SKPM Bahagian 7

Dimensi 3 – Pengurusan Program Pendidikan

Elemen 8 – Pengurusan Program Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid.

Program Pengurusan Kokurikulum

Sebagaimana Unit HEM, unit KK juga perlu mewujudkan sebuah jawatankuasa. Jawatankuasa Kokurikulum juga dianggotai oleh Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Penyelia Petang dan semua guru yang mengetuai unit-unit kokurikulum. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk :-

  • Membina Dasar Kokurikulum Sekolah yang selaras dengan Pelan Strategik Sekolah.
  • Menyediakan belanjawan tahunan unit KK.
  • Merancang program, aktiviti dan projek KK selaras dengan Pelan Strategik Sekolah.
  • Melaksanakan semua program, aktiviti dan projek KK.
  • Memantau dan menilai keberkesanan semua program, aktiviti dan projek KK.
  • Menjalankan penambahbaikan terhadap program, aktiviti dan projek KK.
  • Mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa.
  • Menyediakan minit mesyuarat mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Persatuan dan Kelab / Badan Beruniform / Sukan dan Permainan

Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah perlu merancang dan membina program dan aktiviti kokurikulum selaras dengan:-

  • Pelan Strategik Sekolah
  • Sukatan Pelajaran Mata Pelajaran
  • Perlembagaan Kelab dan Persatuan.
  • Aktiviti pengukuhan kurikulum.
  • Potensi dan minat murid-murid.
  • Pembangunan sahsiah murid.

Jawatankuasa perlu memastikan bahawa semua murid menganggotai kelab dan persatuan / badan uniform / sukan dan permainan yang ditetapkan. Murid-murid dikehendaki mengikut jadual pelaksanaan yang telah ditetapkan. Segala kemudahan yang ada di sekolah digunakan dan dimunafaatkan secara optimum. Pembangunan sahsiah diri murid juga perlu diperhatikan dan diambil kira. Jadual penyeliaan perlu diadakan, dan ia melibatkan Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan dan Penyelia Petang. Semua guru yang bertugas akan diselia dan dipantau secara berkala. Hasil penyeliaan dan pemantauan akan direkodkan. Hasil penyeliaan dan pemantauan akan dibincangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum. Segala maklum balas yang diperolehi di dalam mesyuarat akan digunakan untuk merancang langkah penambahbaikan. Satu penilaian impak program dan aktiviti perlu dibuat dan langkah-langkah penambahbaikan dirancang dan dilaksanakan oleh guru-guru penasihat kelab dan persatuan / unit badan beruniform / sukan dan permainan. Satu rekod penglibatan murid-murid dalam semua program dan aktiviti yang dijalankan hendaklah disimpan. Rekod penglibatan ini akan dibentangkan di dalam Rekod Kemajuan Murid untuk disahkan oleh ibu bapa.

Comments

Popular posts from this blog

11 Anjakan Utama Mentransformasi Sistem Pendidikan Negara

Pengurusan Masa - Satu Keperluan Guru

Mengapa Pengajaran & Pembelajaran Tidak Berkesan?