Keperluan Dalam Menjalankan Tugas - Bhg 2

6. Penggunaan Sumber

Sumber terbahagi kepada dua kumpulan. Iaitu sumber manusia dan sumber kebendaan. Untuk berjaya dalam melanksanakan tugas di dalam sesebuah organisasi, penggunaan sumber perlu diuruskan secara berkesan dan optimum. Beberapa perkara perlu diambil perhatian untuk itu.
  • Kenalpasti semua sumber yang ada di dalam organisasi anda. Jumlah/bilangan mengikut keperluan organisasi perlulah sesuai dan memadai. Semua sumber mestilah berada di dalam keadaan baik dan berfungsi. Kegiatan penyelenggaraan perlu dilakukan secara berkala dan berterusan. Sumber manusia perlulah mempunyai kemahiran dan kepakaran yang sesuai dengan keperluan organisasi. Alatan dan mesin yang diperolehi perlulah mengikut spesifikasi yang diperlukan.
  • Agihan dan penggunaan semua sumber hendaklah dilakukan mengikut keperluan sesuatu unit di dalam organisasi. Elakkan daripada membekalkan sumber secara berlebihan untuk mengelakkan pembaziran. Semakan dan kajian keberkesanaan sesuatu sumber itu perlu diadakan secara berkala dan terperinci agar mana-mana sumber yang tidak mendatangkan hasil yang maksimum, perlu ditukarkan atau ditamatkan penggunaannya. Agihanan semula perlu dilakukan untuk mengatasi apa saja masalah yang dikesan melalui semakan atau kajian yang telah dijalankan.

7. Kekuatan Minda

Minda yang kuat akan menjadikan kita seorang petugas yang akan menjalankan tugas dengan penuh keyakinan dan berkesan. Minda yang kuat akan dapat membantu dalam menilai, mengkaji, merumus dan mengambil tindakan yang sebaik-baiknya serta yang berkesan. Rasa takut, was-was dan tidak yakin dalam membuat sesuatu keputusan tidak akan berlaku ke atas seseorang yang mempunyai minda yang kuat. Pemikiran yang kreatif dan berdaya maju datangnya daripada minda yang kukuh dan kuat. Orang yang mempunyai kekuatan minda akan disanjungi dan dihormati serta dikagumi oleh pekerja-pekerjanya.

8. Mengurus Rangkaian Kerja.

Setiap organisasi sudah tentunya mempunyai unit-unit kecil di dalamnya untuk melaksanakan tugas-tugas mengikut keperluan dan kepakaran masing-masing. Unit-unit kecil ini perlu bergerak secara konsisten dan bersepadu di antara satu sama lain. Kepincangan yang berlaku ke atas mana-mana unit akan menjejaskan hasil kerja oraganisasi secara keseluruhan. Adalah penting rangkaian kerja ini diurus dengan kemas, teratur dan baik. Kegagalan mengurus rangkaian kerja ini akan mengakibatkan kerugian, kegagalan dan terjejasnya maruah organisasi itu. Sudah tentu ianya menjadi satu tanggungjawab yang amat berat dan penting bagi seorang pengurus sebuah organisasi. Kita perlu cekap dalam mengesan sebarang kemungkinan berlakunya kepincangan atau gangguan di dalam rangkaian kerja organisasi kita. Kecekapan mengesan akan dapat menyelamatkan berlakunya masalah pada mana-mana unit kecil di dalam rangkaian kerja yang diuruskan.Tindakan segera perlu diambil ke atas sebarang kemungkinan sebelum ianya berlaku.

Comments

Popular posts from this blog

11 Anjakan Utama Mentransformasi Sistem Pendidikan Negara

Guru Pembantu atau Pembantu Guru?

Pengurusan Masa - Satu Keperluan Guru