Posts

Showing posts with the label Isu Pendidikan

Bayaran Insentif - Satu Pandangan

Tahniah kepada Kementerian Pendidikan Malaysia di atas satu lagi program yang memberi semangat kepada para guru untuk berusaha dengan lebih kuat untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam pendidikan. Alangkah seronoknya jika seorang Guru Besar itu dipilih sebabagi Guru Besar yang berjaya. Apa tidaknya, ganjaran yang akan diperolehinya ialah sebanyak RM7,500.00 ( Tujuh Ribu Lima Ratus Ringgit ). Sudah tentulah ramai Guru Besar yang akan mula berkerja keras untuk mendapat bayaran insentif tersebut. Maka akan wujudlah berbagai program dan rancangan yang difikirkan siang dan malam untuk mencapai lonjakan dalam keputusan peperiksaan UPSR. Projek demi projek dan program demi program dirancangan itu akan dibentangkan kepada para guru di sekolah. Tanpa banyak soal para guru pun bergeraklah untuk menjayakan projek atau program tersebut. Apakah agaknya yang difikirkan oleh para guru di sekolah tersebut. Para guru pun akan dapat juga bayaran insentif, tapi taklah sebanyak mana yang dibayar k...

Bahasa Ketiga

Satu lagi langkah untuk memajukan pendidikan di negara ini telah diambil oleh KPM. Syabas. Walaupun ia adalah program yang telah tertangguh begitu lama. Program ini akan memberi anak-anak kita peluang untuk menguasai bahasa ketiga. Saya setuju dengan pendapat beberapa pihak terutama sekali dari ibu bapa dan NUTP mengenai program ini. Beberapa masalah utama perlu disekesaikan dan saya rasa yakin semuanya telah difikirkan dan dirancang dengan kemas serta teratur oleh KPM. Cadangan yang dikemukankan oleh NUTP agar guru-guru mahir yang telah bersara dilantik bagi mengatasi kekurangan guru yang mahir dalam bahasa-bahasa yang hendak diajar adalah satu langkah yang baik. Guru-guru ini bolehlah dilantik sama sebagaimana guru-guru POL dilantik. Ramai guru yang telah bersara tidak berminat untuk berkhidmat secara kontrak selama setahun serta terikat dengan semua aktiviti sekolah seperti guru yang sedang berkhidmat. Saya juga percaya jika guru-guru bahasa ini diberi peluang berkhidmat mengikut ...

Guru Pembantu atau Pembantu Guru?

Satu perkembangan yang amat menarik telah berlaku baru-baru ini mengenai pendidikan di negara kita. Tahniah saya ucapkan kepada YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran yang begitu bersungguh-sungguh untuk memperbaiki sistem pendidikan negara. Langkah untuk mewujudkan jawatan GURU PEMBANTU (GP) adalah sesuatu yang telah lama ditunggu oleh para guru. Walaubagaimana pun banyak yang masih agak kabur tentang tugas dan tanggungjawab mereka. Banyak persoalan yang perlu dihalusi dan diberi tumpuan sebelum ianya menjadi satu kenyataan. Tujuan mewujudkan jawatan Guru Pembantu adalah untuk meringankan beban tugas Guru Bilik Darjah. Kita perlu lihat apakah beban tugas yang nak kita ringankan? Adakah ia tugas Pengajaran dan Pembelajaran atau tugas Pengurusan dan Pentadbiran? Jika jawatan Guru Pembantu itu hanya semata-mata untuk membantu guru menyelesaikan kerja-kerja pengurusan, ia adalah satu pembaziran tenaga kerja. Cuba kita senaraikan tugas-tugas yang dimaksudkan: 1. Melen...

