TIPS MEWUJUDKAN SEBUAH KELAS YANG BERKESAN

Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk membuktikan dan menunjukkan dirinya telah memberi sumbangan kepada aktiviti pembelajaran yang dijalankan oleh guru di dalam kelas. Kanak-kanak juga perlu diberi peluang untuk memberi pendapat dan pandangan dalam sesuatu sesi pembelajaran. Soal jawab yang aktiif amat membantu proses pemahaman sesuatu topik yang sedang diajar oleh guru. Bersama ini dicatatkan beberapa tips yang mungkin akan dapat membantu seorang guru dalam menjalankan kegiatan P&P secara berkesan dan menyeronokkan. Tips-tips berkenaan adalah sumbangan daripada beberapa orang guru seluruh dunia.

Tip 1: Mengguna bekas plastik yang digunakan untuk bekas-bekas mangkuk yoghurt sebagai palet warna yang boleh dibuang setelah selesai digunakan.

Tip 2 : Sediakan sebuah fail kerja setiap pelajar. Fail ini digunakan oleh pelajar untuk menyimpan kerja-kerja yang belum disiapkan. Fail ini disimpan di dalam kelas. pelajar boleh mengambil fail tersebut untuk menyiapkan kerjanya setiap kali dia mempunyai masa terluang di dalam kelas.

Tip 3 : Menyediakan sebuah fail aktiviti yang mengandungi lembaran kerja kumpulan. Lembaran kerja ini boleh digunakan oleh guru ganti untuk menjalankan aktiviti berkumpulan di dalam kelas.

Tip 4: Sediakan sekeping borang yang mencatat gred setiap subjek setiap pelajar. Sekeping borang digunakan untuk setiap minggu. Borang-borang ini disimpan di dalam sebuah fail. Gred setiap pelajar bagi setiap subjek boleh di rujuk dan ditunjukkan kepada ibu bapa pelajar berkenaan pada bila-bila masa.

Tip 5 : Dapatkan lebihan kad tebal yang digunakan oleh kedai frame gambar. Lebihan kad ini biasanya dibuang oleh pekedai. Kad-kad lebihan ini boleh digunakan untuk berbagai aktiviti di dalam beberapa subjek yang diajar di dalam kelas.

Tip 6 : Sediakan borang bergrid yang kosong. Edarkan borang berkenaan kepada setiap pelajar. Pelajar-pelajar diminta mencatatkan perkataan yang mereka tahu ke dalam grid dalam berbagai arah untuk dijadikan Borang Cari Perkataan ( Word Search ). Borang ini boleh ditukarkan sesama pelajar untuk aktiviti kelas atau kumpulan.

Sama-samalah kita cuba tips-tips berikut. Mungkin ianya dapat membantu para guru dalam mengurus pengajaran di dalam kelas.

Comments

Popular posts from this blog

11 Anjakan Utama Mentransformasi Sistem Pendidikan Negara

Pengurusan Masa - Satu Keperluan Guru

Mengapa Pengajaran & Pembelajaran Tidak Berkesan?