Langkah-langkah Mengubah Sikap
Apabila suasana pekerjaan menjadi semakin mencabar dan memerlukan perubahan-perubahan yang mendadak serta agresif kita perlu menyesuaikan diri kita dengan persekitaran tempat kerja serta kehendak-kehendak organisasi di mana kita bertugas. Perubahan-perubahan ini sedikit sebanyak telah mengakibatkan wujudnya tekanan dan gelombang yang memaksa kita mengambil tindakan sama ada untuk berubah sesuai dengan arus perubahan itu atau bertindak menentangnya. Untuk itu apakah yang perlu dilakukan oleh pengurus sesebuah organisasi bagi memastikan agar kesemua tenaga kerjanya berubah mengikut keperluan dan matlamat organisasi itu. Di sini ingin saya utarakan beberapa langkah yang boleh diambil untuk mencapai hasrat tersebut.
1. Kerapkali kita terlepas pandang bahawa mereka yang bertugas di dalam organisasi kita telah mempunyai satu pendirian dalam menjalankan tugas-tugas mereka. Tanggungjawab untuk menjalankan sesuatu tugas itu telah dijadualkan dan disusun mengikut keselesaan masing-masing. Sebagai contoh: Seorang pegawai telah selesa dengan tempat duduknya di pejabatnya. Di situlah tempat dia menyususn dan mengatur segala kerjanya yang perlu dilaksanakannya setiap hari. Apabila pihak pengurusan mengubah tempat kerja kepada sesuatu yang baru dan lebih berkesan, ia akan menggangu keselesaan dan rutin harian pegawai tersebut. Suasana baru itu akan mewujudkan rasa tidak puas hati dan rasa bosan. Pegawai ini, akan menjadi liabiliti kepada organisasi. Selagi pegawai tersebut tidak yakin bahawa perubahan yang dilakukan itu mampu menambah dan memperbaiki keselesaan suasana kerjanya, selagi itulah hasil kerjanya akan menurun. Kita perlu menyakinkan semua anggota organisasi bahawa perubahan itu akan memberi keselesaan dan meningkatkan hasil kerja setiap anggota.
2. Apabila sesuatu perubahan itu hendak dilakukan di dalam sesebuah organisasi, seringkali pihak pengurusan gagal untuk memberi maklumat dan penjelasan yang lengkap dan jelas mengenai perubahan tersebut. Tujuan, matlamat dan keperluan perubahan itu hanya disampaikan secara ringkas sahaja. Setiap anggota organisasi perlu faham dan terima mengapa sesuatu perubahan itu perlu dilaksanakan.Memberi penjelasan secukupnya kepada anggota organisasi perlu dilakukan sebelum sesutu perubahan itu di laksanakan. Sudah tentu kita akan berhadapan dengan berbagai rintangan dan tentangan di kalangan anggota, tapi ia akan dapat merungkai banyak masalah yang mungkin dihadapi apabila perubahan itu dilaksanakan kelak. Apabila semua anggota telah faham dan jelas dengan keperluan perubahan itu, ia akan memudahkan organisasi itu utuk melakukan perubahan tersebut. Selalunya kekurangan maklumat dan penjelasan adalah punca kegagalan sesuatu perubahan itu.
3.Kebimbangan dan ketakutan menghadapi perubahan merupakan halangan yang besar di dalam sesebuah organisasi. Apabila sesuatu yang baru diutarakan, anggota organisasi akan mula merasai bimbang dan takut. Berbagai persoalan akan mula timbul di dalam fikiran masing-masing. Mengugut dan memberi tekan kepada anggota untuk berubah adalah satu langkah yang tidak bijak. Apa yang perlu dilakukan adalah meyakinkan anggota organisasi bahawa perubahan itu akan menghasilkan kepuasan dan kebaikan kepada semua. Anggota organisasi perlu nampak dengan jelas bahawa cara lama akan memerlukan lebih banyak pengorbanan dan mewujudkan ketidakselesaan berbanding dengan cara baru. Hanya dengan pemahaman yang jelas segala kebimbangan dan rasa takut akan hilang.
4. Pengaruh rakan sejawat, kawan dan ahli keluarga amat penting dalam memastikan agar sesuatu perubahan itu berjaya. Walau bagaimana pun pengaruh mereka sedikit sebanyak akan menggugatkan perancangan dan pelaksanaan perubahan dalam organisasi kerana ia mungkin wujud dalam bentuk yang bertentangan dengan kehendak dan aspirasi organisasi. Satu perancagan yang teliti dan teratur perlu diadakan secara berterusan dengan mengguna penilaian 360 ( 360 assessment ) serta latihan dalaman untuk menghasilkan sesuatu yang positif. Maklumat mengenai pengaruh-pengaruh tersebut perlu dikumpul dan dianalisa untuk digunakan pakai dalam program pengurusan perubahan.
Beberapa cadangan lain akan dikemukankan dalam keluaran akan datang. Sama-samalah kita berusaha untuk melakukan perubahan ke atas diri kita agar kita dapat menjadi anggota organisasi yang produktif dan berdaya saing.

Comments