Di Mana Lemahnya Kita

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah memberikan saya kekuatan untuk kembali menulis di dalam blog saya ini. Banyak yang telah diperkatakan tentang sistem pendidikan di negara kita. Banyak juga yang telah diajukan oleh berbagai pihak untuk memertabatkan pendidikan di negara kita. Apa yang dapat saya perhatikan kebanyakan daripada kita, apabila berbincang mengenai pendidikan kita lupa akan perkara pokok yang tidak sepatutnya kita abaikan. Iaitu FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA. Apa pun yang hendak kita lakukan untuk mempertingkatkan sistem pendidikan kita, matlamat dan tujuan falsafah tersebut adalah tunggak segala perancangan. Saya bimbang dan khuatir akan berlaku kegelinciran daripada landasan asal semasa kita sibuk dalam usaha membangunkan pendidikan di negara kita. Saban hari, masalah pendidikan sering dijadikan isu dan bahan berita atau tajuk perbincangan di merata tempat. Tak kiralah sama ada di gerai, pejabat, atau di mana saja tempat manusia berhimpun. Kerap kita dengar kata-ka...

Siapa Yang Salah, Siapa Yang Benar

Saya ingin berbicara sedikit mengenai apa yang telah saya lihat dan perhatikan beberapa minggu ini gelagat pelajar-pelajar dan guru-guru pada waktu persekolahan.   Kes 1 : Jam pada waktu itu menunjukkan tepat 10 pagi. Saya bersama isteri berada di sebuah restoran kerana menikmati roti bakar dan kopi o. Saya ternampak 2 orang pelajar sebuah sekolah menengah yang berhampiran berjalan di pekan tanpa rasa bersalah maupun segan. Mereka seolah-olah bebas menjalankan aktiviti mereka tanpa rasa bimbang atau risau. Ramai juga orang awam yang memerhati gelagat pelajar-pelajar tersebut, tapi tidak seorang pun berani menegur mereka. Saya yang berada di dalam restoran hanya mampu memberi pandangan yang tajam ke arah pelajar-pelajar berdua itu. Langsung tak diendahkan. Setelah selesai minum saya dan isteri memasuki kereta kami dan terus menuju ke destinasi kami. Sebaik saja kami sampai ke tempat yang hendak di tuju, terdapat 7 orang lagi pelajar yang sedang berkumpul di kaki lima sebuah kedai de...

PPSMI - Kekeliruan Isu

Saya amat tertarik dengan pandangan dan hujah-hujah yang dipaparkan melalui berbagai media mengenai masalah pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Ramai yang membangkitkan isu bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa pembangunan. Malah ada yang berpendapat bahawa jika kita lemah dalam bahasa Inggeris kita akan ketinggalan zaman. Kita akan menjadi bangsa yang mundur. Tidak kurang juga ada yang berpendapat bangsa Malaysia akan ketinggalan dalam arus pembangunan jika tidak menguasai bahasa Inggeris. Saya amat setuju dengan pandangan mereka. Tapi apa yang membuat saya rasa hairan adalah mengapa masalah bahasa Inggeris menjadi isu di sini? Sedangkan masalah yang sedang dihadapai adalah bagaimana untuk mengajar ilmu, konsep dan kemahiran Matematik dan Sains kepada anak-anak kita secara berkesan agar mereka dapat menguasai kemahiran-kemahiran Matematik dan Sains dengan lebih mantap dan padu. Bagaimanakah seorang pelajar yang lemah dalam bahasa Inggeris akan dapat menguasai kemahira...

Masa dan Kerja

Masa merupakan aset yang tidak kekal. Ia datang dan pergi secara berterusan. Terpulanglah kepada kita untuk mengurusnya secara berkesan untuk mendapat munafaat yang penuh. Sebenarnya sepanjang 24 jam sehari kita telah banyak menghabiskan masa dengan tidak mendatangkan sebarang hasil dan faedah kepada diri kita, keluarga dan masyarakat. Aktiviti harian seperti tidur, mengurusdiri, bekerja dan beriadah akan mengguna sebahagian dari 24 jam itu secara tetap. Secara puratanya masa tersebut adalah sebanyak 20 jam sehari. Ini bermakna kita masih mempunyai lebihan masa sebanyak 4 jam. Apa yang berlaku adalah masa lebihan tersebut telah berlalu begitu sahaja tanpa menghasilkan sebarang faedah. Tidur - 8 jam Bekerja - 8 jam Mengurus diri ( mandi, makan, berhias dsb.) - 2 jam Beriadah ( jogging, bersukan dsb ) - 2 jam Pada kebiasaannya waktu bekerja adalah selama 8 jam sehari. Waktu bekerja secara tepat adalah selama 7 jam setelah ditolak waktu rehat selama 1 jam. Masa kerja ini pula banyak terb...

