Penguasa Tugas Yang Berjaya
Untuk menjadi seorang Penguasa Tugas yang berjaya kemahiran mengurus masa secara berkesan adalah penting. Segala tugas yang hendak dilaksanakan memerlukan satu jangka masa tertentu. Kita tidak boleh membiarkan pelaksanaan sesuatu tugas itu berjalan berterusan tanpa sebarang kesudahan. Ia perlu di akhiri dengan mencapai satu keputusan atau hasil yang diharapkan dalam satu jangka masa yang tertentu. Menyedari akan hakikat ini maka adalah penting bagi seorang guru mempunyai kemahiran dalam Pengurusan Masa serta Pengurusan Tugas ( Time Management and Task Management).
Kenalpastilah apa tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Senaraikan ke semuanya. Kadangkala apa yang telah disenaraikan akan bertambah dari semasa ke semasa. Ini kerap berlaku di kalangan guru yang amat dipercayai oleh pihak pentadbir sekolah. Kerja-kerja tambahan kerap diberi kepada mereka ini seolah-olah tidak ada guru lain yang mampu menyelesaikan tugas berkenaan. Akhirnya apa yang telah disenaraikan akan menjadi berjela-jela sehinggakan ada di antara tugas yang tidak dapat dilaksanankan ataupun ditinggal begitu sahaja. Bagaimanakah cara nya untuk mengatasi masalah ini?
Sediakan sebuah jurnal senarai semak ataupun Buku Senarai Semak Tugas. Semua tugas dan tanggungjawab hendaklah dicatatkan ke dalam jurnal berkenaan. Catatan adalah meliputi tarikh tugas diterima, jenis tugas, arahan siapa, tarikh akhir serahan, tarikh siap, tarikh serah dan lain-lain keperluan khas. Catatan berikut akan dapat membantu kita dalam urusan menyelesaikan semua tugas yang telah diberi. Tugas-tugas tersebut perlu diberi label mengikut keutamaan seperti PENTING, SEGERA, SERTA MERTA dan sebagainya. Ini akan membantu kita memilih tugas yang perlu didahulukan. Jangka masa yang telah ditetapkan perlu ditepati jika tidak akan berlaku kerja-kerja yang tertangguh. Kesan daripada ini akan menyebabkan tergendala atau terbengkalainya sesuatu perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbir. Semua tugas yang tertangguh hendaklah didahulukan sebelum tugas-tugas lain dijalankan. Ini bermakna kita perlu bekerja lebih masa untuk menyelesaikan semua tugas mengikut jadual. Ingat! Jangan sekali-kali sanggup dan terima sebarang tugas yang diberikan tanpa menyemak Jurnal Senarai Semak Tugas. Jika tidak anda akan dapati bahawa anda telah dibebani dengan tugas-tugas yang anda tidak mungkin mampun menyelesaikannya sebagaimana yang dikehendaki. Dengan cara ini pihak pentadbir bolehlah mengagihkan tugas itu kepada guru lain.
Perbincangan bersama rakan-rakan setugas amat penting sekali. Jangan sekali-kali mengamal sikap suka menyendiri ataupun menaggung beban secara sendirian sedangkan apa yang hendak di laksanakan adalah untuk kebaikan sekolah secara keseluruhan. Oleh itu, adalah menjadi tangunggjawab semua guru di sekolah itu untuk memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar dan berjaya. Kegagalan seorang guru dalam melaksankan tugas yang diberi adalah kegagalan keseluruhan warga sekolah itu. Jangan kita lupa bahawa setiap individu di dalam sebuah sekolah itu merupakan entiti yang penting dalam menentukan kejayaan.

Comments