Posts

Showing posts with the label Pendidikan

Kesalahan Yang Kerap Dilakukan Oleh Guru Baru

Guru-guru baru kerapkali: 1. Tak pernah dapat memutuskan apa yang mereka hendak dan apa yang mereka tak hendak. Ini merupakan penyebab utama kepada masalah yang berikutnya. 2. Memuji pelajar secara berlebihan di atas kejayaan melaksanakan tugas yang diberi. 3. Tidak dapat membezakan di antara pujian dan pengiktirafan dan bilakah setiap satu itu dihargai. 4. Gagal menyediakan rancangan jangka panjang dan rancangan harian. 5. Kerap memberi tumpuan yang berlebihan kepada seseorang pelajar atau pun sekumpulan pelajar serta tidak memantau kelas secara keseluruhan. 6. Memulakan pengajaran sebelum memastikan pelajar-pelajarnya telah bersedia untuk menerima pengajaran. 7. Bertutur terlalu pantas dan kadangkala tidak jelas. Adakalanya terlalu kuat atau terlalu perlahan. 8. Berdiri terlalu lama pada sesuatu tempat atau duduk terlalu lama semasa sedang mengajar. 9. Terlalu menekankan perkara-perkara negatif. 10. Tidak memastikan agar pelajar mengangkat tangan serta tunggu sehingga di panggil untu...

VALUE ADDED ACCOUNTABILITY

The number and types of standardized tests administered to students are many. There has been only limited discussion of their purpose, strengths, and weaknesses. Testing is undeniably important; without it, there is no consistent way to measure learning. Yet the information that comes from most standardized tests fails to tell us enough about the quality of our schools. Schools are often judged based on their students' absolute test scores. The problem with this approach is that absolute test scores are overwhelmingly linked to students' family income: wealthy school districts tend to have high scores and districts that serve low-income students tend to have low scores. Unless we believe that only rich schools are good schools, and that good schools are necessarily rich schools, we need an approach that evaluates schools based on how their academic programs impact their students. Unlike every other way of looking at test results, value-added assessment solves this problem by a...

Persekitaran Pembelajaran

Sebagai seorang guru, anda perlu mewujudkan persekitaran yang sesuai dan menarik di dalam bilik darjah anda untuk mendapat kesan yang terbaik dari pengajaran yang dijalankan. Anda mempunyai satu tahap kawalan ke atas semua perkara yang ada kaitan dengan persekitaran itu. Perkara-perkara yang boleh anda kawal adalah penglihatan, bunyi, suhu bilik dan perasaan. Penglihatan/Pemandangan: Persekitaran penglihatan yang hendak diwujudkan perlu berpaksikan kepada perkara-perkara berikut: Ia perlu cantik dan menarik . Bahan-bahan yang digunakan mestilah bersih, berwarna warni dan sedap mata memandangnya. Bahan-bahan ini boleh lah dibina sendiri, dibeli dari pembekal ataupun diambil dari alat-alat bantu mengajar. Ia perlu berfungsi . Bahan-bahan tersebut perlulah berfungsi sebagai bahan-bahan rujukan, panduan, serta mampu mengkuhkan konsep yang diajar. Ia perlu merangsang. Bahan-bahan yang digunakan juga perlu merangsang pemikiran dan menimbulkan berbagai persoalanan dan pertanyaan dalam minda...

Teknik Pengurusan Kelas - 10 Contoh

Terdapat beberapa contoh langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengawal kelas secara berkesan. Perkara yang paling dibenci oleh pelajar adalah guru berleter. Kadangkala leteran tu berpanjangan hingga banyak masa untuk mengajar dibuang begitu sahaja. Puncanya bukan lah besar, cuma mungkin kenakalan atau kedegilan para pelajar yang sudah sememangnya demikian. Mengguna Jam Randik :- Setiap kali pelajar bising dan belum bersedia untuk belajar guru akan memberitahu kelasnya "Masa berjalan" dan jam randik dimulakan. Apabila pelajarnya telah senyap dan bersedia jam dihentikan dan masa yang telah terbuang dicatat pada Jadual Masa Terbuang yang telah disediakan di papan kenyataan kelas. Di akhir setiap bulan masa yang terbuang itu perlu digantikan dengan aktiviti tambahan seperti kelas ulangkaji, kerja kumpulan, menjawab kertas kerja tambahan dan banyak lagi mengikut kreativiti guru. Tujuan : Mengajar pelajar menghargai masa . Tabung Mata Ganjaran:- setiap pelajar akan diberi seban...

