Siapakah Guru Yang Berkesan?
Guru-guru yang berkesan adalah mereka yang mempunyai ciri-ciri berikut:
- Penerangan yang diberikan kepada pelajar-pelajar adalah jelas dan terang.
- Sebelum memulakan sesuatu pengajaran mereka akan membuat persediaan yang rapi.
- Pengajaran yang diberikan kepada pelajar adalah sangat mudah difahami dan sangat mudah diikuti.
- Apabila disoal oleh pelajar, jawapan yang diberikan adalah jelas dan tepat.
- Di akhir pengajaran mereka akan merumus isi-isi penting secara terperinci.
- Objektif pengajaran mereka adalah jelas dan dinyatakan kepada pelajar sebelum memulakan sesuatu pengajaran.
- Mereka memberi penekanan kepada perkara-perkara penting dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Perbincangan di dalam kelas merupakan suatu yang amat digalakkan.
- Pelajar-pelajar digalakkan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama rakan-rakan sedarjah.
- Pelajar-pelajar digalak memberi pandangan dan pendapat semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.
- Mereka tahu sama ada pelajar-pelejar mereka memahami apa yang telah diajar.
- Mereka sentiasa peka dan mengambil berat tentang kualiti pengajaran mereka.
- Pelajar-pelajar dapat mengamalkan konsep-konsep yang telah diajar.
- Mereka mengambil berat ke atas pelajar-pelajar tanpa pilih kasih.
- Pelajar-pelajar adalah sebagai sahabat mereka.
- Mereka akan berhubung dengan pelajar-pelajar secara individu.
- Mereka mengenali pelajar-pelajar mereka dan akan menegur sapa apabila bertemu di luar sekolah.
- Mereka mudah dihubungi oleh pelajar-pelajar pada bila-bila masa.
- Pelajar-pelajar dihormati sebagai seorang individu.
- Mereka adalah orang-orang yang dinamik dan bertenaga.
- Cara pengajaran mereka adalah amat menarik dan tidak membosankan.
- Mereka amat berminat dan seronok menjadi guru.
- Mereka mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi.
- Kepantasan dan intonasi percakapan mereka dipelbagaikan.
- Mereka mempunyai sifat berjenaka ( sense or humour ).
- Mereka mahir dalam mata pelajaran yang diajar.
- Pengajaran mereka dikaitkan dengan alam semesta dan kehidupan harian.
- Mereka mengambil berat tentang kemajuan dan peningkatan pembelajaran pelajar-pelajar.
- Alat Pandang Dengan dan Alat Bantu Mengajar digunakan secara meluas di dalam setiap pengajaran mereka.
- Masa yang diperuntukkan untuk sesuatu mata pelajaran itu digunakan secara optimum dan berkesan.
- Mereka mampu mengawal kelas dengan baik.
- Pujian kerap diberikan kepada pelajar-pelajar yang dapat menjawab dengan tepat.
- Mereka memberi penjelasan mengapa jawapan yang diberi pelajar adalah tidak tepat.
- Semua pelajar diberi peluang sama rata dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Mereka memberi tindakbalas serta merta kepada soalan-soalan yang dikemukakan oleh pelajar-pelajar.
Comments