Beban Tugas Guru

Isu Beban Tugas Guru kerap disebut dan dipaparkan di dalam akhbar-akhbar tempatan. Malah kebanyakan rintihan yang disampaikan adalah beban tugas-tugas pentadbiran sehinggakan tugas hakiki iaitu mengajar tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Di sini ingin saya utarakan beberapa pandangan dan syor yang saya rasa boleh dimunafaatkan bersama oleh guru-guru dan pihak pentadbiran sekolah. Perkara yang pertama yang perlu difahami adalah waktu bertugas seorang guru adalah selama 6 jam sehari iaitu selama 30 jam seminggu. Ini jika dibandingkan dengan waktu bertugas seorang guru di United Kingdom dan Wales adalah jauh berbeza. Di sana seorang guru bertugas selama 50 hingga 52 jam seminggu. Yang penting sekarang ialah bagaimana kita nak lakukan semua tugas hakiki dengan sehabis baik di mana pada masa yang sama kita juga perlu melaksanakan lain-lain tugas pentadbiran dengan sempurna. Secara purata seorang guru sekolah rendah akan diberi sebanyak 840 minit hingga 900 minit seminggu untuk mengaj...

Tugas dan tanggungjawab

Kerapkali kita baca rintihan para guru tentang tugas yang perlu dilaksanakan di sekolah. Mereka menekankan bahawa tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka adalah tidak berkaitan dengan tugas hakiki iaitu mengajar. Saya ingin tekankan di sini bahawa tugas guru adalah mendidik. Ada perbezaan di antara mengajar dan mendidik. Sebagai seorang pendidik kita dikehendaki mendidik anak-anak didik kita di dalam semua aspek yang berkaitan dengan pembentukan seorang insan yang sempurna. Apakah tugas -tugas yang dikatakan tidak berkaitan dengan tugas hakiki itu? Sekolah sentiasa dikehendaki melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan pentadbiran. Pihak Kementerian Pelajaran kerapkali memerlukan maklumat dan data yang berkaitan dengan keperluan pengurusan sektor masing-masing. Bahagian Sekolah dengan data guru dan muridnya, Bahagian Buku Teks dengan data pendapatan ibu bapa. Malahan semua bahagian ada keperluan masing-masing. Sepatutnya keperluan data-data berkenaan boleh diperolehi d...

Mengurus Atau Mentadbir?

Kejayaan sesebuah sekolah bukan saja bergantung kepada tenaga kerjanya, malah tunggak pengurusan sekolah merupakan faktor pendorong kepada tenaga kerja yang akan melaksanakan segala urusan pembangunan kurikulum, ko-kurikulum dan juga hal ehwal pelajar. Saya ingin membincangkan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh para pengurus sekolah (Guru Besar/Pengetua). Apa yang dapat dilihat masa kini adalah Guru Besar atau Pengetua sekolah kurang memainkan peranan mereka sebagai seorang pengurus, malah mereka sekadar bertindak sebagai pentadbir. Mentadbir dan mengurus adalah dua perkara yang berbeza. Sekolah sepatutnya diurus dan bukan ditadbir. Apabila seseorang Guru Besar itu mengambil keputusan dan tindakan untuk mencapai matlamat sekolahnya, maka ia dikatakan sedang mentadbir sekolahnya. Kerja-kerja untuk memastikan sekolah berjalan dengan lancar mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan adalah dianggap sebagai tugas-tugas "maintenance". Sedangkan tugas-tugas meng...