Mewujudkan Suasana Pembelajaran

Teknik Pengurusan Bilik Darjah Yang Berkesan: Menurut Mary Beth Blegan, bekas pegawai dari U.S. Department of Education, " Tindakan yang paling penting yang perlu diambil oleh seorang guru yang berkesan pada awal tahun sesi persekolahan ialah mewujudkan suasana untuk belajar di dalam sesebuah bilik darjah" . Profesor Madya Howard Miller dari Universiti Lincoln mencadangkan 12 langkah yang boleh diambil oleh para guru di awal sesi persekolahan untuk menggalakkan pengurusan Bilik Darjah yang berkesan. Langkah-langkah yang disyorkan adalah: Binakan satu set harapan secara bertulis yang anda mampu pikul dan laksana. Tekal dan konsisten. Bersabar terhadap pelajar-pelajar anda dan diri sendiri. Jadikan ibu bapa sebagai rakan seperjuangan. Kerap berhubung, berterus terang dan jelas. Jangan terlalu banyak bercakap. Gunakan sebanyak mungkin waktu pengajaran untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar untuk berkerja. Adakan 2 atau 3 aktiviti dalam setiap sesi pengajaran serta memastikan...

Keperluan Dalam Menjalankan Tugas Bhg. 3

Kembali membicarakan tajuk di atas mari kita lihat elemen-elemen seterusnya yang berkaitan. Terdapat lagi enam elemen yang boleh membantu kita dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan secara baik dan berkesan. 9. Mengurangkan Risiko : Apabila kita bersedia untuk melaksanakan sebarang tugas, sudah pasti kita akan berhadapan dengan berbagai risiko yang mungkin akan menjejaskan kerja yang akan kita hadapi. Adalah perlu bagi kita untuk mengenalpasti perkara-perkara negatif yang mungkin berlaku semasa melaksanakan tugas. Setiap keputusan yang diambil untuk melaksanakan sesuatu tugas itu sudah pastikan akan mewujudkan risiko tertentu. Adalah mustahil bagi kita untuk menghapuskan semua risiko yang mungkin timbul, tetapi kita boleh mengurangkannya. Sebagai contoh, apabila sesuatu arahan dikeluarkan oleh pengurusan sekolah risiko yang mungkin timbul adalah berlakunya "misunderstanding" atau pun "communication brakedown" di kalangan kakitangan yang akan melaksanakan tu...

Teknik Penilaian Dalam Bilik Darjah

Penilaian bilik darjah adalah satu pendekatan untuk membantu para guru mendapat maklumat tentang keberkesanan pengajaran guru dan juga apa yang sedang dipelajarai oleh pelajar dan sejauh manakah mereka telah dapat menguasai apa yang sedang diajar. Pendekatan ini mempunyai beberapa ciri yang penting. Ianya:- Berpusat kepada pelajar. Berfokus kepada pemerhatian dan kemajuan pengajaran. Maklumat yang diperolehi adalah untuk membantu guru dan pelajar membuat pengubahsuaian bagi memperbaiki pembelajaran. Diarah oleh guru. Guru menentukan; Apa yang perlu dinilai, Bagaimana penilaian akan dijalankan dan Bagaimana untuk bertindak balas ke atas maklumat yang diperolehi melalui penilaian yang telah dijalankan. Maklumat yang diperolehi tidak perlu dikongsi dengan guru lain kerana ianya adalah untuk keperluan guru berkenaan sahaja. Berkepentingan bersama. Ia memerlukan penglibatan pelajar secara aktif. Penglibatan secara aktif ini akan membantu pelajar memperkukuhkan pemahaman konsep yang diajar ...

