Mewujudkan Suasana Pembelajaran
Teknik Pengurusan Bilik Darjah Yang Berkesan:
Menurut Mary Beth Blegan, bekas pegawai dari U.S. Department of Education, " Tindakan yang paling penting yang perlu diambil oleh seorang guru yang berkesan pada awal tahun sesi persekolahan ialah mewujudkan suasana untuk belajar di dalam sesebuah bilik darjah" .
Sebagai ibu bapa / penjaga, Saya akan:
Menurut Mary Beth Blegan, bekas pegawai dari U.S. Department of Education, " Tindakan yang paling penting yang perlu diambil oleh seorang guru yang berkesan pada awal tahun sesi persekolahan ialah mewujudkan suasana untuk belajar di dalam sesebuah bilik darjah" .
Profesor Madya Howard Miller dari Universiti Lincoln mencadangkan 12 langkah yang boleh diambil oleh para guru di awal sesi persekolahan untuk menggalakkan pengurusan Bilik Darjah yang berkesan. Langkah-langkah yang disyorkan adalah:
- Binakan satu set harapan secara bertulis yang anda mampu pikul dan laksana.
- Tekal dan konsisten.
- Bersabar terhadap pelajar-pelajar anda dan diri sendiri.
- Jadikan ibu bapa sebagai rakan seperjuangan. Kerap berhubung, berterus terang dan jelas.
- Jangan terlalu banyak bercakap. Gunakan sebanyak mungkin waktu pengajaran untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar untuk berkerja.
- Adakan 2 atau 3 aktiviti dalam setiap sesi pengajaran serta memastikan semua aktiviti berhubung kait di antara satu sama lain.
- Mulakan pengajaran dengan segera dan akhiri pada masa yang telah ditetapkan.
- Jangan mengambil kedatangan. Ianya boleh dilakukan secara senyap dengan memerhati semua pelajar semasa mereka sedang menjalankan kerja.
- Pastikan semua pelajar terlibat secara aktif di dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
- Mendisiplinkan pelajar secara individu dengan menghampirinya secara senyap tanpa menjerit atau menegur secara lantang dari hujung bilik darjah.
- Kawal pandangan anda dan juga jenaka anda. Jangan berlebihan.
- Tahu bila masanya untuk meminta bantuan.
John Sipp seorang Pakar dari Rocky Heights Elementary School berkata bahawa ramai guru telah mendapati bahawa ikrar dan perjanjian adalah lebih berkesan apabila guru, ibu bapa dan pelajar sama-sama bertanggungjawab dan mendukungnya. Ikrar dan Perjanjian yang telah dilaksanakan adalah :
Sebagai ibu bapa / penjaga, Saya akan:
- Menghormati dan menyokong anak saya, guru dan sekolah.
- Menyokong polisi disiplin sekolah.
- Menyediakan tempat yang sesuai dan terang untuk anak saya belajar dan menyelia kerja rumahnya.
- Menghadiri perjumpaan PIBG.
- Berbincang dengan anak saya tentang aktivitinya di sekolah setiap hari.
- Mengawal masa menonton TV anak saya.
- Membantu sekurang-kurang satu aktiviti sekolah atau kelas anak saya.
- Mengamalkan budaya membaca di rumah saya dan membina minat membaca anak saya.
- Sentiasa melakukan kerja-kerja saya secara yang terbaik.
- Sentiasa membantu rakan-rakan sedarjah saya.
- Menghormati sekolah saya, orang lain dan diri sendiri.
- Mematuhi semua undang-undag dan peraturan sekolah dan kelas saya.
- Hadir ke sekolah dengan menyiapkan semua kerja rumah dan membawa keperluan belajar secukupnya.
- Mempunyai keyakinan bahawa saya boleh dan akan belajar bersungguh-sungguh.
- Memperuntukan sebanyak sekurang-kurangnya 15 minit untuk mengulangkaji pelajaran saya atau membaca setiap hari.
- Berbincang dengan ibu bapa saya tentang aktiviti sekolah saya setiap hari.
- Menghormati setiap pelajar saya serta ahli keluarganya.
- Menggunakan masa mengajar dan belajar secara berkesan.
- Menyediakan persekitaran yang selesa dan selamat serta sesuai untuk pembelajaran.
- Membantu setiap pelajar maju secara penuh dan menyeluruh mengikut potensi masing-masing.
- Menyediakan kerja-kerja rumah yang bersesuaian dan bermakna kepada setiap pelajar.
- Menyediakan bantuan yang diperlukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak membuat tugasan yang telah diberikan oleh guru.
- Menguatkuasakan peraturan-peraturan kelas dan sekolah secara adil dan konsisten.
- Membekal kepada ibu bapa dan pelajar rekod pencapaian dan kejayaan pelajar secara berterusan.
- Menjalankan aktiviti-aktiviti khas dan tertentu untuk menjadikan proses pembelajaran menarik dan menyeronokkan.
- Mempamerkan tingkahlaku yang profesional dan bersikap positif.
Comments