SKPM - Bahagian 11

Dimensi 4 – Kemenjadian Murid
Elemen 12 – Kemenjadian Murid Dalam Akademik, Kokurikulum Dan Sahsiah
Subelemen 12.2: Pencapaian Akademik Murid Sekolah Rendah.

Bagi dimensi ini kita akan melihat pencapaian murid dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah secara keseluruhan. Pencapaian dalam akademik diambil kira berdasarkan keputusan Penilaian Kendalian Sekolah endah (PKSR) Tahun 1 hingga Tahun 6 tahun terkini dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun terkini. Tahap pencapaian akan diberi berdasarkan peratus pencapaian yang diperolehi oleh sekolah bagi tiga aspek berikut:
Peratus murid yang mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam semua mata pelajaran PKSR terkini. Peratusan 75% dan lebih Cemerlang, 50.00% hingga 74.99% Baik, 30.00% hingga 49.99% Sederhana, lebih daripada 0.00% hingga 29.99% lemah dan 0.00% Lampau Lemah
Peratus murid yang mendapat Gred A dalam semua mata pelajaran PKSR. Peratusan 12.00% dan lebih Cemerlang, 6.00% hingga 11.99% Baik, 3.00% hingga 5.99% Sederhana, lebih daripada 0.00% hingga 2.99% Lemah dan 0.00% Lampau Lemah.
Gred Purata Sekolah (GPS) dalam PKSR. Gred Purata 1.00 hingga 2.00 Cemerlang, 2.01 hingga 3.00 Baik, 3.01 hingga 4.00 Sederhana dan 4.01 hingga 5.00 Lemah.

Sekolah yang dapat mencapai pencapaian cemerlang bagi ketiga-tiga aspek di atas adalah sekolah yang telah berjaya dan cemerlang dalam bidang akademik.

Subelemen 12.6 : Pencapaian Murid Dalam Kokurikulum (Tahun Lepas)

Bagi mengukur pencapaian murid dalam kokurikulum peratus penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum dari peringkat sekolah hinggalah ke peringkat antarabangsa akan diambil kira. Tahap pencapaian akan diberi sebagaimana berikut:

Peringkat Antarabangsa
0.75% dan lebih Cemerlang, 0.50% hingga 0.74% Baik, 0.25% hingga 0.49% Sederhana, lebih daripada 0.00% hingga 0.24% Lemah dan 0.00% Lampau Lemah.
Peringkat Kebangsaan
1.50% dan lebih Cemerlang, 1.00% hingga 1.49% Baik, 0.50% hingga 0.99% Sederhana, lebih daripada 0.00% hingga 0.49% Lemah dan 0.00% Lampau Lemah.
Peringkat Negeri
3.00% dan lebih Cemerlang, 2.00% hingga 2.99% Baik, 1.00% hingga 1.99% Sederhana, lebih daripada 0.00% hingga 0.99% Lemah dan 0.00% lampau Lemau.
Peringkat Bahagian / Daerah
6.00% dan lebih Cemerlang, 4.00% hingga 5.99% Baik, 2.00% hingga 3.99% Sederhana, lebih daripada 0.00% hingga 1.99% Lemah dan 0.00% Lampau Lemah.
Peringkat Zon (Sekolah Rendah)
12.00% dan lebih Cemerlang, 8.00% hingga 11.99% Baik, 4.00% hingga 7.99% Sederhana, lebih daripada 0.00% hingga 3.99% Lemah dan 0.00% Lampau Lemah.

Subelemen 12.7 : Kemenjadian Sahsiah Murid

Bagi mengukur pencapaian sesebuah sekolah dalam subelemen ini tiga aspek diambil kira dan diukur. Tiga aspek berikut adalah Perlakuan Positif murid-murid, Disiplin Murid dengan merujukkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1975 dan Kehadiran Murid. Taraf pencapaian bagi ketiga-tiga aspek ini adalah berdasarkan peratusan yang diperolehi. Cemerlang 99.00% hingga 100%, Baik 97.00% hingga 98.99%, Sederhana 95.00% hingga 96.99% dan kurang daripada 96.00% Lemah.