Matematik & Sains Dalam Bahasa Inggeris

Nampaknya isu ini telah menjadi semakin besar. Semua orang sibuk mengulas dan memberi pendapat mengenainya. Ada yang sokong program ini diteruskan, ada pula yang minta supaya balik ke asal iaitu diajar dalam bahasa ibunda dan yang terbaru ada pula yang mengesyorkan agar sekolah Aliran Bahasa Inggeris dibuka semula. Kalau tak silap saya program ini dilancarkan dengan matlamat untuk memperkukuhkan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Maka wujudlah istilah seperti PPSMI dan BISP. Berkursuslah para guru yang mengajar kedua-dua mata pelajaran tersebut. Kelang kabut sekolah dibuatnya. Ramailah guru-guru yang terpaksa meninggalkan kelas kerana nak memahirkan bahasa Inggeris. Bayangkan guru-guru yang dah begitu lama mengajar mata pelajaran berikut dalam bahasa ibunda terpaksa berkursus untuk mengajarnya dalam bahasa Inggeris. Yang dikursuskan pula adalah pengistilahan dan kemahiran bahasa. Bila guru-guru berikut balik ke sekolah untuk mula mengajar, ada yang rasa gementar dan ...

Pengurusan Panitia Ke Arah Kecemerlangan

Panitia Mata Pelajaran merupakan salah satu unit di bawah kawalan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Kejayaan sesebuah sekolah dalam menghasilkan pencapaian akademik yang berkesan dan cemerlang adalah menjadi tanggungjawab unit ini. Jika semua panitia mata pelajaran di sesebuah sekolah itu berfungsi secara menyeluruh dan berkesan, maka semua mata pelajaran akan mencatat prestasi yang membanggakan. Prestasi pencapaian akademik di sesebuah sekolah itu menggambarkan prestasi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan Panitia Mata Pelajaran. Apabila sesebuah sekolah itu gagal untuk menunjukkan pencapaian akademik yang boleh dibanggakan, kegagalan itu akan dikaitkan dengan pengurusan panitia mata pelajaran sekolah itu. Sepanjang pengalaman saya sebagai pengurus sekolah, saya dapati bahawa prestasi sesuatu mata pelajaran itu ada hubungkaitnya dengan keberkesanan pengurusan panitia mata pelajaran tersebut. Kebanyakan Ketua Panitia didapati tidak mempunyai pengetahuan yang cukup dalam pengurusan sesebuah...

Masalah Pendidikan di Sekolah

Pengurusan pendidikan di sekolah perlu diperkukuhkan bagi memastikan agar segala polisi dan program yang telah dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia menjadi kenyataan dengan jayanya. Memang agak sukar untuk memantau sekolah-sekolah secara berkesan dengan kekangan beban tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas pegawai-pegawai di semua peringkat di KPM, JPN dan PPD. Oleh itu adalah lebih baik dan berkesan jika pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk mengawasi sekolah-sekolah tidak dibebani dengan lain-lain tugas yang tidak berkaitan dengan tugas hakiki pegawai berkenaan iaitu memantau. Jadual pemantauan perlu di atur dengan teliti agar semua sekolah di seluruh negara dapat dipantau sekurang-kurangnya 1 kali setahun. Seorang pegawai kurikulum di PPD yang mempunyai sebanyak 200 buah sekolah di bawah jagaannya boleh memantau sebanyak 2 buah sekolah sehari bagi memenuhi sasaran sebuah sekolah sekali setahun. Jika ini dapat dilaksanakan, saya percaya prestasi semua sekolah di selur...

Siapakah Guru Yang Berkesan?

