Guru Yang Berkualiti Amat Penting

Saya terbaca sebuah rencana yang ditulis oleh Dr. Jeanette Taylor dari Florida State University mengenai kesan kualiti guru terhadap pembelajaran. Dalam rencana tersebut beliau menyatakan " In circumstances where the teachers are all excellent, the variability in student reading achievement may appear to be largely genetic. However poor teaching impedes the ability of children to reach their potential". ( The Star 24 April 2010 )

Pihak universiti tersebut telah menjalankan kajian dengan mengguna kanak-kanak kembar sebagai model. Teori yang diutarakan adalah : Jika kanak-kanak kembar seiras diletak di dalam kelas yang berlainan dan salah seorang daripada menjadi lebih berjaya dalam pelajaran, perbezaan itu adalah berpunca dari guru. Hasil daripada kajian tersebut mereka dapati memang ada kebenaran bahawa sifat seseorang guru itu mempengaruhi perkembangan pembelajran kanak-kanak yang diajar. Guru yang berkualiti akan mewujudkan suasana pembelajaran yang akan membenarkan kanak-kanak mencapai potensi masing-masing ke tahap yang tinggi.

Banyak lagi kajian yang telah dibuat oleh berbagai pihak mengenai kesan pengajaran guru terhadap perkembangan pembelajaran kanak-kanak yang dididik di sekolah-sekolah.
Salah satu kajian itu adalah yang telah dijalankan oleh William L Sanders dan June C Rivers dari Pusat Kajian Nilai Tambah dan Penilaian, Universiti Tennessee.

http://www.mccsc.edu/~curriculum/cumulative%20and%20residual%20effects%20of%20teachers.pdf.

Comments

Popular posts from this blog

11 Anjakan Utama Mentransformasi Sistem Pendidikan Negara

Pengurusan Masa - Satu Keperluan Guru

Mengapa Pengajaran & Pembelajaran Tidak Berkesan?