Hanya Sebuah Sekolah. Hanya Seorang Guru
"School is still, at its heart, a dance of men and women of character. A school is its teachers" Todd R. Nelson.
Seorang pengetua sekolah yang berpengalaman pernah suatu ketika meyuarakan kepada guru-gurunya di dalam satu mesyuarat dengan berkata, " Alangkah baiknya jika saya dapat mempamerkan sebuah papan kenyatan di hadapan bangunan sekolah yang berbunyi "HANYA SEBUAH SEKOLAH". Walaupun kata-kata beliau itu merupakan satu gurauan, rintihan beliau adalah satu kenyataan yang benar. Mana-mana kumpulan guru akan bersimpati dengan kejengkelan desakan dan tekanan terhadap pendidikan di mana mereka terpaksa memainkan berbagai peranan selain sebagai pendidik. Sikap meninggi diri terhadap kerjaya pendidikan, akan sedikit sebanyak memberi kesan kepada guru-guru yang hebat sehingga merasakan diri mereka " Aku hanyalah seorang guru".
TEACHERS ACCEPT AN IMPLIED CALL TO STEP IN AND SHOW WISDOM, CANDOR, HONESTY AND DURABILITY WHEN THEY ARE WONT TO BE FOUND ELSEWHERE
Tugas seorang guru perlu dipertahankan setiap masa. Tak kiralah sama ada guru itu baru bertugas 3 tahun ataupun 30 tahun, mereka tetap akan mengalami tekanan untuk memainkan berbagai peranan secara serentak. Dia adalah pakar kurikulum, pakar psikologi, pengawas disiplin, pengawal trafik, ibu, bapa,jurulatih, hakim dan juga pengasuh. Maka jadilah guru sebagai manusia "multitasking".
Kadangkala kita tidak menyedari bahawa kita sebagai guru telah diasak dengan berbagai tugas dan tanggungjawab yang kadangkalanya tidak munasabah atau tidak masuk akal. Pernah tidak ibu bapa ambil tahu berapa kerapkah guru-guru anak mereka mengeluh dengan mengatakan " Alangkah baik jika saya dapat mengajar sepenuhnya ". Rintihan sebegini kerapa kali disuarakan oleh para guru. "Biarkan kami mengajar dan jangan diganggu dengan berbagai tugas lain yang tidak berkaitan". Kesederhanaan yang diharapkan oleh para guru tidak akan kesampaian kerana masyarakat tetap akan menuntut dan mendesak berbagai perkara kerana mereka terlalu sibuk dengan harapan membentuk anak untuk masa depan mereka. Kata David Denby dalam "Burm Alive, The New Yorker, July 1996, "masyarakat terlau sibuk menuntukan agar anak-anak mereka akan dibentuk oleh media sebagai pengguna sebelum mereka berpeluang untuk membangun jiwa mereka". Juliet Schor pula berkata,"Kita telah menawarkan anak-anak kita sebagai pasaran yang perlu dieksploitasi tanpa sebarang perbincangan atau bangkangan".
Anak-anak tidak sepatutnya ditawarkan kepada pembida tertinggi dalam membangunkan jiwa mereka. Proses pembangunan insan memerlukan masa yang panjang, hub ungan, pemikiran, tugasan, perjuagan, bimbingan dan tentunya GURU. Guru adalah remedi bagi mengubati penyakit masyarakat yang sedang kita hadapi sekarang. Dalam kesibukan menuntut kepertanggungjawaban dan kepiawaian, kita lupa tentang kemahiran berhubung dan memupuk hubungan antara guru dan ibu bapa. Para guru menerima apa yang tersirat tentang perlunya menunjuk kewarasan, sikap berterus terang, kejujuran dan ketahanan diri dalam mendidik anak-anak.
"THE BEST SCHOOLS ARE PLACES WHERE HEARTS AND MINDS COME TOGETHER"
Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memberi inspirasi kepada anak-anak didiknya kerana mereka berinspirasi untuk berbuat demikian bagi mewujudkan masyarakat yang lebih baik. Maka wujudlah kepentingan moral di dalam motive pendidikan. Sebagai guru anda dibangkitkan oleh perasaan kasih sayang dan kemahuan untuk melaksanakan apa yang perlu dilaksanakan kerana anda adalah guru dan itu adalah tabiat seorang guru. Ibu bapa perlu tahu bahawa nilai seorang guru yang unggul amatlah besar dan pentingnya memberitahu seorang guru itu yang dia adalah guru yang baik.
Terfikirkah kita bahawa walau sejauh mana kita telah maju dan membangun, peranan seorang guru itu tidak pernah berubah semenjak ianya wujud. Seorang guru itu hanyalah seorang guru, jadi hujanilah guru itu dengan penuh kasih sayang dan gelak tawa agar dia akan menjadi seorang guru yang baik.
"AKU HANYA SEORANG GURU"
"I AM ONLY A TEACHER"

Comments