Guru-guru yang berkesan adalah mereka yang mempunyai ciri-ciri berikut: Penerangan yang diberikan kepada pelajar-pelajar adalah jelas dan terang. Sebelum memulakan sesuatu pengajaran mereka akan membuat persediaan yang rapi. Pengajaran yang diberikan kepada pelajar adalah sangat mudah difahami dan sangat mudah diikuti. Apabila disoal oleh pelajar, jawapan yang diberikan adalah jelas dan tepat. Di akhir pengajaran mereka akan merumus isi-isi penting secara terperinci. Objektif pengajaran mereka adalah jelas dan dinyatakan kepada pelajar sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Mereka memberi penekanan kepada perkara-perkara penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Perbincangan di dalam kelas merupakan suatu yang amat digalakkan. Pelajar-pelajar digalakkan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama rakan-rakan sedarjah. Pelajar-pelajar digalak memberi pandangan dan pendapat semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Mereka tahu sama ada pelajar-pelejar mereka memahami a...

Satu Kemahiran Dua Cara

Apakah yang dimaksudkan dengan Pengajaran yang berkesan? Pernahkah kita fikirkan adakah apa yang telah diajarkan kepada pelajar-pelajar selama 30 minit ataupun satu jam bagi satu sesi pengajaran. Berapa ramaikah pelajar-pelajar kita yang memahami dan dapat menguasai apa yang telah diajar. Pengajaran di dalam Tahap Satu sekolah rendah adalah amat penting. Ini adalah kerana pelajar-pelajar kita didedahkan kepada kemahiran-kemahiran asas membaca, mengira dan menulis. Jika kemahiran-kemahiran asas ini tidak dikuasai maka akan berlaku deficit pembelajaran di dalam Tahap Dua kelak. Guru-guru yang diamanahkan untuk mengajar di Tahap Satu mempunyai tugas yang amat berat dan mencabar. Kejayaan pelajar-pelajarnya bergantung kepada sejauh mana ia dapat memastikan semua pelajarnya telah menguasai 3M dengan jaya dan mantap. Setiap pelajar yang gagal menguasai kemahiran 3M adalah indikator kelemahan guru tersebut. Mengikut norma, semua pelajar mampu menguasai kesemua kemahiran 3M dengan baik. Apa ya...

Mengapa Pengajaran & Pembelajaran Tidak Berkesan?

Bilangan murid yang tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar adalah satu faktor utama berlakunya defisit pembelajaran. Mereka ini jika dibiarkan tanpa sebarang usaha untuk mengatasinya dari peringkat awal lagi akan menjadi kegagalan terkumpul ( cumulative failure ) di akhir tahun persekolahan. Ia menjadi faktor yang akan menghantui para guru terutama sekali mereka yang mengajar di kelas-kelas peperiksaan. Akan timbul rasa tidak senang dan tertekan di kalangan guru yang mengajar di kelas-kelas berikut. Apakah punca kegagalan ini? Adakah kerana mereka ini sudah memang dilahirkan lembam? Adalah tidak adil mereka ini dikategorikan sedemikian rupa. Pada lazimnya peratus mereka yang lemah adalah sebanyak 10% daripada jumlah keseluruhan murid dalam satu-satu tahun. Itu pun sepuluh peratus ini boleh dipulihkan dengan pengajaran yang terancang mengikut keperluan dan kesesuaian murid-murid tersebut. Di antara punca-punca yang telah dikenalpasti mengapa P&P seseorang guru itu ti...

Beratnya Beg Sekolah! Mengapa agaknya?

Isu beg sekolah berat adalah isu lama. Isu ini telah mula dibangkitkan oleh ibu bapa sejak tahun 1995 lagi. Pihak Kementerian Pelajaran telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah ini. Beberapa Surat Pekeliling Ikhtisas telah dikeluarkan bagi tujuan mengatasi masalah beg berat. Pada lazimnya semua murid dikehendaki membawa semua buku teks mata pelajaran teras yang diajar setiap hari iaitu mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam dan Sains. Selain daripada itu terdapat juga teks bagi Mata Pelajaran pilihan seperti Kemahiran Hidup, Muzik dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Secara puratanya setiap hari setiap murid Tahap Satu perlu membawa sebanyak lapan buah buku teks dan Buku Latihan Aktiviti. Murid-murid juga perlu membawa bersama buku rampaian bagi setiap mata pelajaran yang diajar pada hari itu. Biasanya buku rampaian ini berjumlah sebanyak 10 buah iaitu, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pendidikan Islam (dua naskah seti...

