Gelombang Transformasi Pendidikan Kebangsaan
Transformasi pendidikan yang dirancang melalui PPPM akan mengambil masa selama 13 tahun. Proses ini dibahagikan kepada 3 Gelombang. Gelombang Pertama bermula dari 2013 dan berakhir pada 2015. Sementara Gelombang Kedua pula bermula dari tahun 2016 dan berakhir pada tahun 2020 dan Gelombang Ketiga pula akan bermula pada tahun 2021 dan berakhir pada tahun 2025. Setiap gelombang akan dilengkapi dengan kerja-kerja yang berfokus kepada kemenjadian dan kebarhasilan pelajar-pelajar. Mewujudkan kecekapan mengurus serta meningkatkan kualiti dalam segala aspek yang berkaitan dengan aspirasi yang telah ditetapkan iaitu Akses, Kualiti, Ekuiti, Perpaduan dan Kecekapan.
Perkara-perkara yang sepatutnya telah dilakukan dalam Gelombang I (2013 - 2015) adalah:
Perkara-perkara yang sepatutnya telah dilakukan dalam Gelombang I (2013 - 2015) adalah:
- Meningkatkan standard pengajaran terutama sekali dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
- Merekabentuk semula soalan-soalan peperiksaan agar lebih menjurus kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
- Mengukuhkan kualiti pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
- Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Malysia SJK.
- Mengukuhkan penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris.
- Melaksanakan 1Bestari,Net ke semua sekolah.
- Melaksanakan program Transformasi Daerah yang berfokus kepada sekolah-sekolah berprestasi rendah.
- Merombakkan Institut Pendidikan Guru (IPG) dan latihan PraPerkhidmatan.
- Mewujudkan pembimbing pengetua dan guru besar bagi sekolah dalam Band 5, 6, 7
- Mentransformasi Kementerian dengan meletak pemimpin yang terbaik.
- Meningkatkan enrolmen Prasekolah dan sekolah menengah
- Mengukuhkan praktikum dalam program vokasional dengan kerjasama pihak swasta.
Terdapat sebanyak 12 item yang hendak dilaksanakan sepanjang Fasa Gelombang I. Sekarang kita telah pun berada di dalam Fasa Gelombang II bermula dari tahun lepas 2016. Apakah pencapaian yang telah hasilkan dalam Fasa I yang lalu? Adakah ia mencapai matlamat dan aspirasi yang telah ditetapkan? Apa yang menjadi tandatanya pada ramai adalah berapa peratuskah sasaran yang telah ditetapkan dicapai. Mengikut Laporan Pencapaian Gelombang I ia adalah seperti berikut:-
- Peratus murid Tahun 3 menguasai Literasi Bahasa Inggeris meningkat dari 63.30% (2013) kepada 94.77% (2015) iaitu melebihan sasaran yang telah ditetapkan (90%)
- Peratus murid Tahun 3 menguasai Literasi Bahasa Malysia menunjukkan penurunan sepertimana berikut, 99.10% (2013), 98.70% (2014) dan 98.68% (2015), Saran Gelobang I adalah 100%.
- Prestasi murid Tahun 3 menguasai Numerasi juga tidak menunjukkan perubahan yang ketara, 99.30% (2013), 98.90% (2014) dan 99.13% (2015). Saran Gelombang I adalah 100%
- Peratus komponen KBAT dalam UPSR adalah 20%. dan telah mencapai saran yang telah ditetapkan.
- Peratus komponen KBAT SPM adalah juga 20% sebagaimana yang telah ditetapkan oleh sasaran.
- Sasaran peratus guru BI yang meningkat satu band profisiensi mengikut CEFR darpada B1 85% kepada 90.80% (2014) dan 87.42% (2015). Kumpulan B2 pula tidak mencapai sasaran 50% yang telah ditetapkan, 42.17% (2014) dan 42.04% (2015).
- Ambilan Institut Pendidikan Guru yang disasarkan adalah calon-calon 30% teratas dalam SPM telah menunujukkan bahawa 90% calon teratas SPM telah berjaya dipilih.
- Pada tahun 2014, 98.80% kekosongan jawatan guru besar telah diisikan manakala pada tahun 2015 sebanyak 99.10% telah diisiksn.
- Peserta NPQEL yang mendapat Purata Nilai Gred 3.75 telah menunjukan kemerosotan yang amat ketara iaitu dari 63.00% pada 2014 kepada 43.70% pada 2015.
- Bilangan sekolah Amanah (kumulatif) telah meningkat dengan baik sekali. 13 (2013), 30 (2014) dan 62 (2015)
- Peratus sekolah dalam Band 1 dan 2 adalah 31.03% (2013), 36.83% (2014) dan 39.89% (2015). Ia telah melebihi sasaran yang telah ditetapkan 37%
- Peratus sekolah dalam Band 6 dan 7 telah meningkat daripada 1.39% (2013) kepada 1.99% (2015). Sasaran yang ditetapkan adalah 0.8%.
Samalah kita lihat dan cari dimanakah berlakunya kelemahan dalam pelaksanaan sesuatu program itu. Carilah kelemahan yang ada dikalangan kita di sekolah dan perbetulkanlah sebaik mungkin agar aspirasi dan sasaran yang ditetapkan tercapai.
Comments