Kesalahan Yang Kerap Dilakukan Oleh Guru Baru

Guru-guru baru kerapkali:

1. Tak pernah dapat memutuskan apa yang mereka hendak dan apa yang mereka tak hendak. Ini merupakan penyebab utama kepada masalah yang berikutnya.

2. Memuji pelajar secara berlebihan di atas kejayaan melaksanakan tugas yang diberi.

3. Tidak dapat membezakan di antara pujian dan pengiktirafan dan bilakah setiap satu itu dihargai.

4. Gagal menyediakan rancangan jangka panjang dan rancangan harian.

5. Kerap memberi tumpuan yang berlebihan kepada seseorang pelajar atau pun sekumpulan pelajar serta tidak memantau kelas secara keseluruhan.

6. Memulakan pengajaran sebelum memastikan pelajar-pelajarnya telah bersedia untuk menerima pengajaran.

7. Bertutur terlalu pantas dan kadangkala tidak jelas. Adakalanya terlalu kuat atau terlalu perlahan.

8. Berdiri terlalu lama pada sesuatu tempat atau duduk terlalu lama semasa sedang mengajar.

9. Terlalu menekankan perkara-perkara negatif.

10. Tidak memastikan agar pelajar mengangkat tangan serta tunggu sehingga di panggil untuk memberi jawapan, pandangan ataupun tindak balas.

11. Terlalu "serious" dan tak pernah bergurau ataupun terlalu banyak bergurau dan tidak pernah "serious".

12. Mengamalkan strategi pengajaran atau kombinasi strategi pengajaran yang sama berulangkali tanpa sebarang perubahan.

13. Tidak mahir dalam penggunaan "facial expression" atau "body language".

14. Kerap berinteraksi hanya dengan kumpulan pelajar yang disukai sahaja.

15. Mengumpul serta mengedar kertas kerja pelajar sebelum memperuntukan tugasan baru kepada pelajar.

16. Menggangu pelajar semasa mereka sedang menumpukan perhatian kepada tugasan yang diberi.

17. Kerap menjerit "DIAM" apabila ingin mengawal pelajar di dalam kelas.

18. Kerap berleter apabila ingin mengatasi kelakuan pelajar yang keterlaluan.

19. Menerima yang minima tanpa menuntut agar diberi yang maksimum.

20. Mengguna ugutan apabila mengawal keadaan di dalam kelas.

21. Menegur pelajar dari jauh (dekatilah pelajar apabila membuat teguran).

22. Gagal untuk membuat semakan untuk mengetahui sejauh mana pelajar telah memahami apa yang telah diajar.

23. Kerap mengguna bentuk soalan yang kurang jelas atau lemah susun bahasanya.

24. Selalu tidak konsisten dalam semua tindakan.

25. Sanggup melakukan apa sahaja untuk digemari dan disukai pelajar.

26. Membiarkan pelajar tidak memberi tumpuan semasa pengajaran sedang dijalankan.

27. Memperkenalkan atau mendedahkan terlalu banyak perkara dalam satu masa pengajaran.

28. Mengambil masa yang terlalu panjang untuk memberi penerangan dalam melaksanakan sesuatu aktiviti.

29. Kerap mengalami perasaan gemuruh, resah dan gelisah.

30. Menghukum pelajar yang bersalah secara keterlaluan.

Demikianlah beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh guru-guru yang baru mula bertugas di sesebuah sekolah.

Sumber rujukan : Classroom Management Mistakes, Dr. Bob Kizlik, PhD University of Viginia, Assos Prof Dept of Exceptional Student Educations.

Rujukan Lanjutan : http://www.adprima.com

Comments

Popular posts from this blog

11 Anjakan Utama Mentransformasi Sistem Pendidikan Negara

Pengurusan Masa - Satu Keperluan Guru

Mengapa Pengajaran & Pembelajaran Tidak Berkesan?