SEPATUTNYA, TETAPI........

Dalam kita menjalankan tugas-tugas kita sebagai seorang pendidik, banyak cabaran yang terpaksa kita hadapi. Ramai di antara kita tidak memahami apa itu tugas dan tanggungjawab seorang guru. Adakah tugas dan tanggungjawab kita hanya sekadar masuk ke kelas dan mengajar selama masa yang telah di tetapkan, menanda kerja-kerja dan latihan yang telah kita berikan serta memberi ujian apabila tiba masanya. Markah ujian dicatat di dalam rekod murid dan juga sekolah. Maka selesailah tugas kita mendidik anak-anak kita. Amat mudah dan senang sekali tugas seorang guru. Itu adalah pandang masyarakat terhadap profesion perguruan. Pada hakikat sebenarnya pandangan ini boleh dihapuskan dan diperbetulkan jika kita para guru faham dan tahu apa sebenarnya tugas dan tanggungjawab kita. Kita SEPATUTNYA ….. Memahami dan menghayati inti pati Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Memahami dan menghayati objektif dan matlamat Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) Memahami dan menghayati Sukatan Pelajaran dan Huraian...

Jika seorang guru...

Bingkisan seorang guru yang telah bersara untuk para guru yang sedang berkhidmat. Rakan-rakan yang dihormati sekalian. Jika seorang guru itu tidak berdedikasi maka ia akan melaksanakan tugasnya sambil lewa atau ala kadar sahaja. Jika seorang guru itu tidak bermotivasi, maka ia tidak akan berusaha untuk memberi pendidikan kepada anak muridnya secara bersungguh-sungguh dan berkesan. Jika seorang guru itu tidak berperibadi mulia, maka ia tidak akan dihormati oleh anak muridnya. Jika seorang guru itu tiada daya kepimpinan, maka hanyutlah anak muridnya. Jika seorang guru itu tiada kepakaran dalam mata pelajaran yang diajar, maka benaklah anak muridnya. Jika seorang guru itu tidak bekerja secara cemerlang, maka gagallah anak muridnya. Kejayaan dan kecemerlangan murid-murid adalah hasil daripada kejayaan dan kecemerlangan guru yang mengajar. Seorang guru yang berjaya dan cemerlang akan menghasilkan murid yang berjaya dan cemerlang. Adalah pelik jika guru yang berjaya dan cemerlang menghasilka...

Pendidikan di Malaysia - Satu persoalan

Persoalannya. Apa dah jadi dengan pendidikan di Malaysia? Sejak kebelankangan ini terlalu banyak yang dipekatakan tentang masalah disiplin yang saya rasa adalah satu masalah yang tidaklah begitu serius sebagaimana yang diperkatakan. Masalah yang lebih besar dan kritikal adalah bagaimana nak menjadikan pendidikan di negara sesuatu yang berhasil dan cemerlang. Apa yang patut kita bincang secara bersungguh-sungguh adalah bagaimanakah nak kita perbaiki lagi proses pengajaran dan pembelajaran agar hasrat dan inspirasi negara tercapai. Masyarakat perlu diberi kefahaman tentang sistem pendidikan negara serta dasar-dasar pendidikan yang telah dilaksanakan terutama sekali dikalangan ibu bapa yang anak-anak mereka berada di sekolah. Adakah mereka ini tahu serta dapat memahami apa itu Dasar Pendidikan Negara, malahan banyak lagi program dan projek yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Belum lagi kaum ibu bapa memahami perkara asas yang dilaksanakan di sekolah seperti Program KIA ...