SKPM - Bahagian 9
Dimensi 3 – Pengurusan Program Pendidikan
Elemen 10 – Pembangunan Sahsiah Murid
Dalam usaha untuk membangun sahsiah diri murid-murid pihak sekolah perlu memenuhi beberapa aspek yang boleh membangunankan sahsiah diri murid-murid.
Tugas dan Tanggungjawab
Pihak sekolah perlu melatih seberapa ramai murid untuk memegang tugas dan tanggungjawab yang bersesuaian dengan potensi yang ada pada murid-murid. Tugas dan tanggungjawab ini perlu diagihkan supaya tidak berlaku lambakan tugas ke atas beberapa orang murid tertentu sahaja. Sikap terlalu menaruh kepercayaan kepada beberapa orang murid tertentu perlu dielakkan. Kepercayaan perlu diberi kepada seberapa ramai murid yang boleh. Peluang perlu diberikan kepada seberapa ramai murid kita. Semua jawatan yang dipegang oleh murid-murid kita perlu direkodkan. Jawatan-jawatan yang boleh diwujudkan di dalam sebuah darjah adalah seperti Ketua Darjah, Penolong Ketua Darjah, Setiausaha, Bendahari, AJK Keceriaan, AJK Kebajikan dan AJK Aktiviti. Bagi satu-satu Aliran pula boleh diwujudkan Pengerusi Aliran, contoh Pengerusi Tahun 4, Penolong Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan sebagainya. Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang ada, adalah Badan Pengawas, Pengawas Perpustakaan, Pengawas Makmal Komputer, Pengawas Kafe Siber, Kuartermaster Bilik Sukan, Doktor Muda, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas Landskap Sekolah, Unit-unit Sukan, Persatuan, Unit Beruniform dan lain-lain tugas yang boleh membantu membangunkan sekolah. Sudah tentu jika jawatan-jawatan ini diagihkan kepada murid-murid dengan menghadkan jawatan yang dipegang oleh setiap murid, sudah tentu ramailah murid-murid yang diberi kepercayaan untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab berikut.
Latihan dan Bimbingan
Murid-murid yang diberi tugas dan tanggungjawab perlu diberi latihan dan bimbingan. Latihan dan bimbingan ini bolehlah dijalankan sama ada melalui kursus, bengkel atau latihan sambil bertugas. Kemahiran mengawas, menjalankan dan mengendalikan mesyuarat, merekodkan dan menyediakan minit dan laporan serta laporan kewangan perlu diajar. Kursus kepimpinan juga amat perlu diberi kepada semua pemegang jawatan. Guru-guru pengawas perlu memantau dan menyelia semua pemegang jawatan untuk memastikan mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dan baik dan berkesan. Panduan dan bimbingan juga perlu diberi dalam cara-cara untuk menyelesaikan isu dan masalah dalam organisasi yang dipimpin oleh murid-murid tersebut.
Tunjuk Teladan
Pihak pengurusan sekolah perlu menunjuk teladan kepada murid-murid melalui majlis-majlis pengtauliahan pengawas sekolah, pengawas perpustakaan dan lain-lain jawatan yang dipegang oleh murid-murid. Majlis seperti ini akan memberi rangsangan kepada murid-murid lain untuk membaiki diri dan bercita-cita untuk memegang jawatan dan tanggungjawab. Keadaan persekitaran sekolah adalah bersih, selamat, ceria dan mesra pengguna. Keadaan ini akan mendorong murid-murid untuk menjaga bilik-bilik darjah masing-masing sebagaimana pihak sekolah menjaga persekitaran sekolah. Guru-guru perlu menunjukkan contoh-contoh yang baik yang boleh ditiru oleh murid-murid. Murid-murid yang memegang jawatan mempunyai keperibadian diri yang baik, sopan, bersih dan kemas.
Penghargaan dan Pengiktirafan
Untuk membangunkan sahsiah diri murid pihak sekolah perlu menetapkan satu dasar dalam pemberian penghargaan dan pengiktirafan kepada setiap kejayaan yang dicapai oleh murid. Satu sistem pemberian markah atau skala yang sesuai perlu dibina agar memudahkan memberi penilaian kepada murid. Markah dan skala perlulah bersesuaian dengan jawatan atau tugas yang disandang. Bentuk penghargaan dan pengiktirafan perlu dipelbagaikan dalam bentuk sijil, surat penghargaan, hadiah, lawatan, jamuan atau cenderamata. Semua penghargaan dan pengiktirafan perlu direkodkan. Murid-murid yang telah berjaya eloklah dipamerkan gambar dan sedikit profil di papan kenyataan khas agar dapat ditonton oleh semua warga sekolah termasuk ibu bapa dan masyarakat umum.
Peluang, Persekitaran dan Kemudahan
Setiap aktiviti dan pertandingan yang dijalankan di sekolah perlulah melibatkan seberapa ramai mungkin murid. Satu dasar penyertaan perlu diadakan agar peluang untuk menyertai sebarang aktiviti dan pertandingan akan dapat dirasai oleh seramai mungkin murid. Bentuk aktiviti dan pertandingan yang hendak diadakan perlulah bersesuaian dengan kemampuan murid. Ia perlu dipelbagaikan bagi memenuhi keperluan semua peringkat murid. Malahan murid-murid yang kurang upaya juga diberi peluang untuk melibatkan diri di dalam aktiviti dan pertandingan yang diadakan. Matlamat kokurikulum dan ko-akademik adalah memberi peluang seluas-luasnya kepada semua murid untuk melibatkan diri di dalam semua aktiviti dan pertandingan yang diadakan di peringkat sekolah. Malahan beberapa aktiviti yang mudah boleh dipertanggungjawabkan kepada murid-murid untuk menjalankannya. Hasil kerja murid perlu dipamerkan bagi meningkatkan keyakinan diri murid.
Menangani Perlakuan Negatif
Unit Disiplin dan Unit Bimbingan dan Kaunseling perlu memainkan peranan dalam menangani perilaku negatif secara berhemah. Murid-murid yang terlibat dengan gejala negatif perlu diberi teguran yang membina. Mereka perlu diberi kasih sayang dan keyakinan bahawa pihak sekolah ingin membantu dan bukan untuk menghukum. Sifat “caring” yang ditunjukkan oleh guru akan melembutkan hati mereka. Murid-murid ini perlu dipantau gerak lakunya untuk mengetahui sama ada segala teguran dan nasihat dipatuhi. Tindakan susulan perlu diambil jika ketidakakuran berlaku. Satu langkah mengesan, mencegah, membenteras dan merawat perilaku negatif murid-murid perlu dibina agar usaha untuk mengatasi masalah ini akan menjadi berkesan.

Comments