Satu Kemahiran Dua Cara
Apakah yang dimaksudkan dengan Pengajaran yang berkesan? Pernahkah kita fikirkan adakah apa yang telah diajarkan kepada pelajar-pelajar selama 30 minit ataupun satu jam bagi satu sesi pengajaran. Berapa ramaikah pelajar-pelajar kita yang memahami dan dapat menguasai apa yang telah diajar. Pengajaran di dalam Tahap Satu sekolah rendah adalah amat penting. Ini adalah kerana pelajar-pelajar kita didedahkan kepada kemahiran-kemahiran asas membaca, mengira dan menulis. Jika kemahiran-kemahiran asas ini tidak dikuasai maka akan berlaku deficit pembelajaran di dalam Tahap Dua kelak. Guru-guru yang diamanahkan untuk mengajar di Tahap Satu mempunyai tugas yang amat berat dan mencabar. Kejayaan pelajar-pelajarnya bergantung kepada sejauh mana ia dapat memastikan semua pelajarnya telah menguasai 3M dengan jaya dan mantap. Setiap pelajar yang gagal menguasai kemahiran 3M adalah indikator kelemahan guru tersebut. Mengikut norma, semua pelajar mampu menguasai kesemua kemahiran 3M dengan baik. Apa yang berbeza adalah tahap penguasaan dan juga tempoh yang diambil untuk menguasai kemahiran-kemahiran tersebut. Ada pelajar yang cergas dan cekap dan ada juga yang agak lambat dan lembab. Guru perlu bijak dalam menangani masalah ketidaksamaan ini secara bijak. Guru perlu bijak dalam menyediakan Rancangan Pengajarannya. Rancangan Pengajaran yang disediakan mestilah dapat memenuhi keperluan kesemua murid sama ada yang cerdas mahupun yang lemah.
Tindakan yang perlu diambil oleh guru sebelum ia memulakan pengajarannya yang lebih terancang, beliau perlu mengenalpasti terlebih dahulu tahap penguasaan pelajar-pelajarnya. Pelajar-pelajar ini perlu di asingkan mengikut kemampuan dan tahap kecerdasan masing-masing. Sebagaimana yang dikehendaki oleh KBSR, pengajaran perlu dijalankan dalam kumpulan. Sejak kebelakangan ini saya dapati sistem yang telah digariskan oleh Bahagian Kurikulum KPM melalui KBSR telah diabaikan. Saya pernah bertanyakan guru-guru lepasan maktab yang melapor diri di sekolah saya mengenai KBSR. Mereka didapati tidak tahu langsung tentang KBSR. Bagaimanakah guru-guru ini dapat mengajar dengan berkesan di sebuah sekolah rendah jika asas pendidikan rendah ia itu KBSR tidak difahami dan dikuasai oleh mereka. Malah salah satu punca yang membawa kepada ramainya pelajar-pelajar yang tidak menguasai kemahiran 3M adalah kedaifan guru-guru itu sendiri. Selagi kekurang ini tidak diatasi apa jua program dan projek yang dilancarkan oleh pihak kementerian tidak akan mendatangkan hasil yang baik.
Janganlah kita terpengaruh dengan keputusan peperiksaan UPSR yang baik yang diperolehi sekolah. Pelajar-pelajar ini kebanyakannya tidak mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Mereka disuap oleh guru-guru segala ilmu yang perlu sekadar untuk lulus UPSR. Malah kerapkali pelajar-pelajar ini diledakkan dengan latih tubi sepanjang sesi persekolahan Tahun 6. Malah kebanyakan mereka ini telah menghafal apa yang diajar. Saya dapati pelajar-pelajar ini tidak dapat menyelesaikan soalan yang sama apabila bentuk soalannya diubah. Apabila Lembaga Peperiksaan mengumumkan akan memperkenalkan format baru bagi soalan-soalan UPSR, guru-guru akan mula bising dan rasa tidak puas hati. Mereka bimbang akan berlaku kekeliruan di kalangan calon-calon UPSR. Pada pandangan saya jika seseorang pelajar itu telah dapat menguasai kemahihan-kemahiran asas yang didedahkan kepadanya dengan baik mereka tidak akan mengalami sebarang kesulitan untuk menjawab soalan-soalan UPSR, tak kira dalam apa jua format yang diutarakan. Janganlah kita jadikan pelajar-pelajar kita seperti burung kakak tua. Menghafal tanpa berfikir.