Sebelum, Semasa dan Sesudah

Keberkesanan dan kejayaan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada apakah yang dilakukan Sebelum, Semasa dan Sesudah P&P. Saya akan mengutarakan beberapa aktiviti yang berkaitan. SEBELUM: Kenalilah murid-murid anda secara mendalam. Apakah tahap pencapaian dan pengetahuan sedia ada setiap murid. Data-data berikut amat penting untuk menentukan proses pengajaran yang sesuai dan berkesan dalam P&P kelompok murid berkenaan. Data-data berikut boleh didapati dari temubual dengan ibu bapa, rekod Prasekolah serta ujian pengesanan yang dijalankan oleh guru di peringkat awal persekolahan ( minggu pertama ). Murid-murid yang telah disaring mengikut tahap pencapaian dan pengetahuan sedia ada hendaklah diasingkan mengikut kumpulan pencapaian masing-masing. Kelompok ini perlu dilaksanakan bagi setiap mata pelajaran. Kelompok bagi sesuatu mata pelajaran tidak akan sama dengan kelompok mata pelajaran lain. Setiap murid perlu mempunyai rekod profil perkembangan pembelajaran...

Keperluan Dalam Menjalankan Tugas - Bhg 2

6. Penggunaan Sumber Sumber terbahagi kepada dua kumpulan. Iaitu sumber manusia dan sumber kebendaan. Untuk berjaya dalam melanksanakan tugas di dalam sesebuah organisasi, penggunaan sumber perlu diuruskan secara berkesan dan optimum. Beberapa perkara perlu diambil perhatian untuk itu. Kenalpasti semua sumber yang ada di dalam organisasi anda. Jumlah/bilangan mengikut keperluan organisasi perlulah sesuai dan memadai. Semua sumber mestilah berada di dalam keadaan baik dan berfungsi. Kegiatan penyelenggaraan perlu dilakukan secara berkala dan berterusan. Sumber manusia perlulah mempunyai kemahiran dan kepakaran yang sesuai dengan keperluan organisasi. Alatan dan mesin yang diperolehi perlulah mengikut spesifikasi yang diperlukan. Agihan dan penggunaan semua sumber hendaklah dilakukan mengikut keperluan sesuatu unit di dalam organisasi. Elakkan daripada membekalkan sumber secara berlebihan untuk mengelakkan pembaziran. Semakan dan kajian keberkesanaan sesuatu sumber itu perlu diadakan sec...

Keperluan Dalam Melaksanakan Tugas - Bhg 1

Langkah-langkah ke arah mencapai keberkesanan dan kejayaan dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab adalah amat penting. Kita perlu ada perancangan dan tindakan yang berfokus serta nyata. Andaian dan anggapan tidak akan menjanjikan hasil yang memuaskan. Faktor-faktor yang mempengaruhi cara kita menjalankan tugas dan tanggungjawab bergantung kepada :- Kajian Kemungkinan, Mengenalpasti Kedudukan Kita, Nilai Diri, Aset Diri, Pengalaman Diri, Menghayati Objektif, Penggunaan Sumber, Kekuatan Pemikiran, Mengurus Rangkaian Kerja, Mengatasi Konflik, Melemahkan Lawan, Mengurangkan Risiko, Memuktamatkan Perancangan, Menyatakan Harapan, Merealisasikan Impian, Memaksimakan Hasil dan Menyebarkan Kejayaan. 1. Kajian Kemungkinan - kita perlu melihat dan mengkaji segala kemungkinan yang akan kita hadapi sebelum, semasa dan selepas kita melaksanakan tugas dan tanggunjawab kita itu. Kajian ini akan memberi kita data dan maklumat yang kita perlu untuk merancang dan melaksanakan sebarang kemun...

SKPM - Rumusan

Setelah berbicara semua dimensi dan elemen yang ada di dalam Instrumen Pemastian Standard (IPS) kini mari kita lihat pula satu contoh rumusan penarafan yang telah dibuat di sebuah sekolah. Contoh ini akan memberi sedikit penjelasan bagaimana IPS boleh membantu sekolah dalam memastikan segala aspek pengurusan telah dilaksanakan secara berkesan. Melalui rumusan ini pihak pengurusan sekolah perlulah melaporkan kepada semua warga sekolah. Setiap dimensi dan elemen perlu dibincangkan bersama semua warga sekolah untuk mengenal pasti segala kelemahan yang ada agar langkah penambahbaikan dapat dirancang dan dilaksanakan. Kajian secara menyeluruh perlu dibuat bagi setiap dimensi dan elemen. DIMENSI DIMENSI I Hala Tuju Kepimpinan E01 Visi dan Misi : Tahun 2005 2.63%, Tahun 2006 3.00% , Beza +0.37% E02 Kepimpinan: ahun 2005 5.34 %, Tahun 2006 5.56 %, Beza + 0.22 % DIMENSI II Pengurusan Organisasi E03 Struktur Organisasi: Tahun 2005 5.50 %, Tahun 2006 5.00 % , Beza - 0.50 % E04 Perancang...

