Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025
Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 telah pun dilancarkan serta telah digerakkan sejak 2013 lagi. Ia adalah satu plan yang amat besar dan padat yang diwujudkan dalam bentuk sebuah buku setebal 300 muka surat. Saya terpanggil untuk menulis mengenainya setelah tertanya-tanya mengenai plan tersebut. Apa agaknya yang hendak diperbaharui. Apa yang hendak dibangunankan. Sebagai bekas seorang guru minat saya terhadap pembangunan pendidikan tetap ada pada diri ini. Malah saya sentiasa mengikuti segala berita mengenainya. Pada mulanya saya tak lah bergitu minat untuk melihatnya tetapi setelah mendengar berbagai rungutan dan keluhan daripada beberapa rakan guru dan juga ibu bapa tentang keadaan sekolah-sekolah di beberapa tempat, terbuka hati saya untuk mengetahui dengan lebih jelas dan dalam lagi mengenai PPPM 2013-2025. Saya akan bincangkan mengenainya secara berperingkat mengikut tajuk-tajuk yang saya fikir penting. Sebelum itu teringin pula saya mengetahui adakah semua guru tahu apa itu PPPM 2013-2025 secara terperinci atau mereka hanya tahu secara kasar sahaja. Berapa ramai pula para pegawai pendidikan yang sedang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah dan Negeri yang tahu secara terperinci. Bagaimana pula mereka yang sedang bertugas di unit-unit yang berkaitan dengan PPPM 2013-2025 dalam Kementerian yang juga mempunyai pengetahuan yang jelas dan mendalam mengenai PPPM 2013-2025.
Adakah buku ini telah dibekalkan kepada semua sekolah. Rasanya sudah tentulah ianya telah dibekalkan. Malah kita boleh membacanya secara online melalu portal rasmi Kementerian Pendidikan. Saya sendiri telah pun muat turun senaskah untuk dibaca. Semasa saya sedang bertugas dahulu buku-buku dasar pendidikan memang ada dibekalkan kepada sekolah-sekolah. Apa saya perhatikan buku-buku ini tidak pun dibaca sepenuhnya oleh Pengurusan Sekolah apatah lagi para guru. Silap-silap buku itu akan disimpan di dalam gerobok buku di dalam bilik Guru Besar/Pengetua. Jika ada lebih dan diletak di perpustakaan sekolah maka ia berada di rak buku Rujukan tanpa dipinjam atau dibaca oleh para guru. Apa yang kita tahu mengenai PPPM 2013-2025 hanyalah apa yang telah didedahkan secara ringka dalam sesi Taklimat atau Bengkel anjuran sama ada Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah. Plan pembangunan ini juga memerlukan penglibatan masyarakat terutama sekali ibu bapa. Jika lihat kandungan PPPM 2013-2025 ia melibatkan satu anjakan yang sangat besar dan teliti. Ia memerlukan pemahaman dan komitment yang sangat tinggi dikalangan guru dan pegawai pendidikan dan ibu bapa. Akan saya bincang dengan lebih dalam lagi mengenainya dalam posting yang akan datang.
Ingin saya petik abstrak daripada kata kata YAB Perdana Menteri YAB Menteri Pendidikan dan juga Ketua Pengarah Pendidkan mengenai PPPM 2013-2025 ini.
"Tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekan dan strategi baharu agar setiap murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan..."
"...perubahan yang dimaksudkan merangkum aspek pendekatan pembelajaran murid, kaedah pemilihan guru, latihan guru, penyediaan ganjaran kepada guru dan pemimpin sekolah, dan pendekatan pengoperasian Kementerian..."
YAB Dato' Seri Mohd Najib, Perdana Menteri Malaysia
"Kementerian beriltizam untuk meningkatkan kualiti pengajaran di sekolah dengan memperkukuh amalan terbaik sedia ada, dan memberikan ganjaran kepada guru berkualiti dalam bentuk laluan kerjaya yang lebih baik untuk mereka."
"Kementerian juga akan menyemak semula kurikulum pendidikan untuk menerap dan pembangunkan kemahiran abad ke-21, seperti berfikiran kritis dan kreatif, serta menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang."
Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Menteri Pendidikan Malaysia
"Strategi pelaksanaan dan sistem sokongan yang mantap, merangkum sistem penyampaian yang berkualiti dan kepimpinan yang cekap dan berkesan adalah kritikal bagi merealisasikan usaha peningkatan kemenjadian murid."
Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud, Ketua Penngarah Pelajaran Malaysia

Comments