Isteri saya yang mengajar di sekolah menengah kerapkali mengeluh mengenangkan tahap penguasaan pelajar-pelajar yang datang dari Darjah 6. Kemahiran yang perlu diterapkan kepada pelajar-pelajar Tahun Satu tiga bulan pertama sesi persekolahan ialah kemahiran mengenal huruf dan nombor. Selepas tiga bulan pertama baru lah mereka diperkenalkan kepada ayat-ayat yang ringkas dan pendek. Langkah ansur maju perlu dipraktikkan semasa mengajar di Tahap Satu. Setiap pelajar yang belum menguasai sesuatu kemahiran perlu menjalani pemulihan dan pengukuhan. Kerja-kerja pemulihan dan pengukuhan perlu dijalankan dengan bersungguh-sungguh. Dalam masa 6 bulan pertama sesi persekolah semua pelajar sepatutnya sudah dapat menguasai kemahiran asas 3M dengan memuaskan. Jangan lupa bahawa kemahiran yang sama boleh diajar dalam berbagai tahap kesukaran mengikut keperluan pelajar-pelajar yang diajar. Sebagai contoh dalam pengajaran Matematik kemahiran menambah boleh diajar dalam berbagai bentuk yang sesuai dengan kemampuan pelajar.
Tambah nombor-nombor berikut:- 4653 + 1795 =
Cara 1:
4653
1795 +
-------
3 + 5 = 8, digit 8 diletak di bawah digit 3 dan 5.
5 + 9 = 14, digit 4 diletak di bawah digit 5 dan 9 sementara digit 1 diangkat ke atas digit 6.
1 + 6 + 7 = 14, digit 4 diletak di bawah digit 6 dan 7 sementara digit 1 diangkat ke atas digit 4.
1 + 4 + 1 = 6, digit 6 diletak dibawah digit 4 dan 1
Jawapannya adalah : 6448
Cara 2:
4653 = 4000 + 600 + 50 + 3, 1795 = 1000 + 700 + 90 + 5
4000 + 1000 = 5000
600 + 700 = 1000 + 300
50 + 90 = 100 + 40
3 + 5 = 8
5000 + 1000 = 6000
300 + 100 = 400
40
8
----------
6448
Contoh di atas menunjukkan kemahiran yang sama diajar secara berlainan mengikut keperluan pelajar yang cerdas ( Cara 1 ) dan pelajar yang lemah( Cara 2 ). Inilah yang dimaksudkan mengajar secara berkesan mengikut keperluan dan tahap penguasaan pelajar. Satu Kemahiran Dua Cara.
Tambah nombor-nombor berikut:- 4653 + 1795 =
Cara 1:
4653
1795 +
-------
3 + 5 = 8, digit 8 diletak di bawah digit 3 dan 5.
5 + 9 = 14, digit 4 diletak di bawah digit 5 dan 9 sementara digit 1 diangkat ke atas digit 6.
1 + 6 + 7 = 14, digit 4 diletak di bawah digit 6 dan 7 sementara digit 1 diangkat ke atas digit 4.
1 + 4 + 1 = 6, digit 6 diletak dibawah digit 4 dan 1
Jawapannya adalah : 6448
Cara 2:
4653 = 4000 + 600 + 50 + 3, 1795 = 1000 + 700 + 90 + 5
4000 + 1000 = 5000
600 + 700 = 1000 + 300
50 + 90 = 100 + 40
3 + 5 = 8
5000 + 1000 = 6000
300 + 100 = 400
40
8
----------
6448
Contoh di atas menunjukkan kemahiran yang sama diajar secara berlainan mengikut keperluan pelajar yang cerdas ( Cara 1 ) dan pelajar yang lemah( Cara 2 ). Inilah yang dimaksudkan mengajar secara berkesan mengikut keperluan dan tahap penguasaan pelajar. Satu Kemahiran Dua Cara.
Comments