SKPM - Bahagian 11

Dimensi 4 – Kemenjadian Murid Elemen 12 – Kemenjadian Murid Dalam Akademik, Kokurikulum Dan Sahsiah Subelemen 12.2: Pencapaian Akademik Murid Sekolah Rendah. Bagi dimensi ini kita akan melihat pencapaian murid dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah secara keseluruhan. Pencapaian dalam akademik diambil kira berdasarkan keputusan Penilaian Kendalian Sekolah endah (PKSR) Tahun 1 hingga Tahun 6 tahun terkini dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun terkini. Tahap pencapaian akan diberi berdasarkan peratus pencapaian yang diperolehi oleh sekolah bagi tiga aspek berikut: Peratus murid yang mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam semua mata pelajaran PKSR terkini. Peratusan 75% dan lebih Cemerlang, 50.00% hingga 74.99% Baik, 30.00% hingga 49.99% Sederhana, lebih daripada 0.00% hingga 29.99% lemah dan 0.00% Lampau Lemah Peratus murid yang mendapat Gred A dalam semua mata pelajaran PKSR. Peratusan 12.00% dan lebih Cemerlang, 6.00% hingga 11.99% Baik, 3.00% hingga 5.99% Sederhana, lebi...

SKPM - Bahagian 10

Dimensi 3 – Pengurusan Program Pendidikan Elemen 10 – Penilaian Pencapaian Murid Penilaian Pencapaian Akademik Penilaian pencapaian akademik murid dinilai melalui ujian, penilaian bertulis serta pemerhatian. Dalam melaksanakan penilaian pencapaian akademik beberapa perkara asas perlu dilaksanakan. Soalan-soalan ujian/penilaian dibina dengan menggunakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). JSU dibina mengikut topik dan tajuk yang ingin diuji serta mengikut aras dan kemampuan murid. Membina instrumen penilaian secara lisan dan pemerhatian agar ia selaras bagi setiap guru. Kemahiran dan sikap yang ingin dilihat dan diperhatikan perlu jelas dan boleh diukur. Melaksanakan ujian dan penilaian mengikut jadual dan kaedah yang ditetapkan. Merekodkan pencapaian murid dalam bentuk markah, gred dan nilai gred dan mengulaskan hasil pencapaian dan penguasaan pembelajaran merangkumi domain kognitif, afektif dan psikomoto. Membuat analisis yang terperinci pencapaian semua murid untuk mengenal pasti murid y...

Analisis Aliran - Trend Analysis

Analisa Aliran “Trend Analysis” adalah salah satu bentuk kajian yang boleh digunakan untuk membuat kajian aliran pencapaian akademik pelajar secara berterusan. Kajian ini perlu dilakukan dalam dua peringkat, iaitu Fasa Satu bagi tahun pengajian dari Tahun 1 hingga Tahun 3 dan Fasa Dua bagi tahun pengajian dari Tahun 4 hingga Tahun 5. Melalui kajian ini kita akan dapat melihat aliran perkembangan pencapaian akademik setiap individu mahupun setiap kelas atau setiap sekolah. Untuk menjalankan kajian ini kita perlu mempunyai maklumat terperinci mengenai pencapaian setiap ujian/penilaian yang diduduki oleh pelajar-pelajar berkenaan. Mengapakah perlunya Analisa Aliran dilakukan di sekolah-sekolah? Apakah faedah yang akan diperoleh para guru dan pentadbir sekolah? Mengapa perlunya Analisa Aliran? Melalui analisa ini kita dapat melihat sama ada pelajar itu menunjukkan peningkatan di dalam pembelajarannya atau sebaliknya. Jika diamati secara terperinci keputusan ujian-ujian pelajar tersebut kit...

