Bersangka Buruk.
Saya telah dipanggil oleh Pengetua ke pejabatnya. Apabila saya masuk ke bilik Pengetua saya terus beri salam kepada seorang tetamu yang berada di dalam bilik Pengetua sambil menghulurkan tangan kanan saya untuk bersalam. Alangkah terkejutnya saya apabila salam saya tidak dibalas. Malah orang itu merenung saya dengan garang sekali. Pengetua telah memaklumkan kepada saya bahawa tetamu itu adalah bapa kepada seorang pelajar dari kelas saya. Beliau rasa tidak puas hati kerana saya dikatakan tidak pernah memberi sebarang ujian kepada pelajar-pelajar kelas saya.
Saya memohon izin daripada Pengetua untuk mengambil Fail Ujian kelas saya dari Bilik Guru. Setelah fail diambil saya terus menunjukkan kepada bapa pelajar berkenaan semua kertas ujian anaknya yang telah disahkan oleh bapa pelajar berkenaan melalui tandatangan diruang yang disediakan khas untuk tujuan tersebut. Saya bertanyakan bapa pelajar tersebut bagaimana saya boleh dituduh tidak memberi sebarang ujian sedangkan beliau telah menandatangani kesemua kertas ujian tersebut. Ini bermakna beliau tidak pernah melihat kertas ujian tersebut.
Pelajar berkenaan telah dipanggil ke Bilik Pengetua. Dalam keadaan marah bapa pelajar berkenaan bangun dari kerusi serta terus mengangkat tangan untuk menampar pelajar berkenaan. Nasib baik saya sempak menghalangnya daripada berbuat demikian. Saya nasihatnya supaya menyelesaikan masalah itu di rumah dan bukan di hadapan Pengetua. Tindakan itu akan memalukan pelajar berkenaan. Bapa pelajar berkenaan terus menuduh pelajar yang duduk di sebelah anaknya yang menjadi punca anaknya merosot dalam pelajaran dan meminta agar saya menukarkan tempat duduk anaknya. Kesalahan sendiri tidak mahu diakui malah dituduh pula orang lain. Saya menyampaikan rasa kesal saya di atas sikapnya yang tidak mahu menerima salam saya dan menghukum saya sebelum siasatan dibuat. Bapa pelajar berkenaan memohon maaf di atas keterlanjurannya.
Bersyukur saya kerana pelajar berkenaan telah berjaya ke universiti untuk melanjutkan pelajarannya dan sekarang sedang berkhidmat sebagai seorang gurudi sebuah sekolah.
Comments