HARI GURU KEMBALI LAGI

Saban tahun apabila tiba tarikh keramat 16 Mei, sibuklah kita memikirkan jenis sambutan yang akan diadakan di peringkat sekolah. Kadangkala saya tertanya, ye ke kita sibuk? Ada yang mengatakan yang kita ni syok sendiri. Ada pula yang mengata kita telah menyusahkan anak-anak murid kita dengan meminta hadiah dari mereka. Ye ke kita minta diberi hadiah? Ish malu lah. Entahlah mungkin ada juga guru yang bertanya dengan muridnya apa hadiah yang akan diberi oleh mereka. Tapi saya rasa itu hanyalah rekaan sahaja. Masakan seorang guru sanggup melakukan perkara tersebut.

Sepanjang perkhidmatan saya sebagai seorang guru, sambutan Hari Guru itu merupakan satu hari di mana kita sebagai warga pendidik akan membaharui ikrar kita untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab kita sebagai pendidik dengan penuh dedikasi dan iltizam. Apabila kita lihat keadaan yang ada di sekolah-sekolah, kita rasa sedih dan kesal kerana ada juga rupanya manusia dikalangan kita yang tidak mempunyai rasa tanggungjawab dan komitment dalam menjalankan tugas. Adakah saya ni keterlaluan apabila saya berkata demikian. Sama-samalah kita fikirkan akan kebenaran kenyataan saya ini.

Apabila kita ke sekolah setiap hari, pernah tak kita bersikap seperti berikut:

1. Apabila loceng dibunyikan menandakan waktu mengajar kita dah tiba, kita masih lagi berada di kantin leka makan dan minum ataupun berada di bilik guru berbual-bual tanpa sedikit pun rasa bersalah.

2. Tunggu sehingga ketua darjah datang mengingatkan kita bahawa kita sepatutnya mengajar di kelas dia. selagi tiada sesiapa yang datang mengingatkan kita, kita pun tak ambil peduli langsung.

3. Kerja rumah yang diberi memang banyak dan kerap, sehinggakan tak sempat untuk menanda dan membetulkan kesemuanya. Adakalanya terpaksa minta murid beli buku latihan yang baru untuk membuat latihan yang akan diberi. Mengapa ya? manakan tidak, 3 buah buku yang sedia ada belum bertanda. Apa tidaknya. bila ada masa lapang, habis digunakan sama ada untuk berbual, mempromosi barangan jualan langsung ataupun asyik melayari internet.

4. Masuk ke bilik darjah tanya murid-mrid apa yang telah di ajar semalam ataupun di mana kita berhenti mengajar semalam. Cuba bayangkan, kita tak tahu apa yang telah kita ajar semalam. macam mana ni. Pelik kan? Agaknya kita tak bersedia ke untuk mengajar pada hari tersebut. Jangan-jangan apa yang ditulis di dalam buku rekod mengajar lain dan apa yang diajar lain. Kalau benar begitu, jahanamlah anak-anak murid kita.

5. Apabila ada murid yang angkat tangan untuk bertanya tentang pelajaran yang baru diajar, kita mula naik angin. " Agaknya masa saya sedang memberi keterangan tadi awak tak dengar ye?" kata kita dengan nada yang garang sekali. Besar biji mata kita menenung murid tersebut. Kesian murid tu. Siapa agaknya dia nak dapatkan penjelasan mengenai masalah pembelajaran yang dialami.

6. Kita asyik dan sibuk melayan murid-murid yang telah kita kenal pasti akan mendapat keputusan cemerlang sahaja. Jika murid-murid ini yang bertanya kita akan menjawab dengan lemah lembut dan menerangkan topik yang murid itu tidak kuasai. Berbeza amat jika murid itu adalah murid yang lemah.

7. Datang ke sekolah lambat tapi balik tepat pada masanya. Mengajar sambil lewa aja yang penting dah mengajar. Murid faham ke tak itu masalah mereka. Tugas-tugas kokurikulum itu dikatakan menyemak aje. Maklumlah kena datang sama ada di sebelah petang ataupun pada hari Sabtu. Berbagailah alasan diberi. Tak tahu, tak minat ataupun takde masa. Sibuk, anak takde orang nak jaga. Suami marah dan tak bagi bertugas.

Jika beginilah sikap guru kita, maka saya rasa mereka ini tidak layak diraikan dan disanjung setiap kali tiba tarikh keramat 16 Mei. Kepada semua guru yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi, bertanggungjawab dan juga dengan penuh kasih sayang, saya ucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU, SELAMAT MENJALANKAN TUGAS SERTA DIANUGERAHKAN KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN OLEH YANG MAHA BERKUASA ALLAH SWT".

Sebagai ingatan bersama:

"LAHIRNYA SEORANG DOKTOR ADALAH KERANA GURU, LAHIRNYA SEORANG JURUTERA ADALAH KERANA GURU JUGA LAHIRNYA SEORANG PENYAMUN ADALAH KERANA SEORANG GURU. JADI JANGAN LAH MENJADI SEORANG YANG MELAHIRKAN PENYAMUN DAN PENYANGAK"

HAPPY TEACHERS DAY, SELAMAT HARI GURU.

Comments

Popular posts from this blog

11 Anjakan Utama Mentransformasi Sistem Pendidikan Negara

Guru Pembantu atau Pembantu Guru?

Pengurusan Masa - Satu Keperluan Guru