SKPM - Rumusan
DIMENSI
DIMENSI I
Hala Tuju Kepimpinan
E01  Visi dan Misi : Tahun 2005  2.63%, Tahun 2006  3.00% , Beza +0.37%
E02  Kepimpinan: ahun 2005  5.34 %, Tahun 2006 5.56 %, Beza  + 0.22 %
DIMENSI II 
Pengurusan Organisasi
E03 Struktur Organisasi: Tahun 2005  5.50 %, Tahun 2006  5.00 % , Beza - 0.50 %
E04  Perancangan: Tahun 2005  3.51 % , Tahun 2006 3.39 %, Beza  - 0.12 %
E05  Iklim: Tahun 2005  4.89 %, Tahun 2006  5.11 %, Beza  + 0.22
E06  Pengurusan Sumber: Tahun 2005  4.70 %, Tahun 2006  4.21 % , Beza - 0.51 %
E07  Pengurusan Maklumat: Tahun 2005  5.20 %, Tahun 2006  4.55 %, Beza  - 0.65 %
DIMENSI III
Pengurusan Program Pendidikan
E08 : Sub 8.1  Program Pengurusan Kurikulum : Tahun 2005 3.91 % , Tahun 2006 3.55 % , Beza - 0.36 %
E08 : Sub 8.2  Pengurusan Program Kokurikulum : Tahun 2005 2.63 % , Tahun 2006 3.90 % , Beza + 1.27 %
E08 : Sub 8.3  Pengurusan Hal Ehwal Murid: Tahun 2005   3.75 %, Tahun 2006   3.86 % , Beza  + 3.11 %
E09  Pengajaran dan Pembelajaran: Tahun 2005   16.06 %, Tahun 2006   13.11 % , Beza  - 2.95 %
E10  Pembangunan Sahsiah Murid : Tahun 2005  3.64 %, Tahun 2006   3.30 % , Beza  - 0.34 %
E11  Penilaian Pencapaian Murid : Tahun 2005  2.57 %, Tahun 2006   2.43 % , Beza  - 0.14 %
DIMENSI IV
Kemenjadian Murid 
Pencapaian Akademik  Murid Sekolah Rendah : Tahun 2005  3.96%, Tahun 2006   3.13 % , Beza  - 0.83 %
E12 : Sub 12.6  Pencapaian Kokurikulum : Tahun 2005  2.08 %, Tahun 2006   2.71 % , Beza  + 0.63 %
E12 : Sub 12.7  Kemenjadian Sahsiah Murid : Tahun 2005   3.97 %, Tahun 2006   3.53 % , Beza  - 0.44 %
JUMLAH BESAR: Tahun 2005   74.92 % , Tahun 2006  70.34 %, Beza   - 3.86 %
Secara keseluruhannya kita dapat lihat bahawa sekolah ini sedang mengalami kemerosotan dalam kualiti pendidikannya. Kita dapat lihat berlaku penurunan peratusan sebanyak – 3.86 % . Walaupun sekolah masih berada dalam lingkungan Sekolah Cemerlang, tetapi telah berlaku kemerosotan kualiti. Kemerosotan ini perlu dikaji secara terperinci mengikut Dimensi dan Elemen yang berkaitan.
Jika kita lihat satu persatu mengikut Dimensi, kita akan dapat melihat kemerosotan berlaku dalam Dimensi 2, 3 dan 4. Di dalam Dimensi 2, kita dapat lihat kemerosotan berlaku pada Elemen 3, 4, 6 dan 7 iaitu dalam bidang Struktur Organisasi, Perancangan, Pengurusan Sumber dan Pengurusan Maklumat. Walaupun tahap kemerosotan adalah kecil ia telah sedikit sebanyak mempengaruhi tahap kualiti pendidikan sekolah. Peningkatan yang dapat dilihat dalam Elemen 1, 2 dan 5 juga amat kecil. Jika kita lihat Dimensi 3, kita dapati bahawa kemerosotan Subelemen 8.1 ada kaitan dan pengaruh dengan kemerosotan yang berlaku pada Elemen 9 – Pengajaran dan Pembelajaran. Apabila kita lihat aspek apakah yang menyebabkan kemerosotan yang begitu ketara berlaku pada elemen-elemen berikut kita dapati bahawa Jawatankuasa Kurikulum telah tidak dapat menyelesaikan masalah kurikulum dan melaksanakan penambahbaikan secara berkesan. Panitia Mata Pelajaran juga didapati lemah dalam melaksanakan program kurikulum serta membuat pemantauan dan penambahbaikan. Program Galakan membaca juga telah tidak dapat dijalankan secara berkesan.
Dari rumusan di atas, kita dapat membuat kesimpulan bahawa pihak pengurusan sekolah telah gagal dalam usaha untuk mempertingkatkan prestasi sekolah. Faktor yang amat ketara yang menyebabkan berlakunya kemerosotan adalah kurangnya berlaku aktiviti pemantauan dan penilaian dijalankan oleh pihak pengurusan sekolah. Kekuatan sekolah hanya dapat meningkat secara ketara dalam bidang Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Kepimpinan dan pengurusan Penolong Kanan HEM dan KK bolehlah dikatakan berkesan. Melalui rumusan ini kita dapati bahawa aspek memantau dan menilai program dan aktiviti yang telah dirancang adalah kunci kepada peningkatan prestasi sekolah. Kelemahan pihak pengurusan dalam aspek pemantauan akan memberi kesan ke atas kualiti pendidikan sekolah.
Comments