Dahulu dan Sekarang

Beberapa isu berkaitan pendidikan telah dibangkitkan bagi perbandingan di antara dahulu dan sekarang. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum, dunia pendidikan di negara kita telah membangun dengan begitu pesat sekali. Ada yang mengatakan guru-guru masa kini adalah lebih komited dan dedikasi berbanding dengan guru-guru sebelum 1990. Saya akan membincang mengenai beberapa perkara yang berkaitan sekadar untuk sama-sama kita renungkan. Antara hujah yang dikemukakan adalah:-

1. Peratus keciciran murid.
Salah satu daripada objektif Penyata Razak adalah mengadakan peluang pendidikan untuk semua. Dalam plan perancangan DEB 1970 - 1990 salah satu daripada objektifnya adalah untuk merapatkan jurang perbezaan dalam peluang pendidikan di antara Bandar dan Luar Bandar. Akta Pendidikan 1996 pula memberi penekanan kepada memperluaskan peluang pendidikan dan mewujudkan pendidikan pra sekolah di dalam sistem pendididkan negara. Dengan mengadakan berbagai program pembangunan pendidikan kerajaan telah dapat memberi peluang pendidikan yang amat luas kepada anak-anak yang dahulunya ketinggalan atau tercicir. Menurut data KPM jumlah pelajar sekolah rendah telah meningkat dari 1.4 juta orang 1970 kepada 2.9 juta 2000. bagi pendidikan Menegah Rendah pula telah menunjukkan peningkatan dari 378,535 orang 1970 kepada 1.25 juta orang 2000. Faktor peningkatan ini adalah dengan bertambahnya kemudahan infra struktur di kawasan yang dahulunya ketinggalan dan jauh dari kemudahan persekolahan. Kalau dulu punca keciciran adalah kemiskinan, tiada kemudahan sekolah dan sekolah yang ada adalah jauh dari tempat kediaman, kini kesemuanya telah diatasi dengan mengadakan bangunan sekolah tambahan di kawasan luar bandar dan juga dengan bantuan program sokongan seperti SPBT, RMT, KWAPM dan juga Asrama Desa.

2. Pencapaian dalam peperiksaan awam.
Faktor yang mempengaruhi perkara di atas adalah peluang yang diberi kepada pelajar-pelajar miskin melalui program Tusyen Kampung dan juga Tusyen Sekolah. melalui program ini pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan diberi peluang untuk menghadiri kelas-kelas berikut secara percuma. Kemudahan dan peningkatan bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran melalui program ICT dalam pendidikan juga telah memberi kesan yang ketara dalam peningkatan pencapaian dalam peperiksaan awam.

3. Tahap kelulusan akademik guru.
Sebelum tahun 1970 guru-guru yang dilatih adalah hanya melalui maktab-maktab perguruan yang ada pada ketika itu. Ini telah berubah mulai 1970 hingga 2000 di mana taraf kelayakan akademik guru-guru telah dipertingkatkan. Jumlah guru yang dilatih adalah seramai 148,253 orang 1970 kepada 191,861 orang 2000, iaitu peningkatan sebanyak 29.4%. Manakala guru-guru yang berkelayakan ijazah telah dipertingkatkan dari 26,357 orang 1970 kepada 42,972 orang 2000 iaitu penginkatan sebanyak 163%. Peningkatan ini adalah hasil dari berbagai program pembangunan guru yang dilaksanakan melalui program Pensiswazahan Guru dan pertambahan kemasukan pelatih di Universiti dalam fakulti pendidikan.

Melalui Dasar pendidikan Kebangsaan beberapa aspek dalam pendidikan telah diambil kira untuk dimajukan dan dipertingkatkan. Dalam FPK penekanan telah diberi kepada pembentukan insan melalui JERI. Skses kepada pendidikan telah juga diperluaskan agar semua anak yang telah memasuki umur persekolahan mendapat peluang untuk hadir ke sekolah dan mendapat pendidikan asas. Selain dari itu ekuiti pendidikan juga telah dipertingkatan dan ditambahn sesuai dengan keperluan masa kini. Kualiti pendidikan juga telah dipertingkatkan melalui program-program pembangunan kurikulum dan juga melalui program ICT. Apabila sekolah-sekolah telah dibangunankan dengan infrastruktur yang moden dan canggih berserta dengan berbagai bentuk pengurusan yang mencabar, maka tahap kecekapan pengurusan sekolah juga telah dinaikkan dan dipertingkatkan untuk memastikan semua pengurus sekolah faham dan dapat memikul tanggungjawab untuk mengurus sekolah mereka dengan baik dan berkesan. Tahap kecekapan ini dapat diukur malau instrumen pemastian standard pendidikan yang dipertanggungjawabkan kepada Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan JNSP.

Adalah diharapkan dengan kerjasama dan komitment yang tinggi dikalangan warga pendidik seluruh negara, tahap pendidikan negara akan dapat diletakkan setaraf dengan taraf pendidikan dunia. Adalah amat jelas sekali bahawa apa yang telah diutarakan tiada kaitannya dengan komitmen guru dulu dan sekarang. Semua guru telah menunjukkan komitmen masing mengikut kehendak semasa mengikut zaman masing-masing. dalam setiap era pembangunan pendidikan cabaran-cabaran yang ada akan memerlukan komitmen semua guru untuk memastikan semuanya menjadi satu kenyataan dan kejayaan.

sumber rujukan: Pembangunan Pendidikan 2001 - 2010

Comments

Popular posts from this blog

11 Anjakan Utama Mentransformasi Sistem Pendidikan Negara

Guru Pembantu atau Pembantu Guru?

Pengurusan Masa - Satu Keperluan Guru