Ciri-Ciri Personaliti Yang Sihat

Seseorang yang mempunyai personaliti yang sihat sentiasa ceria, seimbang dan bebas dari sebarang tekanan. Mereka yang sihat mempunyai kawalan diri dan disiplin diri yang baik. Mereka juga mempunyai kemampuan untuk memahami orang lain dan mampu untuk berhadapan dengan orang lain secara berkesan. Keyakinan diri amat tinggi bagi mereka ini. Mereka kerap mendengar suara hati dan suara minda mereka sebelum mereka membuat sesuatu keputusan atau bertindak. Mengikut suara ramai bukanlah sesuatu yang lazim bagi mereka. Kebahagiaan hanya diperolehi atau dicapai dengan kerja keras melangkaui had dan batasan yang ada. Mereka ini lah yang banyak menyumbang kepada kebahagiaan, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat sekitar. Keunikan sifat peribadi yang terdapat pada diri mereka ini menjadikan mereka manusia yang sihat personalitinya.

Berikut adalah beberapa ciri personaliti yang sihat.

1. Menerima diri sendiri seadanya secara menyeluruh walaupun keinginan untuk mengubah sebahagian daripada diri mereka wujud. Kasihkan diri dijadikan satu daya untuk membangun apa yang sedia ada ke tahap yang lebih tinggi.
2. Berkebolehan untuk berhubung dengan sesiapa saja. sanggup mendengar rintihan orang dengan penuh kesabaran dan tekun. Memahami dan bersimpati dengan orang yang berkomunikasi dengan mereka.
3.Kreatif dan mempunyai kemahiran dan keinginan serta fungsi otak yang amat berkesan.
4.Mempunyai kompetensi yang amat tinggi serta berkebolehan secara mental dan dan fizikal.
5.Mempunyai tanggungjawab yang tinggi serta kerap mendegar suara hati secara rasional dengan penuh yakin. Tidak akan menerima suara ramai tanpa memberi pertimbangan yang mendalam serta yakin yang ianya adalah sesuatu yang benar.
6.Naluri ingin tahu sesuatu yang baru amat tinggi. Keinginan untuk mengkaji dengan lebih mendalam serta memahami sesuatu yang baru itu menjadikan mereka amat teruja.
7.Sangat berani dan positif dan akan memenafaatkan keberanian itu untuk menghasilkan sesuatu yang positif.
8. Menghargai personaliti, tubuh, keterampilan, minat dan kejayaan mereka serta kepercayaan dan nilai diri.
9.Boleh menerima orang-orang yang sesuai serta memberi kepercayaan dan keterbukaan kepada orang-orang itu, tetapi amat berwaspada supaya keprcayaan dan keterbukaan itu tidak disalahgunakan untuk merosakkan diri mereka.
10.Apabila berada dalam suasana yang mendukacitakan atau yang menghancurkan hati mereka mampu mengawal diri mengatasi kekecewaan dan kedukacitaan dengan terkawal. Jauh sekali mereka ini akan jatuh ke dalam situasi kemurungan. Sokongan sahabat rapat dan minat di dalam sesuatu aktiviti akan menjadikan mereka kuat serta sentiasa ceria dan yakin.
11. Peristiwa pahit dan yang lampau akan diketepikan dan ditinggalkan. Memandang ke hadapan dengan sikap positif menjadi prinsip hidup.
12.Menerima orang lain seadanya tanpa ada usaha untuk mengubahkan orang lain mengikut acuan dirinya.

Cubalah untuk mengamalkan sikap-sikap di atas agar dapat membina personaliti yang sihat, cergas, ceria, berdaya maju dan tanpa sebarang tekanan.

Ringkasan dari rencana oleh: Reshma Jirage, Personality Developement.

Comments

Popular posts from this blog

11 Anjakan Utama Mentransformasi Sistem Pendidikan Negara

Guru Pembantu atau Pembantu Guru?

Pengurusan Masa - Satu Keperluan Guru