SKPM - Bahagian 9

Dimensi 3 – Pengurusan Program Pendidikan Elemen 10 – Pembangunan Sahsiah Murid Dalam usaha untuk membangun sahsiah diri murid-murid pihak sekolah perlu memenuhi beberapa aspek yang boleh membangunankan sahsiah diri murid-murid. Tugas dan Tanggungjawab Pihak sekolah perlu melatih seberapa ramai murid untuk memegang tugas dan tanggungjawab yang bersesuaian dengan potensi yang ada pada murid-murid. Tugas dan tanggungjawab ini perlu diagihkan supaya tidak berlaku lambakan tugas ke atas beberapa orang murid tertentu sahaja. Sikap terlalu menaruh kepercayaan kepada beberapa orang murid tertentu perlu dielakkan. Kepercayaan perlu diberi kepada seberapa ramai murid yang boleh. Peluang perlu diberikan kepada seberapa ramai murid kita. Semua jawatan yang dipegang oleh murid-murid kita perlu direkodkan. Jawatan-jawatan yang boleh diwujudkan di dalam sebuah darjah adalah seperti Ketua Darjah, Penolong Ketua Darjah, Setiausaha, Bendahari, AJK Keceriaan, AJK Kebajikan dan AJK Aktiviti. Bagi satu-sa...

SKPM - Bahagian 8

Dimensi 3 – Pengurusan Program Pendidikan Elemen 9 – Pengajaran dan Pembelajaran . Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian . Rancangan Pelajaran Tahunan hendaklah disediakan oleh guru berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini. Rancangan Pelajaran ini hendaklah merangkumi sepanjang sesi persekolahan bagi satu tahun. Penyediaan Rancangan Pelajaran Harian pula perlu mengambil kira beberapa aspek tertentu. • Tahap kebolehan dan keupayaan murid perlu diambil kira semasa membina Rancangan Pelajaran Harian. • Objektif dan hasil pembelajaran hendaklah dinyatakan dalam bentuk perlakuan, boleh diukur dan merangkumi pengetahuan serta kemahiran yang hendak diajar. • Aktiviti bagi mencapai objektif pembelajaran mestilah bersesuaian dengan keupayaan murid dan peruntukan masa. • Penilaian kendiri hendaklah dijalankan selepas setiap pengajaran dan pembelajaran untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid supaya langkah-langkah pengukuhan, pemuliha...

SKPM Bahagian 7

Dimensi 3 – Pengurusan Program Pendidikan Elemen 8 – Pengurusan Program Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid. Program Pengurusan Kokurikulum Sebagaimana Unit HEM, unit KK juga perlu mewujudkan sebuah jawatankuasa. Jawatankuasa Kokurikulum juga dianggotai oleh Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Penyelia Petang dan semua guru yang mengetuai unit-unit kokurikulum. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk :- Membina Dasar Kokurikulum Sekolah yang selaras dengan Pelan Strategik Sekolah. Menyediakan belanjawan tahunan unit KK. Merancang program, aktiviti dan projek KK selaras dengan Pelan Strategik Sekolah. Melaksanakan semua program, aktiviti dan projek KK. Memantau dan menilai keberkesanan semua program, aktiviti dan projek KK. Menjalankan penambahbaikan terhadap program, aktiviti dan projek KK. Mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa. Menyediakan minit mesyuarat mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Persatuan dan Kelab / Badan...

SKPM Bahagian 6

Dimensi 3 – Pengurusan Program Pendidikan Elemen 8 – Pengurusan Program Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid. Program Pengurusan Hal Ehwal Murid Jawatankuasa Hal Ehwal Murid Jawatankuasa ini dianggotai oleh Guru Besar, semua Penolong Kanan, Penyelia Petang dan semua guru yang terlibat dengan pengurusan HEM. Tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh jawatankuasa ini adalah seperti berikut:- Menetapkan Dasar HEM sekolah. Menyediakan belanjawan tahunan unit HEM. Merancang program, aktiviti dan projek HEM selaras dengan Pelan Strategik Sekolah. Melaksanakan semua program, aktiviti dan projek HEM. Memantau dan menilai keberkesanan semua program, aktiviti dan projek HEM. Menjalankan penambahbaikan terhadap program, aktiviti dan projek HEM. Mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa. Menyediakan minit mesyuarat mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Program, aktiviti dan projek HEM hendaklah secara menyeluruh memberi manfaat kepada s...