Di Mana Lemahnya Kita
Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah memberikan saya kekuatan untuk kembali menulis di dalam blog saya ini.
Banyak yang telah diperkatakan tentang sistem pendidikan di negara kita. Banyak juga yang telah diajukan oleh berbagai pihak untuk memertabatkan pendidikan di negara kita. Apa yang dapat saya perhatikan kebanyakan daripada kita, apabila berbincang mengenai pendidikan kita lupa akan perkara pokok yang tidak sepatutnya kita abaikan. Iaitu FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA. Apa pun yang hendak kita lakukan untuk mempertingkatkan sistem pendidikan kita, matlamat dan tujuan falsafah tersebut adalah tunggak segala perancangan. Saya bimbang dan khuatir akan berlaku kegelinciran daripada landasan asal semasa kita sibuk dalam usaha membangunkan pendidikan di negara kita.
Saban hari, masalah pendidikan sering dijadikan isu dan bahan berita atau tajuk perbincangan di merata tempat. Tak kiralah sama ada di gerai, pejabat, atau di mana saja tempat manusia berhimpun. Kerap kita dengar kata-kata yang agak pedih yang dilemparkan terhadap sistem pendidikan kita. Malah jarang sekali, amat jarang sekali saya dapat membaca ataupun mendengar pujian serta komen-komen positif mengenai pendidikan di negara kita. Ada saja yang tak kena, Ada saja yang tak betul, Ada saja yang tak sesuai. Entah apa yang betul, apa yang kena dan apa yang sesuai tak pula disebut. Kita terlalu banyak membuat andaian dan tanggapan negatif terhadap langkah-langkah dan program-progam yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Apabila ada saja program atau polisi yang baru diumumkan, masyarakat mula memberi pandangan dan pendapat seperti mana yang telah saya sebut tadi. Sakit telinga mendengarnya. Apa yang amat menyedihkan ialah para GURU, anggota KPM yang bertanggungjawab untuk melaksanakan dan memastikan segala program atau polisi itu berjaya adalah mereka yang pertama membantah dan bising. " Apa lagi yang nak dibuat oleh KPM ni?", "Bertambahlah kerja kita." ungkapan-ungkapan seperti ini kerap kedengaran. Ramai yang beranggapan bahawa semua itu akan menggangu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ye ke? Ataupun semua itu akan menggangu ketenteraman dan keselesaan para guru. Tepuk kepala tanyalah otak?
Selagi sikap dan jiwa para guru tidak komited kepada tugas sebagai seorang pendidik, selagi itulah apa yang baik tidak akan mendatangkan hasil. Cakap-cakap yang memperkecilkan dan merendah-rendahkan kemampuan seseorang murid itu kerap kedengaran di Bilik Guru. "Si Polan tu bodoh betul la. Apa pun di tak tau. Tanya ni tak tau . Tanya itu tak tau. Entah apa yang di tahu." Kata-kata seperti ni biasanya akan mendapat sokong dari rakan-rakan sejawat. Tak pula kita dengar cakap-cakap seperti ini, " Kesian Si Polan tu, lemah betul dia. lambat dapat menguasai sesuatu kemahiran yang diajar.Kita kena fikirkan macam mana nak bantu Si Polan tu agar dia tak ketinggalan dalam pelajaran dia." Maka inilah salah satu punca berlakunya murid-murid yang tak dapat menguasai kemahiran asas KBSR/KBSM. Malah wujudlah masalah mereka yang tak tahu membaca, menulis dan mengira. Jika kita sebagai guru, menjalankan tanggungjawab kita dengan penuh kesedaran dan keinsafan sudah tentu masalah buta 3M tidak akan menjadai isu besar.
Bukan SISTEM yang TAK SEMPURNA atau TAK BAGUS, tetapi PELAKSANA sistem itu yang agak tempang dan lemah. Jadi, jika kita nak memastikan agar semua sekolah dapat menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat menguasai kemahiran asas, kita perlu memastikan yang jentera dan pelaksananya berada dalam keadaan baik dan jitu. Baru aje Pak Menteri mengumumkan yang semua guru mesti berkhidmat di kawasan pendalaman untuk membantu mempertingkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran, HEBUH satu negara, terutama para guru dan bakal guru. Dari dulu lagi saya pernah menyarankan agar semua guru perlu berkhidmat di kawasan pendalaman sebelum di tempatkan di bandar, tapi maklumlah siapa kita. Hanya insan kerdil yang bernama GURU. Syukur alhamdulillah sekarang ia telah menjadi kenyataan. Maka akan timbul pula masalah baru di KPM. Iaitu, rayuan, memo entah dari mana atau panggilan telefon yang akan memeningkan kepala pegawai-pegawai sumber manusia yang bertanggunjawab untuk menentukan penempatan guru. Apa tidaknya. Tak nak ke pendalaman lah tu. Jika kita tiada kekuatan untuk menghadapi semua cabaran dan dugaan tersebut, maka sia-sia sajalah saranan Pak Menteri itu.
Kerana sayangkan dunia pendidikan, maka saya merayu kepada semua GURU, jika benar anda ingin berkhidmat sebagai GURU, hadapilah semua itu dengan penuh keinsafan dan kesedaran bahawa itu adalah tanggungjawab kita yang telah kita ikrar semasa kita melangkahkan kaki kita ke dalam dunia pendidikan. Lebih baik anda mengundur diri sebelum anda membinasakan ribuan anak-anak didik anda sepanjang tempoh perkhidmatan anda sebagai guru.
Wassalam.

Comments