Bahasa Ketiga
Satu lagi langkah untuk memajukan pendidikan di negara ini telah diambil oleh KPM. Syabas. Walaupun ia adalah program yang telah tertangguh begitu lama. Program ini akan memberi anak-anak kita peluang untuk menguasai bahasa ketiga. Saya setuju dengan pendapat beberapa pihak terutama sekali dari ibu bapa dan NUTP mengenai program ini. Beberapa masalah utama perlu disekesaikan dan saya rasa yakin semuanya telah difikirkan dan dirancang dengan kemas serta teratur oleh KPM.
Cadangan yang dikemukankan oleh NUTP agar guru-guru mahir yang telah bersara dilantik bagi mengatasi kekurangan guru yang mahir dalam bahasa-bahasa yang hendak diajar adalah satu langkah yang baik. Guru-guru ini bolehlah dilantik sama sebagaimana guru-guru POL dilantik. Ramai guru yang telah bersara tidak berminat untuk berkhidmat secara kontrak selama setahun serta terikat dengan semua aktiviti sekolah seperti guru yang sedang berkhidmat. Saya juga percaya jika guru-guru bahasa ini diberi peluang berkhidmat mengikut jadual ( hadir untuk mengajar pada waktu subjek bahasa itu di tetapkan sahaja ) sudah tentu lebih ramai yang akan berminat. Ramai rakan saya yang bertugas sebagai guru kontrak pada satu masa dahulu merungut yang mereka terpaksa bertugas sama seperti masa sebelum bersara. Mereka lebih berminat jika hadir seperti guru POL dan dibayar elaun mengikut jam.
Perkara yang kedua ialah waktu belajar subjek tambahan itu. Adakah ia akan melibatkan waktu persekolahan dilanjutkan. Melanjutkan masa persekolahan akan menimbulkan banyak masalah bagi ibu bapa dan pengusaha bas sekolah. Sekolah-sekolah rendah yang mempunyai dua sesi akan menghadapi masalah penjadualan dengan penambahan waktu persekolahan.
Adakah kesemua bahasa tambahan itu akan ditawarkan oleh semua sekolah? Jika sekolah diberi pilihan untuk sama ada menawarkan kesemua tiga bahasa atau satu sahaja, ia akan menambahkan lagi kerisauan ibu bapa yang tidak mahu anaknya dipaksa belajar sesuatu bahasa itu. Sudah tentu ibu bapa pelajar berkenaan akan memohon untuk memindahkan anaknya ke sebuah sekolah yang menawarkan bahasa pilihannya.
Adalah lebih baik jika setiap kali KPM ingin memperkenalkan sesuatu pembaharuan, satu penerangan yang ringkas dan jelas perlu diumumkan kepada masyarakat melalui semua media supaya tidak akan timbul berbagai andaian dan pesepsi yang negatif. Lumrah manusia ialah apabila sesuatu yang baru diperkenalkan berbagai perkara negatif yang akan menghantui fikiran mereka. Semasa saya bertugas dahulu saya dapati ramai ibu bapa yang langsung tidak tahu apa itu KBSR/KBSM. Apa yang mereka tahu hanyalah maksud singkatan tersebut, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah/Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Sekarang timbul pula KSSR. Apakah bezanya? Apakah yang baru?
Tahniah sekali lagi di atas usaha untuk memperkasakan pendidikan negara bagi mewujudkan rakyat yang memenuhi matlamat dan sasaran FPK. Menghasilakn insan yang intelektual, sihat tubuh badan, stabil emosinya dan tinggi nilai rohaninya.

Comments