11 Anjakan Utama Mentransformasi Sistem Pendidikan Negara

Semua cadangan yang telah dikemukakan oleh pelbagai pihak telah diteliti dan digabungkan berdasarkan empat kriteria utama.


  1.  Setiap tindakan yang diambil perlu menyumbang kepada aspirasi sistem dan murid.
  2. Bukti antarabangsa  digunakan bagi mengenalpasti dan memberi keutamaan kepada faktor pembawa perbezaan ketara penambaikan sistem dan murid.
  3. Cadangan perlu releven dengan tahap permulaan sisten dan kemampuan Kementerian.
  4. Faedah perlaksanaan cadangan perlu memberi pulangan yang lebih besar berbanding dengan kekangan perbelanjaan dan operasi.


11 anjakan telah dikenal pasti bagi menghasilkan perubahan.setiap tindakan perlu memberi impak kepada sekurang-kurangnya satu daripada berikut, akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan di mana kualiti diberi keutamaan.

Anjakan yang akan dilaksanakan adalah:
  1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
  2. Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan.
  3. Melahirkan rakyat yang menghayati nilai.
  4. Mentranformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan
  5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah
  6. Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah untuk menyediakan penyelesaiam khusus berasaskan           keperluan.
  7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran
  8. Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian.
  9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
  10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
  11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung.


Transformasi pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun (2013 - 2025) adalah:-

Gelombang 1 ( 2013 - 2015)
  • Meningkatkan standard pengajaran melaluli bimbingan guru secara khusus terutama sekali dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
  • Merebentuk semula soalan peperiksaan, menjurus kepada KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi).
  • Mengukuhkan kualiti pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik) melalui pengukuhan kurikulum, pengujian dan latihan guru.
  • Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia SJK.
  • Mengukuhkan penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris. Memperluaskan LINUS
  • Melaksanakan 1BestariNet ke semua sekolah.
  • Melaksana Program Transformasi Daerah.
  • Merombak IPG dan latihan praperkhidmatan.
  • Mewujudkan pembimbing pengetua/guru besar untuk sekolah Band 5, 6 & 7.
  • Mentransformasi Kementerian dengan meletak kan pemimpin terbaik.
  • Meningkat enrolmen prasekolah dan sekolah menengah.
  • Mengukuhkan praktikum dalam program Vokasional
Gelombang 2 (2016 - 2020)
  • Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) semakan semula.
  • Menarik minat dan kesedaran masyarakat dalam STEM.
  • Merintis pilihan program untuk meningkatkan pendedahan kepada bahasa Inggeris.
  • Mengukuhkan program untuk kumpulan berkeperluan khusus.
  • Memacu inovasi ICT khusus untuk pembelajaran jarak jauh dan terarah kendiri.
  • Meningkatkan bimbingan dan sokongan kepada guru bagi penambahbaikan penyampaian pengajaran.
  • Meningkatkan kompetensi dan kemajuan berdasarkan prestasi.
  • Mengukuhkan dan menyusun semula peranan bahagian utama Kementerian, JPN dan PPD.
  • Memperoleh akriditasi antarabangsa dan memantapkan kurikulum matrikulasi.
  • Memperluas pilihan pendidikan Vokasional melalui perjanjian perlaksanaan dengan pembekal pendidikan Vokasional swasta.

Gelombang 3 ( 2021 -2025)
  • Meningkatkan inovasi dan pilihan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran BM dan BI.
  • Melaksanakan program dan inovasi ICT bagi kumpulan berkeperluan khusus.
  • Memupuk budaya kecemerlangan profesional keteladanan rakan setugas.
  • Mempertingkatkan pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi dari segi pelaksanaan kurikulum dan pengurusan kewangan.
  • Memperkasa Kementerian dan menginstitiusikan transformasi melalui pengukuhan kemajuan kerjaya pegawai Kementerian.
  • Mengkaji semula pengstrukturan sekolah untuk  menentukan keperluan mengoptimumkan laluan dan pilihan persekolahan.
Kini kita sudah pun berada dalam Fasa Gelombang 2. Apakah pencapaian kita dalam Fasa Gelombang 1?

Comments

Popular posts from this blog

Guru Pembantu atau Pembantu Guru?

Pengurusan Masa - Satu Keperluan Guru