerah. Kejayaan kita itu perlu diketahui oleh seberapa ramai orang-orang yang berkaitan. Jika di sekolah, semua guru, kakitangan, ibu bapa, murid-murid malahan masyarakat sekitar perlu mengetahuinya. Kita perlu rasa puas dan bangga di atas kejayaan kita dengan harapan ia akan dicontohi oleh orang lain.

Jika apa yang telah dibincang di dalam ketiga-tiga bahagian tajuk ini telah dapat menimbulkan rasa insaf dan tanggungjawab di kalangan para guru dan pentadbir sekolah saya percaya suatu hari kelak kita akan dapat melihat Budaya Kerja Cemerlang wujud di semua sekolah di dalam negara kita yang dicintai ini.

Comments

Popular posts from this blog

11 Anjakan Utama Mentransformasi Sistem Pendidikan Negara

Pengurusan Masa - Satu Keperluan Guru

Mengapa Pengajaran & Pembelajaran Tidak Berkesan?