Posts

Satu Kemahiran Dua Cara

Apakah yang dimaksudkan dengan Pengajaran yang berkesan? Pernahkah kita fikirkan adakah apa yang telah diajarkan kepada pelajar-pelajar selama 30 minit ataupun satu jam bagi satu sesi pengajaran. Berapa ramaikah pelajar-pelajar kita yang memahami dan dapat menguasai apa yang telah diajar. Pengajaran di dalam Tahap Satu sekolah rendah adalah amat penting. Ini adalah kerana pelajar-pelajar kita didedahkan kepada kemahiran-kemahiran asas membaca, mengira dan menulis. Jika kemahiran-kemahiran asas ini tidak dikuasai maka akan berlaku deficit pembelajaran di dalam Tahap Dua kelak. Guru-guru yang diamanahkan untuk mengajar di Tahap Satu mempunyai tugas yang amat berat dan mencabar. Kejayaan pelajar-pelajarnya bergantung kepada sejauh mana ia dapat memastikan semua pelajarnya telah menguasai 3M dengan jaya dan mantap. Setiap pelajar yang gagal menguasai kemahiran 3M adalah indikator kelemahan guru tersebut. Mengikut norma, semua pelajar mampu menguasai kesemua kemahiran 3M dengan baik. Apa ya...

Mengapa Pengajaran & Pembelajaran Tidak Berkesan?

Bilangan murid yang tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar adalah satu faktor utama berlakunya defisit pembelajaran. Mereka ini jika dibiarkan tanpa sebarang usaha untuk mengatasinya dari peringkat awal lagi akan menjadi kegagalan terkumpul ( cumulative failure ) di akhir tahun persekolahan. Ia menjadi faktor yang akan menghantui para guru terutama sekali mereka yang mengajar di kelas-kelas peperiksaan. Akan timbul rasa tidak senang dan tertekan di kalangan guru yang mengajar di kelas-kelas berikut. Apakah punca kegagalan ini? Adakah kerana mereka ini sudah memang dilahirkan lembam? Adalah tidak adil mereka ini dikategorikan sedemikian rupa. Pada lazimnya peratus mereka yang lemah adalah sebanyak 10% daripada jumlah keseluruhan murid dalam satu-satu tahun. Itu pun sepuluh peratus ini boleh dipulihkan dengan pengajaran yang terancang mengikut keperluan dan kesesuaian murid-murid tersebut. Di antara punca-punca yang telah dikenalpasti mengapa P&P seseorang guru itu ti...

If You Are Not.........

If you are not.........   DEDICATED, then you are sloppy at work.  MOTIVATED, then you won't be hardworking and effective.  A LEADER, then you will drift away lost in life.  AN EXPERT, you may cause blunders. EXCELLENT, then you will never be the BEST.  SUCCESS is the fruit of DEDICATION, MOTIVATION, LEADERSHIP, EXPERTISE and EXCELLENCE.  TRUST has its limits.  Being NICE has its limits too.  SINCERITY brings satisfaction.  Sharing KNOWLEDGE brings joy.  PATIENT ease tensions.

Bersangka Buruk.

Saya telah dipanggil oleh Pengetua ke pejabatnya. Apabila saya masuk ke bilik Pengetua saya terus beri salam kepada seorang tetamu yang berada di dalam bilik Pengetua sambil menghulurkan tangan kanan saya untuk bersalam. Alangkah terkejutnya saya apabila salam saya tidak dibalas. Malah orang itu merenung saya dengan garang sekali. Pengetua telah memaklumkan kepada saya bahawa tetamu itu adalah bapa kepada seorang pelajar dari kelas saya. Beliau rasa tidak puas hati kerana saya dikatakan tidak pernah memberi sebarang ujian kepada pelajar-pelajar kelas saya. Saya memohon izin daripada Pengetua untuk mengambil Fail Ujian kelas saya dari Bilik Guru. Setelah fail diambil saya terus menunjukkan kepada bapa pelajar berkenaan semua kertas ujian anaknya yang telah disahkan oleh bapa pelajar berkenaan melalui tandatangan diruang yang disediakan khas untuk tujuan tersebut. Saya bertanyakan bapa pelajar tersebut bagaimana saya boleh dituduh tidak memberi sebarang ujian sedangkan beliau telah me...

Teachers: Yesterday and Today

Teachers of yesterday are very commited to their job. Teaching is their blood, sweat and tears. Their will to teach is very high. They love their pupils. A teacher knows each each and everyone of his pupils. He even knows who the pupils parents are, what are they working as and where they are staying. Pupils are being called by name. Everytime a teacher call his pupil, he'll call him by his name. Most teachers of today treat their job as a part time job. Most of them goes to school, enters a class, began teaching, in fact talking to themselves and at times raise their voice in authority trying to make everyone sit still and listen to them. Tution classes is their main objective. I once remembered a teacher once asked me whether I did sent my son to a tution class since he is weak in Mathematics. Annoyed by her question, I asked her why must my son go to a tution class. What is the Mathematics teacher doing in his class. Does he just teach those who are proficient in her subject? Wh...

SKPM - Rumusan

Setelah berbicara semua dimensi dan elemen yang ada di dalam Instrumen Pemastian Standard (IPS) kini mari kita lihat pula satu contoh rumusan penarafan yang telah dibuat di sebuah sekolah. Contoh ini akan memberi sedikit penjelasan bagaimana IPS boleh membantu sekolah dalam memastikan segala aspek pengurusan telah dilaksanakan secara berkesan. Melalui rumusan ini pihak pengurusan sekolah perlulah melaporkan kepada semua warga sekolah. Setiap dimensi dan elemen perlu dibincangkan bersama semua warga sekolah untuk mengenal pasti segala kelemahan yang ada agar langkah penambahbaikan dapat dirancang dan dilaksanakan. Kajian secara menyeluruh perlu dibuat bagi setiap dimensi dan elemen. DIMENSI DIMENSI I Hala Tuju Kepimpinan E01 Visi dan Misi : Tahun 2005 2.63%, Tahun 2006 3.00% , Beza +0.37% E02 Kepimpinan: ahun 2005 5.34 %, Tahun 2006 5.56 %, Beza + 0.22 % DIMENSI II Pengurusan Organisasi E03 Struktur Organisasi: Tahun 2005 5.50 %, Tahun 2006 5.00 % , Beza - 0.50 % E04 Perancang...

SKPM - Bahagian 11

Dimensi 4 – Kemenjadian Murid Elemen 12 – Kemenjadian Murid Dalam Akademik, Kokurikulum Dan Sahsiah Subelemen 12.2: Pencapaian Akademik Murid Sekolah Rendah. Bagi dimensi ini kita akan melihat pencapaian murid dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah secara keseluruhan. Pencapaian dalam akademik diambil kira berdasarkan keputusan Penilaian Kendalian Sekolah endah (PKSR) Tahun 1 hingga Tahun 6 tahun terkini dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun terkini. Tahap pencapaian akan diberi berdasarkan peratus pencapaian yang diperolehi oleh sekolah bagi tiga aspek berikut: Peratus murid yang mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam semua mata pelajaran PKSR terkini. Peratusan 75% dan lebih Cemerlang, 50.00% hingga 74.99% Baik, 30.00% hingga 49.99% Sederhana, lebih daripada 0.00% hingga 29.99% lemah dan 0.00% Lampau Lemah Peratus murid yang mendapat Gred A dalam semua mata pelajaran PKSR. Peratusan 12.00% dan lebih Cemerlang, 6.00% hingga 11.99% Baik, 3.00% hingga 5.99% Sederhana, lebi...