Masalah Pendidikan di Sekolah
Pengurusan pendidikan di sekolah perlu diperkukuhkan bagi memastikan agar segala polisi dan program yang telah dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia menjadi kenyataan dengan jayanya. Memang agak sukar untuk memantau sekolah-sekolah secara berkesan dengan kekangan beban tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas pegawai-pegawai di semua peringkat di KPM, JPN dan PPD. Oleh itu adalah lebih baik dan berkesan jika pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk mengawasi sekolah-sekolah tidak dibebani dengan lain-lain tugas yang tidak berkaitan dengan tugas hakiki pegawai berkenaan iaitu memantau. Jadual pemantauan perlu di atur dengan teliti agar semua sekolah di seluruh negara dapat dipantau sekurang-kurangnya 1 kali setahun. Seorang pegawai kurikulum di PPD yang mempunyai sebanyak 200 buah sekolah di bawah jagaannya boleh memantau sebanyak 2 buah sekolah sehari bagi memenuhi sasaran sebuah sekolah sekali setahun. Jika ini dapat dilaksanakan, saya percaya prestasi semua sekolah di seluruh negara akan dapat dipertingkatkan dari tahun ke tahun.
Masalah-masalah yang telah dikenalpasti sebagai punca sekolah-sekolah tidak mencapai tahap kecekapan dan kecemerlangan perkhidmatan adalah seperti berikut;_
Pihak pengurusan tidak cekap dalam mengendali organisasinya. Warga sekolah kurang berpengetahun dan kemahiran pengurusan. Tidak mempunyai daya kreatif, inisiatif dan inovatif yang tinggi. Kemampuan membuat perancangan yang baik adalah terhad. Misi, objektif dan matlamat sekolah adalah tidak jelas atau di luar kemampuan. Warga sekolah tidak peka kepada persekitaran sekolah. Pihak pengurusan tidak peka kepada maklum balas warga sekolah. Bentuk pentadbiran sekolah adalah mekenikal dan membosankan. Tiada keinginan untuk memajukan diri dan organisasi. Pengurusan dan guru tidak bertindak sebagai pemudahcara kepada warga sekolah. Keutamaan tidak diberikan kepada isu-isu yang penting. Pihak pengurusan tidak bersikap menyokong serta membantu terhadap warga sekolah. Kerapkali keputusan atau tindakan yang diambil tidak tegas atau ada unsur pilih kasih. Masalah guru-guru, kakitangan dan murid-murid tidak difahami oleh pihak pengurusan. Tiada usaha untuk mempertingkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran guru-guru.
Masalah-masalah yang telah dikenalpasti sebagai punca sekolah-sekolah tidak mencapai tahap kecekapan dan kecemerlangan perkhidmatan adalah seperti berikut;_
Setiap satu masalah yang telah diutarakan perlu diatasi secara bersunguh-sungguh agar ia dapat menjamin dan memastikan sekolah-sekolah berada di tahap yang cemerlang. Kelemahan-kelemahan di atas akan dibincang dengan lebih mendalam pada masa akan datang. Sama-samalah kita fikirkan bagaimana tahap pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan tahun demi tahun agar matlamat untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia menjadi kenyataan.
Comments