Pendidikan di Malaysia - Satu persoalan

Persoalannya. Apa dah jadi dengan pendidikan di Malaysia? Sejak kebelankangan ini terlalu banyak yang dipekatakan tentang masalah disiplin yang saya rasa adalah satu masalah yang tidaklah begitu serius sebagaimana yang diperkatakan. Masalah yang lebih besar dan kritikal adalah bagaimana nak menjadikan pendidikan di negara sesuatu yang berhasil dan cemerlang. Apa yang patut kita bincang secara bersungguh-sungguh adalah bagaimanakah nak kita perbaiki lagi proses pengajaran dan pembelajaran agar hasrat dan inspirasi negara tercapai. Masyarakat perlu diberi kefahaman tentang sistem pendidikan negara serta dasar-dasar pendidikan yang telah dilaksanakan terutama sekali dikalangan ibu bapa yang anak-anak mereka berada di sekolah. Adakah mereka ini tahu serta dapat memahami apa itu Dasar Pendidikan Negara, malahan banyak lagi program dan projek yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Belum lagi kaum ibu bapa memahami perkara asas yang dilaksanakan di sekolah seperti Program KIA 2M, Pendidikan Pemulihan Khas malah penggunaan Sistem Gred Purata oleh Lambaga Peperiksaan kini kita telah didedahkan pula dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Satu pendekatan di mana pihak sekolah melalui PIBG perlu adakan ialah dengan mengadakan program Permuafakatan serta Dialog bersama ibu bapa bagi memberi penjelasan mengenai segala dasar, program serta peraturan yang telah ditetapkan oleh KPM agar sedikit sebanyak kekeliruan dan salah faham dapat diatasi. Sudah sampai masanya di mana sekolah dan masyarakat terutama ibu bapa adalah merupakan satu keluarga. Hubungan ibu bapa dan pihak sekolah perlu akrab dan mesra. Sehingga kini ibu bapa tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan sekolah. Kerap kelihatan hubungan guru dan ibu bapa hanya sekadar memberi senyuman atau mengangguk apabila berselisih di mana-mana. Amat kurang sekali dapat kita lihat ibu bapa kerap mengunjungi sekolah untuk berjumpa dengan guru bagi membincang masalah yang dihadapi anak-anak mereka dalam pelajaran di sekolah. Kalau ada yang datang sudah tentulah dengan perasaan marah kerana tidak puas hati dengan tindakan guru terhadap anaknya. Jikalau ibu bapa dan guru-guru adalah satu gabungan yang kuat yang sama-sama berusaha dan bertanggungjawab untuk memajukan pelajaran anak-anak sudah tentu masalah disiplin akan secara tidak langsung akan terhapus. Malah anak-anak kita akan menjadi lebih bertanggungjawab dalam mendapatkan ilmu pengetahuan. Janganlah kehadiran ke sekolah itu hanya untuk mengambil keputusan peperiksaan setahun sekali semasa hari terbuka sekolah. Sudahlah mesyuarat agong PIBG pun tidak hadir. Ini bermakna ibu bapa hadir ke sekolah hanya untuk mendaftar anak dan membayar yuran pada awal tahun, mengambil keputusan peperiksaan pada setengah tahun, mesyuarat agong PIBG ( bagi yang hadir ) Hari Sukan Tahunan ( bagi yang anaknya mengambil bahagian) dan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah ( bagi yang anaknya mendapat hadiah atau terlibat dalam persembahan ). Patutlah hubungan keakraban di antara ibu bapa dan sekolah tidak wujud. Marilah sama-sama kita fikirkan fenomena ini dan cuba untuk memperbaikinya agar taraf pendidikan negara kita akan dipandang tinggi dan ditahap yang membanggakan. BinYatim

Comments

Popular posts from this blog

11 Anjakan Utama Mentransformasi Sistem Pendidikan Negara

Guru Pembantu atau Pembantu Guru?

Pengurusan Masa - Satu Keperluan Guru