PPSMI - Kekeliruan Isu
Saya amat tertarik dengan pandangan dan hujah-hujah yang dipaparkan melalui berbagai media mengenai masalah pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Ramai yang membangkitkan isu bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa pembangunan. Malah ada yang berpendapat bahawa jika kita lemah dalam bahasa Inggeris kita akan ketinggalan zaman. Kita akan menjadi bangsa yang mundur. Tidak kurang juga ada yang berpendapat bangsa Malaysia akan ketinggalan dalam arus pembangunan jika tidak menguasai bahasa Inggeris. Saya amat setuju dengan pandangan mereka.
Tapi apa yang membuat saya rasa hairan adalah mengapa masalah bahasa Inggeris menjadi isu di sini? Sedangkan masalah yang sedang dihadapai adalah bagaimana untuk mengajar ilmu, konsep dan kemahiran Matematik dan Sains kepada anak-anak kita secara berkesan agar mereka dapat menguasai kemahiran-kemahiran Matematik dan Sains dengan lebih mantap dan padu. Bagaimanakah seorang pelajar yang lemah dalam bahasa Inggeris akan dapat menguasai kemahiran-kemahiran Matematik dan Sains dengan baik jika ianya diajar dalam bahasa yang mereka tidak kuasai dan mahir. Kalau ada yang berpendapat bahawa untuk memajukan bahasa Inggeris maka Matematik dan Sains perlu diajar dalam bahasa Inggeris, saya rasa amat pelik sekali. Apa kaitannya menguasai kemahiran bahasa Inggeris dengan Matematik dan Sains?
Sedangkan masalah kekurangan guru-guru berkelayakan dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah luar bandar masih lagi belum dapat diselesaikan sehingga ke hari ini. Inikan pula nak latih lebih ramai guru-guru Matematik dan Sains untuk menguasai bahasa Inggeris agar mereka dapat mengajar mata pelajar berikut dengan lebih berkesan. Alangkah lebih baik jika wang berbilion ringgit yang telah dibelanjakan dalam memberi elaun khas sebanyak 5% dan 10% daripada gaji kepada guru yang mengajar Matematik dan Sains itu digunakan untuk memajukan lagi pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah-sekolah. Itu pun kalau kita nak pelajar-pelajar kita mahir dalan bahasa Inggeris. Para graduan Sains dan Matematik kita yang tidak dapat kerja kerana tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik bukan lah kerana mereka belajar Matematik dan Sain dalam bahasa Melayu. Jadi jangan jadikan itu sebagai salah satu sebab mengapa kedua-dua mata pelajaran itu perlu diajar dalam bahasa Inggeris.
Keputusan peperiksaan yang telah diadakan semenjak PPSMI dilaksanakan tidak boleh diguna sebagai kayu pengukur tentang kejayaan PPSMI, ini adalah kerana kertas soalan kedua-dua mata pelajaran itu adalah disediakan di dalam dua bahasa. Ia itu bahasa Inggeris dan bahasa Ibunda. Kalau benar-benar nak tahu keberkesanan PPSMI sepatutnya semua soalan kedua-dua mata pelajaran tersebut disediakan di dalam bahasa Inggeris sahaja. Baru kita akan dapat tahu sejauh manakah pelajar-pelajar kita benar-benar dapat menguasai kemahiran Matematik dan Sains. Saya rasa sudah sampai masanya kita perbetulkan fokus kita di dalam isu PPSMI. Isunya bukan bahasa Inggeris tetapi kemahiran Matematik dan Sains.

Comments