Perlakuan Positif
Bagi memberi penilaian dalam aspek perlakuan positif guru-guru perlu menilai murid-muridnya dari segi sikap dan perlakuan yang telah diperhatikan dan direkodkan sepanjang tahun. Rekod daripada semua murid dan semua kelas dikumpulkan dan dibuat analisis untuk mendapat peratusan pencapaian bagi setiap sikap dan perilaku yang dinilai. Sikap dan perilaku yang dinilai adalah seperti berikut:
Tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan
Berkomunikasi secara spontan
Menghormati rakan, guru dan orang dewasa.
Menepati masa.
Menjaga kebersihan dan kekemasan diri.
Menjaga dan memelihara kebersihan sekolah.
Menjaga keselamatan harta sekolah dan kemudahan awam.
Mematuhi peraturan sekolah.
Memberi sumbangan dan khidmat kepada kemajuan sekolah dan masyarakat.
Menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi
Menunjukkan sikap berterima kasih dan bersyukur.

Disiplin Murid
Penilaian bagi aspek disiplin hendaklah dibuat berdasarkan catatan dan rekod-rekod disiplin yang ada di sekolah. Semua dokumen yang berkaitan dengan disiplin seperti rekod salah laku murid, profil murid dan rekod demerit hendaklah diambil kira. Secara keseluruhannya kurangnya berlaku kes-kes salah laku bagi tahun semasa berbandingkan tahun lalu menunjukkan bahawa tahap disiplin murid-murid adalah tinggi. Tahap pencapaian sekolah dalam aspek ini bergantung pada berkurangnya berlaku kes-keas salah laku berat, sederhana dan ringan. Bilangan murid yang melakukan kesalahan juga berkurangan. Sekolah yang menunjukkan tiada berlaku kes salah laku adalah Cemerlang, lebih daripada 0.00% hingga 0.50% murid terlibat dengan salah laku adalah Baik, 0.51% hingga 1.00% murid terlibat dengan salah laku adalah Sederhana dan lebih daripada 1.00% murid terlibat dengan salah laku adalah lemah.

Kehadiran Murid
Penilaian bagi kehadiran murid dibuat berdasarkan purata peratus kehadiran murid ke sekolah pada tahun lalu. Tahap penilaian diberi berdasarkan skor berikut:
98.00% hingga 100% Cemerlang
96.00% hingga 97.99% Baik
94.00% hingga 95.99% Sederhana
Kurang dari 94.00% Lemah

Untuk mendapat maklumat kehadiran yang tepat, rekod kehadiran murid perlulah diuruskan dan diselenggarakan dengan baik dan betul. Analisis harian, mingguan dan bulan perlu dibuat untuk setiap kelas dan aliran.

Kita telah dapat membicarakan SKPM secara sepintas lalu sekadar untuk makluman dan pengetahuan semua yang terlibat dan berminat dengan dunia pendidikan. Adalah diharapkan dengan pengetahuan yang ada dari rencana ini akan dapat sama-sama kita membangunkan prestasi pendidikan negara kita ke satu tahap yang boleh dibanggakan. Jika semua pengurus sekolah dan pembantunya dapat melaksanakan SKPM ini secara berkesan di sekolah sudah tentu semua sekolah di dalam negara kita akan diiktiraf sebagai sekolah cemerlang sesuai dengan hasrat KPM untuk mencapai Taraf Pendidikan Dunia. Jika diizinkan TUHAN kita akan berbicara dengan lebih lagi cara-cara untuk mempertingkatkan pencapaian prestasi sekolah berdasarkan IPS SKPM ini.

Comments

Popular posts from this blog

11 Anjakan Utama Mentransformasi Sistem Pendidikan Negara

Guru Pembantu atau Pembantu Guru?

Pengurusan Masa - Satu Keperluan Guru