SEJARAH DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN ( FPK )
Pendidikan adalah satu proses di mana berlakunya pemindahan dan pemerolehan ilmu, nilai, budaya dan kemahiran yang berpindah dari satu generasi ke satu generasi yang seterusnya. Pendidikaan melibatkan insan sebagai penerima atau pembina ilmu. Guru merupakan agen yang menyampaikan ilmu itu kepada insan. Guru juga adalah sebagai model atau teladan khusus dalam pemupukan nilai-nilai murni. Pendidikan berkait rapat dengan falsafah. Metafizik - kewujudan dan dan kebenaran hakiki; epistemologi - tteori ilmu; aksiologo - teori nilai dan logik - kaedah pengajaran guru atau pendidik.
Falsafah pendidikan meneliti hasil kajian berdasarkan kesannya terhadap pendidikan.Falsafah pendidikan menjelaskan matlamat akhir pendidikan. Usaha digerakkan untuk mengatur , menyelaras dan menggerakkan proses pendidikan melalui amalan nilai dan cara bagi mencapai matlamat yang telah ditentukan. Falsafah pendidikan menentukan corak kurikulum sebagai proses untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK semakan 1996 ) digubal pada 1988 sebagai Falsafah Pendidikan Negara ( FPN ) yang seimbang dan harmonis, berteraskan hala tuju pendidikan yang berterusan, menyeluruh dan bersepadu berdasarkan kepercayaan teguh kepada Tuhan. Matlamat akhirnya adalah untuk melahirkan insan yang mempunyai kesejahteraan diri, berilmu, berakhlak mulia dan bertanggunjawab kepada keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Walaubagaimanapun FPK hanyalah terbatas ke atas sekolah menengah dan rendah sahaja tanpa diamalkan di peringkat pusat pengajian tinggi.
Fungsi utama FPK adalah untuk:
- Memahami pendidikan dalam konteks yang betul.
- Menganalisiis konsep dan istilah pendidikan.
- Mengkritik andaian-andaian dan fakta pendidikan.
- Membimbing asas-asas pendidikan dalam memilih, menyusun dan membuat keputusan.
- Menilai perubahan dalam dasar.
- Membimbing sikap guru.
- Menimbulkan dialog dan persoalan.
- Menjelaskan kecelaruan atau konflik dalam pendidikan.
- Mencadangkan idea-idea baru.
- konsep pendidikan merujuk pembangunan insan yang komprihensif, meliputi rohani (afektif), akli (kognitf) dan jasmani ( psikomoto) berpaksikan 'Keprcayaan Kepada Tuhan'.
- Tujuan pada melakarkan sifat-sifat warga Malaysia yang baik dan unggul.
- Matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan insan/warganegara yang lengkap, seimbang dan sepadu.
- Enambelas nilai sejagat yang selaras dengan FPN/FPK perlu disatupadukan dal;am proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).:- baik hati,berdikari, berhemah tinggi, hormat menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, patriotisma, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional dan bersemnangat tinggi.
- Usaha ke arah mengoperasikan konsep nilai merentasi kurikulum. Perlu diingat bahawa 'nilai' tidak boleh diajar kerana ia adalah di luar konteks. Guru perlu memahami cara 'nilai' diterap ke dalam konteks di mana kognitif (hal luaran) dan afektif (hal dalaman) disatukan.
Comments